28 February 2013

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza Mac 2013




"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang." 
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)


InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan diadakan pada Jumaat ini (1 Mac 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis kali ini akan bermula awal sedikit iaitu pada pukul 9 malam. InsyaAllah akan dihadiri oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

 Bangkitkan perasaan mahabbah, kerinduan & impian untuk bersama Rasulullah S.A.W !!!

Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, diharap jemaah yang hadir dapat mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kami juga menggalakkan agar kereta diletakkan sepertio majlis Maulid Akbar tempoh hari. Cuma kali ini tiada Shuttle sahaja.



Lirik Qasidah "Selawat Iftitah" dan Qasidah "Assalamualaik" 


 Bagi pengguna Smartphone serta Tablet, anda bolehlah download gambar ini (Right Click - Save Picture as - bagi pengguna Windows) untuk rujukan serta boleh menghayati maksud antara qasidah-qasidah yang bakal dibawakan pada malam maulid nanti :) :-













26 February 2013

Jemputanke Majlis Maulidur Rasul diMasjid Tengkera, Melaka




"Antara fadhilat hadir majlis maulid/selawat/ilmu adalah jika hadir dengan membawa dosa sebesar gunung maka ketahuilah/yakinlah bahawa dosa tersebut diampunkan & digantikan pahala sebesar gunung oleh-NYA."


 Warga Melaka & sekitarnya..... Azam hadir & mohon sebarkan !!!

25 February 2013

Majlis Ta'lim 22 Februari 2013

Tafsir Al Quran




Tausiyah dari al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman) 





Sesi Soal Jawab - Tentang Ampun & Maaf, Nabi & Rasul, Berwudhuk menggunakan Stokin, Bersamak didalam pelbagai situasi






Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22 Februari 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 18- 19



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 437 - (Kitab Tidak Di Bahas)

 Bidayatul Hidayah, MS 100 - 101 (Adab-adab Hari Jumaat) - (Kitab Tidak Di Bahas)




Peringatan Umur Insan, MS 123 - 126  (Topik Penutup Umur ke 4) - (Kitab Tidak Di Bahas)



al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman)





Alhamdulillah majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini dihadiri oleh al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman).

Hanya tafsir al Quran sahaja yang sempat dibahaskan untuk memberi laluan kepada seorang ilmuan yang ditagihi ilmunya oleh semua yang hadir. Saksikan & "share" perkongsian beliau di dalam video di atas. Semoga perkongsian ini dapatmemberi manfaat kepada semua :)

Majlis Ta'lim Darul Murtadzaakan berlangsung seperti biasa pada minggu hadapan. Seperti biasa, kita akan mengadakan sambutan Maulid Bulanan pada setiap minggu pertama setiap bulan! Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Majlis pada minggu hadapan~~





...

21 February 2013

Jemputan ke Kuliah Khas bersama Al Habib Abdur Rahman Bin Ali Masyhoor di Masjid Jamek Ar Rahimiah






Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Kuliah Khas bersama Al Habib Abdur Rahman Bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang, Selangor pada 24 Februari 2013 (Ahad) bermula selepas Magrib. 

Jumpa anda di sana! 




:)

jemputan ke Program "Jom Talaqi Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid" anjuran Majlis Ta'lim An-Nur


Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis "Jom Talaqi Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid" anjuran Majlis Ta'lim An-Nur & Enginius pada 22 Februari 2013. Semua dijemput hadir.


20 February 2013

Jemputan ke Majlis Kuliah Magrib Perdana - Masjid As-Salam Puchong Perdana




Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis Kuliah Magrib Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid seperti berikut:-

Tarikh: 13 Mac 2013 (Rabu)
Masa: Selepas magrib
Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana

Maklumat lanjut tentang Masjid / Lokasi: masjidas-salam.blogspot.com


Jumpa anda diSana!


:)

17 February 2013

Jemputan ke Cermaha Perdana Masjid Bukit Antarabangsa : "Muhammad S.A.W. Insan Biasa yang Luarbiasa"






Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Ceramah Perdana  
yang mengisar tentang 

"Muhammad S.A.W. Insan Biasa yang Luarbiasa"


Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 17 Feb 2013 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Bukit Antarabangsa
GPS: 3.177946,101.768845

Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)

16 February 2013

Majlis Ta'lim 15 Februari 2013

Tafsir Al Quran




Riyadhus Solihin




Bidayatul Hidayah




Peringatan Tentang Umur Insan




Soal Jawab tentang Nikah dengan Ahli Kitab (Yahudi), Tentang Syak Wa sangka, Baca Quran dengan Wuduk




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 15 Februari 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 15 - 17



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 437

 Bidayatul Hidayah, MS 100 - 101 (Adab-adab Hari Jumaat)




Peringatan Umur Insan, MS 123 - 126  (Topik Penutup Umur ke 4)







Terima Kasih atas sokongan tanpa henti dari semua dan kami memohon maaf atassegala kekurangan yang ada dan akan buat yang tebaik untuk "improvements" pada masa yang akan datang.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan berjalan seperti biasa pada minggu hadapan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Kuala Lumpur selepas Isyak. Jumpa anda di sana!



:)


12 February 2013

Jemputan ke Konsert Kesenian Islam - Bersempena Sambutan MaulidurRasul Al-Kubro Al- Jenderami ke 13



Assalamualaikum

Semua dijemout hadir ke Konsert Kesenian Islam - Bersempena Sambutan MaulidurRasul Al-Kubro Al- Jenderami ke 13 yang dianjurkan oleh Yayasan Al Jenderami. Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di poster di atas.

Dan buat julung- julung kalinya, Yayasan Al Jenderami menerbitkan CD Album Qasidah dan Hadrah! Dapatkan CD ini hanya di Yayasan Al Jenderami!






untuk maklumat lanjut, sila layari: www.aljenderami.com.my



Jumpa anda di sana! :)

09 February 2013

Majlis Ta'lim 8 Februari 2013

Tafsir



Riyadhus Solihin




Bidayatul Hidayah




Peringatan Tentang Umur Insan




Selawat Badar





Sesi Soal Jawab (Hanya dapat separuh Rakaman)








Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 8 Februari 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 14



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 433 - 436

 Bidayatul Hidayah, MS 98 - 99 (Akan bersambung ke Adab-adab Hari Jumaat)




Peringatan Umur Insan, MS 122 - 123  (Topik Penutup Umur ke 4)







Terima Kasih atas sokongan anda dan teruskan bersama kami setiap Jumaat, Selepas Isyak di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.



:)

06 February 2013

Semangat!



Assalamualaikum

“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu,
dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah.” 



[Hadis Riwayat Muslim]






:)

01 February 2013

Pengumuman Maulid Akbar - Semua dijemput Hadir untuk melakar Sejarah!


"Sertai Maulid Akbar Darul Murtadza!"








 Assalamualaikum

Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini, kami dengan segala hormatnya, Majlis Ta'lim darul Murtadza menjemput semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia, bangsa, agama, kewarganegaraan, untuk menghadiri Acara Maulid Akbar 2013!

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Ahbabul Habib di TV Al Hijrah menerusi Rancangan "Assalamualaikum" pada 1 Februari 2013


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'klim darul Murtadza yang berkongsi ilmu tentang Rasulullah S.A.W. serta menjemput semua untuk menghadiri Majlis Maulid Akbar 1 Februari 2013 ini...


Tentang Maulid Akbar

Maklumat adalah seperti poster berikut:-






  • Antara acara menarik bermula dari Solat Magrib adalah Tausiyah dari Penceramah jemputan, Qasidah dan Acara Bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).
  • Maulid Adh Dhiya Ul Laami' ini adalah bait-bait syair yang memuji serta menceritakan tentang sirah Rasulullah S.A.W. 
  • Penampilan kumpulan Hadrah Rasmi darul Murtadza iaitu kumpulan "Ahbabul Habib" diirisngi dengn kumpulan Nasyid Inteam serta AlMawlid. 
  • Ahbabul Habib akan membawakan Qasidah "Muhammadin" dan "Nurul Mustofa" bermula selepas Fasal ke 3 dari Maulid Adh Dhiya Ul Laami'. 





Acara Perarakan Pertama dalam sejarah Darul Murtadza!



Jalan Perarakan 


  • Aturcara bermula pada pukul 6 petang untuk taklimat ringkas tentang di perkarangan luar Masjid Muadz Bin Jabal, berhadapan dengan Kuarters tentera. 
  • Tepat pukul 6.30petang kita akan berarak dari point permulaan hingga masuk ke Masjid Muadz
  • Bersama-sama ber qasidah "Tola'al Badru" dan "Ahmad ya Habibi" yang di pimpin oleh Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza, "Ahbabul Habib". 
  • Turut bersama dalam perarakan adalah tetamu-tetamu khas serta pelajar-pelajar Madrasah.
  • Kami mencadangkan untuk hadir awal dan Asar Berjemaah disana :)

Parking



Kedudukan Jemaah di dalam masjid 




Pintu Pagar Utama untuk Lelaki (Pondok Pengawal)

Pintu Pagar Utama untuk perempuan (Tangga Besar)






Sudahkah Anda bersedia??

Kita Berjumpa Di Sana!


:)