29 February 2012

Jemputan Majlis Maulid di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya

Assalamualaikum

Anda semua dijemput untuk menghadiri Majlis Maulid di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Petaling Jaya pada 5 Mac 2012 (Isnin). InsyaAllah Majlis akan bermula pada pukul 7.30pm di Dewan Solat Masjid.

Jumpa anda disana :)

27 February 2012

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 2 mac 2012


Assalamualaikum

"Objektif sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayahNYA" 
- kalam Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput kalian sekeluarga hadir ke majlis bacaan maulid ADH DHIYA UL LAAMI (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).

Tarikh : 2 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00pm
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa


Aturcara Majlis :

9:15pm - 10:50pm : Bacaan maulid & alunan qasidah & hadrah. Syarahan kitab Fiqh As-Sirah (spt yg disyarahkan oleh AlHabib setiap Sabtu 9:15pm di iKIM FM)
11:00pm : Jamuan ringan & bersurai



Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini.

Mohon disebarkan :)






....

Cinta Rasul

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3




Assalamualaikum kepada pengunjung laman web Darul Murtadza. Dalam post kali ini, kita saksikan Rancangan "Cinta Rasul" dari TV Al Hijrah yang telah bersiaran bersempena menyambut Kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. dalam bulan RabiulAwwal.

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.








...

Sepasang Sepatu Rasul


Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman rancangan Halaqah di TV9 yang bertajuk "Sepasang Sepatu Rasul" yang menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid.

Rancangan tersebut telah bersiaran pada 3 Februari 2012 (Jumaat) lepas.

Terima kasih diucapkan kepada Halaqah TV9 atas jemputannya serta  EnAlterCronic  atas kongsian video ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang telah disebarkan, InsyaAllah..






...

Rakaman Fiqh As Sirah siri 15


Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 15 yang telah keudara pada 25 Februari 2012.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.





...

24 February 2012

Majlis Ta'lim 24 Februari 2012

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 234 - 235)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 364)
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 7 - Dari m/s 47 ke m/s 53 - Doa Selepas Solat Sunat Subuh)
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga - ms 80 - Menguburkan Mayit dan Soalan Kubur)


Dalam membahaskan kitab Riyadussolihin di dalam majlis kali ini, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah berpesan kepada jemaah yang hadir bahawa kita hendaklah berasa gembira jika ada tetamu yang hadir, sesuai dengan hadis yang sedang di syarahkan dimana Rasulullah (SAW) sangat gembira dengan ziarah Jibril (AS).




Majlis kali ini dihadiri tetamu jauh dari Palembang, iaitu Habib Umar bin Shahab, pemimpin Rubath Muhibbin. Kedatangan beliau disambut dengan penuh gembira dari jemaah Majlis Ta'lim darul Murtadza.


Di dalam sharahan ringkasnya, Habib Umar Bin Shahab telah menceritakan tentang salah seorang Sahabat Rasulullah (SAW), iaitu Abdullah Ibn Rawahah yang berkaitan dengan kecintaan kepada majlis ilmu.

Untuk mengetahui apakah cerita tersebut dan juga pesanan-pesanan yang lain, sila tonton video-video rakaman di atas.

Semoga kit asemua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan dengan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.

Jumpa anda di sana! :)







...

23 February 2012

Mimbar Al Huda - Episod 4

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 4


"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

"Sunnah dan Syiar Al Nikah"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
...

22 February 2012

Jadual Majlis Da'wah Nuruzzahro' KL (khas buat Muslimat sahaja)


Assalamualaikum

di atas adalah jadual bagi Majlis Da'wah Nuruzzahro' KL (khas buat Muslimat sahaja).

Semoga kita daoat sebarkan maklumat ini dan mendapat manfaat darinya , insyaAllah.






...

19 February 2012

Rakaman Fiqh As Sirah siri 14



Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 14 yang bersiaran pada 18 Februari 2012 (Sabtu).

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.









...

Majlis Ta'lim 17 Februari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-



  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 233)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga)




Terima kasih atas sokongan hadirin dan hadirat baik yang di dalam Masjid mahupon yang menonton di internet.

Teruskan bersama kami pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama insyaAllah.





... 

14 February 2012

Rakaman Fiqh As Sirah siri 13



Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 13.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.





...

11 February 2012

Majlis Ta'lim 10 Februari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-


  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 231 - 232)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 360 & 361)
  3. Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 7 - Hingga Muka surat 47)
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga - ms 76 - 77)



Bersesuaian dengan topik yang di bahas dalam kitab Riyadussolihin tentang fadilat-fadilat pengziarah dan yang diziarahi, Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini diziarahi oleh Habib Hashim B Abdullah AsSeggaf yang datang dari Indonesia.

Semoga dengan kehadiran beliau, kita semua mendapat manfaat serta barokah di Majlis ilmu.  



 Terdapat sedikit gangguan teknikal pada rakaman kali ini dan segala kesulitan di dalam video tersebut amat kami kesali.

Terima kasih atas sokongan hadirin dan hadirat baik yang di dalam Masjid mahupon yang menonton di internet. Alhamdulillah berkat usaha dan hebahan anda semua, jemaah yang hadir semakin bertambah.

Teruskan bersama kami pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama insyaAllah.





...

09 February 2012

Rakaman Majlis Maulid Akbar 1433 anjuran Hawi Al Khairat



Assalamualaikum

Seperti yang telah diceritakan dalam blogpost yang lalu, Hawi Al Khairat telah menganjurkan Majlis maulid akbar 1433 buat julung julung kalinya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Februari 2012 yang lalu.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (di bawah akaun 8lipan) atas usaha upload ini.


Semoga majlis-majlis ini akan diteruskan di masa akan datang dan semoga kita sentiasa dipilihNya untuk menghadiri majlis-majlis sebegini.




...

08 February 2012

Senawang Berselawat

Dijemput anda sekeluarga untuk menghadiri majlis yang penuh barokah ini dan ia merupakan salah satu cara untuk menanam mahabbah kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya InsyaAllah.


07 February 2012

Rakaman Fiqh As Sirah siri 12



Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.





...

06 February 2012

Belakang tabir, Habib Ali Zaenal Abidin & Darul Murtadza di TV Al Hijrah


Alhamdulillah pada 3 Februari 2012 (Jumaat pagi) yang lepas, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid serta rombongannya dari Darul Murtadza telah keudara di TV AL Hijrah di dalam salah satu slot rancangan "Assalamualaikum".

Buat masa ini, tiada rakaman yang kami dapat. Walaubagaimanapon, jika ada, kami akan share di website ini insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda.

Sedutan Majlis Maulid Akbar 2012 di Masjid Shah Alam 4 Februari 2012

Sedutan Majlis Maulid Darul Murtadza di Masjid Al Falah pada 3 Feb 2012

Rakaman Tausiyah Majlis Maulid Darul Murtadza & Masjid Alfalah 3 Februari 2012



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan limpah nikmat dan kurnianya, Majlis Maulid Darul Murtadza, dengan kerjasama Masjid Al Falah USJ9, telah berjalan dengan lancar pada 3 Februari 2012.



Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah AlHabib Sholeh bin Muhammad Al Jufri (pemimpin Pasentran darul Mustofa, Solo, Indonesia), Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat (Pemimpin yayasan Al Jenderami), Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid dan Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid (Mudir Madrasah At-Tazkiyah, Cawangan Darul Mustofa, Kuala Lumpur).



Pada pukul 6.30pm, majlis dimulakan dengan bacaan Wirdul Latif yang di pimpin oleh Ustaz Azian (Masjid Al Falah) dan disertai dengan Tausiyah dari Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid.

Sejurus selepas solat Magrib, Bacaan Maulid Adhiaulami' telah dibaca bersama-sama dan diikuti oleh tausiyah dari Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, dan Habib Sholeh Bin Muhammad Al Jufri.

Kami dari pihak pengurusan Darul Murtadza ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu-tetamu terhormat yang hadir dan juga kepada semua jemaah yang bersama-sama menjayakan majlis yang penuh barakah ini.

Semoga Allah sentiasa memilih kita dan orang-orang di sekeliling kita untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis seumpama ini.

Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan, dalam Majlis Ta'lim seperti biasa, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.






...

05 February 2012

Siaran Ulangan : Habib ali Zaenal Abidin Al Hamid di Halaqah, TV9



Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa siaran ulangan Halaqah: Sepasang Sepatu Rasul (SAW) yang menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, akan berlangsung pada 7 Februari 2012 (Selasa) pada jam 9.00 pagi di TV9, insyaAllah.

Diharap dapat disebarkan maklumat ini dan semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha ini.

...

04 February 2012

Fiqh Al Sirah Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid di ikim.fm




InsyaAllah, Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid di iKiM.fm akan keudara setiap Sabtu, 9.15pm.

Siaran Ulangan adalah pada hari Ahad pukul 6.00am

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid akan membahaskan kitab Fiqh al-Sirah hasil penulisan Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.

Anda boleh mendengar Siaran  iKiM.fm Siaran seperti yang tertera di atas. Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-

http://www.ikimfm.my/ikimfm/

atau

http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/

Semoga kita dapat sebarkan info ini dan mendapat manfaat untuk kita sekeluarga.





...

02 February 2012

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan darul Murtadza di kaca TV AlHijrah



Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid serta Wakil dari Darul Murtadza bakal menemui anda di TV Al Hijrah pada :-

  • 3 Februari 2012 (Jumaat)
  • 9.00 pagi
  • TV Al Hijrah




Pada malam pula, temui Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sekali lagi dalam rancangan Halaqah, di TV 9, pada pukul 10.30 malam.

Jgn lupa tonton rancangan tersebut!




....