08 May 2013

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 3 Mei 2013



Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)












Tausiyah











Alhamdulillah,

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk bulan Mei 2013 telah selamat berlangsung pada 3 Mei 2013 yang lepas. Walaupun dijangka ramai yang pulang ke kampung halaman bersempena dengan musim Pilihan Raya Malaysia 13, kehadiran jemaah di Majlis Maulid yang lepas sangat menggalakkan dan meriah! MasyaAllah :)

Kemeriahan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 3 Mei 2013

Kumpulan Ahbabul Habib (Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza) serta alMawlid  3 Mei 2013


Majlis juga diserikan lagi dengan tetamu-tetamu dari Hadramawt dan Indonesia serta beberapa lagi yang tidak dapat kami sebutkan di sini. Semoga dengan perkongsian ilmu pada malam tersebut kita semua mendapat Rahmat serta manfaat dari ilmu tersebut.






Antara pesanan yang telah kita ambil adalah tentang kepentingan akhlak yang baik:-


"Orang yang mempunyai akhlak yang baik itu, kalau berbuat amal, walaupun amalannya sedikit, akan diberkati oleh Allah amal yang sedikit itu...
Orang yang mempunyai akhlak yang baik itu, kalau mempunya ilmu yang sedikit, Allah S.W.T akan memberkati ilmu yang sedikit itu"



InsyaAllah majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada setiap Jumaat, selepas solat Isyak di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa...

Ajak kenalan serta ahli keluarga ita dan insyaAllah kita berjumpa di sana! :)





...

No comments: