Maulid Akbar 2014






Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda

"Perumpamaanku dan perumpamaan engkau semua itu (umatku) adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian banyaklah belalang dan kupu-kupu jatuh dalam api tadi, sedang orang itu mencegah binatang-binatang itu jangan sampai terjun di situ. 

Saya ini yakni Rasulullah S.A.W - adalah seorang yang mengambil -memegang pengikat celana serta sarungmu semua agar tidak sampai engkau semua terjun dalam neraka, tetapi engkau semua masih juga hendak lari dari peganganku." 


- Riwayat Muslim 



InyaAllah Majlis Ta'lim Darul Murtadza, dengan anjuran bersama Inteam records serta sokongan Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa dengan rendah dirinya menjemput anda sekalian ke Majlis Maulid Akbar 2014, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini. Maklumat Majlis adalah seperti berikut:-


Tarikh: 3 Januari 2014 (Jumaat)
Masa: Bermula 6.00 petang
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur
GPS:  3.178385, 101.737883





"Objektif sambutan Maulidur Rasul S.A.W diadakan adalah bagi merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayah-NYA" 

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid




Aturcara majlis (bermula pada jam 6:00pm) :

  • * Perarakan Maulidur Rasulullah S.A.W (muslimin sahaja) bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. Mohon berkumpul tepat pada jam 5:30pm (lokasi sama seperti Maulid Akbar lalu)
  • Solat maghrib berjemaah 
  • Bacaan Bait-bait Syair Maulid Adh Dhiya ul Laami' yang menceritakan riwayat hidup Rasulullah S.A.W. karangan Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz. dan diselangi Qasidah-qasidah (atau Nasyid) yang memuji-muji Rasulullah S.A.W oleh kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza, "Ahbabul Habib", dengan penampilan istimewa kumpulan Inteam dan Almawlid.
  • Tausiyah penceramah 1 
  • Tausiyah penceramah 2 








Pelan Lantai



Pelan lantai kedudukan para jamaah

(1) Kawasan MUSLIMIN (Lelaki)
• Keseluruhan kawasan dalam dewan solat utama masjid (Biru)
• Ruang solat terbuka sebelah kanan masjid (hijau)
• Ruang terbuka (kanan) luar masjid & tempat letak kereta.

(2) Kawasan MUSLIMAT (Wanita)
• Ruang solat terbuka sebelah kiri masjid (Ungu)
• Ruang terbuka bahagian belakang untuk Wanita dalam keadaan "Istimewa".
• Ruang bawah dalam masjid.
• Ruang terbuka (kiri) luar masjid.

Info berkaitan :

• Laluan muslimin sahaja = pintu utama masjid.
• Laluan muslimat sahaja (-->).
• Sila penuhi ruang dalam masjid & patuhi arahan petugas untuk melancarkan pergerakan para jamaah.
• InsyaAllah 'signage' yang mencukupi akan disediakan.
• InsyaAllah projektor & layar skrin akan disediakan di ruang bawah dalam masjid.

Kerjasama para jamaah yang dikasihi amat diperlukan demi menjaga keberkatan & kelancaran majlis serta menjaga nama baik Majlis Ta'lim Darul Murtadza khususnya guru tercinta kita.


Majlis ini terbuka buat setiap lapisan masyarakat. InsyaALLAH kehadiran kalian akan menambahkan lagi keberkatan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Mari kita azamkan untuk hadir pada 3 Januari 2013 ini dan sebarkan maklumat ini kepada kenalan-kenalan kita di mana-mana medium baik di internet, laman sosial, mahupon secara lisan :)

Jumpa anda di sana! :)












No comments: