01 May 2013

Majlis Ta'lim 26 April 2013



Tafsir Al Quran



Riyadhus Solihin- Imam Nawawi




Tausiyah Istimewa Sheikh Dato' Dr. MuhammadAfifi Al Akiti





Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 26 April 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 36 - 37



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 451

 Bidayatul Hidayah, MS 109 (Kitab tidak di bahas)




Peringatan Umur Insan, MS 134 (Kitab tidak di bahas)








Alhamdulillah Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah diziarahi oleh seorang tokoh ilmuan yang dihormati iaitu Sheikh Dato' Dr Muhammad Afifi Al Akiti (BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM).

Siapakah beliau? 

Sheikh Dato' Dr Muhammad Afifi Al Akiti memberikan tausiyah
di Majlis Ta'lim Darul Murtadza 26 April 2013

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Sheikh Afifi adalah Fellow Pengajian Islam di Pusat Oxford bagi Pengajian Islam, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang Pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Fellow di Worcester College, Oxford.



Lebih membanggakan, Sheikh Dato' Dr Muhammad Afifi Al Akiti adalah anak watan yang pertama dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam Universiti yang terkenal di dunia ini.

Untuk mengenali lebih lanjut, sila ikuti link berikut:-

http://en.wikipedia.org/wiki/Afifi_al-Akiti




Sheikh Dato' Dr Muhammad Afifi Al Akiti, dalam tausiyahnya, telah berkongsi ilmu tentang penghayatan serta asal usul doa yang terkenal di dalam masyarakat kita iaitu:



يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ


يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ



يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ




Beliau juga telah menegaskan kepada yang hadir tentang kepentingan mempelajari satu-satu ilmu melalui seorang guru kerana antara kebaikannya adalah untuk mendapat penghayatan tentang ilmu itu dengan lebih berkesan.

Apakah maksud doa yang dibacakan di atas dan apakah lagi perkongsian beliau, sila tonton rakaman dia atas serta sebarkan kepada kenalan kenalan serta sanak saudara kita. Semoga dengan perkongsian ini, semua akan mendapat manfaatnya insya Allah.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang telah
membahaskan Tafsir Surah Ali Imran serta Kitab Riyadhus Solihin
pada Majlis ta'lim Darul Murtadza 26 April 2013


Majlis Ta'lim Darul Murtadzajuga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada jemaah yang telah hadir dalam Majlis BacaanQasidah Burdah pertamaDarulMurtadza di Masjid Negeri Shah Alam pada Sabtu yang lalu.

Dan jangan lupa temu janji kita pada Jumaat ini denganMajlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, selepas Isyak insyaAllah.


Jumpa di sana! :)













No comments: