15 May 2013

Majlis Ta'lim 10 Mei 2013


Tafsir Quran




Riyadhus Solihin - Imam Nawawi




Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali




Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad








Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 10 Mei 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 38 -



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 452 -

 Bidayatul Hidayah, MS 109 -




Peringatan Umur Insan, MS 134 - 








Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza masih lagiberjalan seperti biasa pada Jumaat yang lepas. Majlis yang jatuhnya pada tanggal malam 1 Rejab yang diketahui sebagai salah satu daripada bulan Haram yang mempunyai keistimewaan tersendiri disisi Allah S.W.T.


Antara ilmu yang bermanfaat yang telah diberikan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ketika membahaskan tafsir ayat 39 daripada Surah Ali Imran adalah mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Tetapi bukan sekadar ucapan sahaja tetapi disertakan dengan doa seperti berikut:-



بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ،
 وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ،
 وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.”

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.."


Semoga kita dapat beramal dengan apa yang telah kita pelajari insyaAllah.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat akan datang, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa (KL) selepas solat Isya' insyaAllah....



Jumpa di sana! :)








...













No comments: