29 September 2012

Umrah dan Ziarah (Bahagian 2)









Majlis Ta'lim 28 September 2012







Assalamualaikum

Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini menampilkan Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered, pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'assabil, di TTDI Jaya, Shah Alam.


Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 270-273



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 407 - 408 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)



Bidayatul Hidayah, MS 80 - 82 "Sampai masa ia bangun dari tidurnya itu"- Adab-adab Tidur .





Peringatan Umur Insan, MS 106 - 107  ("Kecemasan Hari Mashar")








Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered,
Pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'Assabil, TTDI Jaya Shah Alam.



Sebahagian hadirin "cilik" yang turut memeriahkan Majlis Ta'lim Mingguan





Terima kasih atas segala sokongan anda. Mari kita sebarkan dan ajak kenalan kita untuk menerima khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. serta mendapat keberkatannya..

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan pada minggu depan dengan sambutan Maulid Bulanan.

Jumpa anda di sana!







....


26 September 2012

"Maka Bertebaranlah Kamu di Muka Bumi..."

Assalamualaikum




"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"

(Al-Jumu'ah 62:10)

24 September 2012

Jemputan ke Majlis UMP Berselawat










Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis "UMP BERSELAWAT" pada 11 October 2012, di Masjid Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Majlis akan bermula pada pukul 6.00petang hingga 9.45 malam.

GPS: 3.721745,103.125014








Khususnya buat semua yang berada di Pahang, jangan lupa niatkan untuk hadir dalam majlis yang berkat ini.

Jumpa di sana insyaAllah :)




...

22 September 2012

Majlis Ta'lim 21 September 2012




...


Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 267-269



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 404 - 406 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)



Bidayatul Hidayah, MS 79 - 80 - Adab-adab Tidur .





Peringatan Umur Insan, MS 105 - 106 ("Kecemasan Hari Mashar")













Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan pada Jumaat hadapan, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala lumpur.



Jumpa anda disana! :)

15 September 2012

Majlis Ta'lim 14 September 2012





Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 265-266



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 400 - 401 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)



Bidayatul Hidayah, MS 78 - 78 - Akan bersambung dengan Adab-adab tidur pada kelas yang akan datang.





Peringatan Umur Insan, MS 101 - 105 (akan bersambung dengan topik "Kecemasan Hari Mashar" di kelas akan datang)





Alhamdulillah, majlis Ta'lim Darul Murtadza yang pertama selepas musim Ramadhan dan Aidilfitri telah selamat berlangsung semalam. Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan kitab seperti yang telah disenaraikan di atas.

Satu kelainan untuk website Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini adalah, kami akan menyiarkan rakaman Majlis Ta'lim selepas majlis selesai. Tiada lagi live streaming. Kami akan buat yang terdaya untuk menyediakan rakaman tersebut secepat mungkin selepas kelas.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid juga sempat menjawab soalan berkenaan bagaimana kita mahu respon kepada isu video penghinaan kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk mengetahui apakah respon Habib tentang perkara hangat ini, serta beberapa soal jawab agama yang lain, sila tonton rakaman yang disediakan (atas).




Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Mari kita "share" dan "promote" perkongsian-perkongsian dari Facebook rasmi Darul Murtadza untuk mengajak ramai lagi teman-teman serta sanak saudara kita untuk mencintai dan menghadiri majlis - majlis ilmu.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan pada Jumaat hadapan, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala lumpur.



Jumpa anda disana! :)









...

13 September 2012

Musim Baru Sudah Bermula - Rakaman Maulid Aidilfitri 7 September 2012



Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah berehat selama sebulan di bulan Ramadhan, banyak Majlis-majlis Ta'lim (atau majlis-majlis ilmu) telah bermula semula pada minggu ini.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah bermula Musim Baru selepas Aidilfitri yang dimulai dengan Majlis Khas Maulid Aidilfitri sebagai pembukaan pada Jumaat yang lepas (7 September 2012). MasyaAllah, ramai yang hadir pada majlis tersebut. Semoga semua yang hadir datang dengan semangat yang baru, untuk memperkukuhkan lagi ilmu kita dengan menghadiri majlis-majlis yang baik serta majlis-majlis ilmu.

Tidak sampai beberapa jam minit majlis sudah berakhir, banyak gambar serta video yang telah disiarkan di laman-laman web serta laman-laman social terutama sekali di Youtube dan facebook. berikut adalah antara gambar-gambar suasana Majlis Maulid pertama musim ini:-











Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah Hadir pada Majlis yang lepas. Sokongan anda telah sidikit sebanyak memberikan semangat yang baru kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis mingguan ini.

Buat pengetahuan para pengunjung, sebenarnya, Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid uga sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Terdapat banyak perbahasan yang beliau ingin huraikan tetapi masa yang terluang adalah terbatas. Kita boleh nampak semangatnya dalam menghuraikan ilmu di dalam tiap-tiap Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Jika Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu beliau, apatah lagi kita yang kurang dan memerlukan ilmu-ilmu tersebut. Marilah kita raih peluang ini dengan penuh semangat. Hadir dalam setiap majlis dan ajak sanak saudara, keluarga, teman-teman, jiran dan lain-lain untuk mengikuti Majlis Ta'lim Darul Murtadza dan Majlis-majlis Ta'lim yang lain.

Dalam salah satu Tausiyahnya, Habib Ali pernah berkata:

"Orang yang lapar/dahaga (yang inginkan sesuatu dengan perasaan tak pernah cukup) ada dua. Iaitu orang yang dahagakan dunia dan orang yang dahagakan ilmu"

Di antara dua perumpamaan tersebut, siapakah kita?

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kami tidak dapat nak senaraikan semua yang terlibat di sini tetapi Allah sahaja lah yang dapat membalas segala amalan semua.

Esok akan bermula Majlis Ta'lim pertama Darul Murtadza. Jadi, apa tunggu lagi?




















Jumpa anda disana! :)













10 September 2012

Jemputan ke Majlis Haul Memperingati Imam Habib Abdullah Bin Alwi Al Haddad 1433H/2012M

Assalamualaikum




Semua dijemput hadir ke Majlis Haul (Tahunan) sempena Memperingati seorang ulamak yang hebat, iaitu Imam Habib Abdullah Bin Alwi Al Haddad.

Seperti tahun-tahun yang lepas, majlis Haul Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad akan diadakan di beberapa tempat sekitar Selangor dan akan dihadiri ulamak-ulamak terkemuka. Maklumat lanjut tentang majlis-majlis adalah seperti yang dipaparkan di poster di atas.

Buat makluman kepada pembaca, kitab-kitab Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad adalah antara kitab yang dibaca di dalam Majlis-majlis Ta'lim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara kitab-kitab yang dibahas adalah seperti berikut:-



Untuk lebih mengenali siapakah Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad, mari kita baca biografi beliau yang telah ditulis oleh al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di link berikut:-

http://www.darulmurtadza.com/2011/12/riwayat-hidup-imam-abdullah-bin-alwi-al.html

Marilah kita bersama-sama memasang niat untuk hadir bersama-sama di dalam majlis yang baik ini.

Sila sebarkan maklumat ini dan sama-samalah kita mendapat manfaat dari usaa kecil kita ini.

Jumpa anda di sana! :)







...