02 May 2013

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 3 Mei 2013





"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang." 
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)


InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan diadakan pada Jumaat ini (3 Mei 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, untuk melancarkan majlis Maulid Bulanan kita esok, semua yang hadir digalakkan parking di kawasan parking lot LRT Setiawangsa atau Restoran Ali Maju yang mempunyai keluasan yang lebih selesa. Mari kita patuhi arahan anggota RELA mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.





Bangkitkan perasaan mahabbah, kerinduan & impian untuk bersama Rasulullah S.A.W !!!


Jumpa anda di sana! :)

No comments: