29 January 2014

Majlis Ta'lim 24 Januari 2014




Tafsir Quran 



Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi 




Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali














23 January 2014

Jemputan ke Maulid Akbar Masjid As Salam Bukit Sentosa


Semua dijemput hadir di Majlis Maulid Akbar anjuran Masjid As Salam Bukit Sentosa pada 27 Januari 2014,bermula selepas solat Magrib. 

Mari sebarkanuntuk manfaat bersama.


...

Jemputan ke Maulid Akbar - Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang



Semua dijemput hadir untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasuldi Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang yang bakal dihadiri ulamak ulamak dari dalam dan luar negara insyaAllah. Mari sebarkan untuk Manfaat kita bersama :)



...

Jempuran ke Ceramah Perdana Maulidur Rasul Surau AlMustaqim AU5C Lembah Keramat





Ceramah Perdana Maulidur Rasulullah S.A.W 1435H bersama Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid

Tarikh : 23/01/14
Hari : Khamis
Masa : Bermula dengan solat maghrib berjemaah.
Lokasi : Surau Al-Mustaqim, Jalan AU5c/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang*

Jemput hadir & mohon sebarkan :)

* Surau Al-Mustaqim ---> http://goo.gl/maps/yCSJE

• Info majlis lain, klik ---> http://www.darulmurtadza.com/2013/12/senarai-majlis-maulidurrasul-sepanjang.html?m=1

...

21 January 2014

Majlis Ta'lim 17 Januari 2014


Tafsir Al Quran



Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi




Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali




Tafsir Al-Quran, 113 - 115

Riyadhus Shalihin, bermula dari Hadis 504 - 506

Bidayatul Hidayah, MS 156 - 157









...

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulid Rasulullah s.a.w. di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, dijemput kalian sekeluarga hadir ke majlis Maulidur Rasulillah S.A.W 1435H/2014 pada tarikh & masa yang tertera di poster yang dilampirkan. 



Aturcara majlis :

• 8:30am : Pertandingan qasidah terbuka* anjuran Masjid Negeri (pentas & khemah di luar perkarangan letak kenderaan masjid).

• 6:30pm : Perarakan Maulidur Rasulullah S.A.W. (bermula dari pintu belakang masjid sehingga pintu utama masjid & hanya untuk Muslimin sahaja).

• 7:25pm : Solat fardhu Maghrib berjemaah (dewan solat utama - atas).

• 7:55pm : Kuliah maghrib (dewan solat utama - atas).

• 8:40pm : Solat fardhu Isyak berjemaah (dewan solat utama - atas).

• 9:00pm : Bacaan selawat Burdah & dendangan qasidah dari kumpulan Ahbabul Habib (pentas & khemah di luar perkarangan letak kenderaan masjid).

• 10:00pm : Tausiyah (1) daripada daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid & tausiyah (2) daripada Al-Habib Taufiq bin Abdul Qodir As-Segaf.

11:00pm : Jamuan & bersurai.

* Butiran pertandingan :
- Terbuka buat setiap peringkat umur.
- Yuran pendaftaran sebanyak rm50 akan dikenakan.
- Pendaftaran terakhir adalah pada Jumaat (24/01/14) sebelum solat jumaat. 
- Setiap peserta/kumpulan perlu menghantar maklumat seperti nama kumpulan dan gambar.
- InsyaAllah ada hadiah disediakan bagi pemenang.
- MTDM hanya bertindak sebagai penyebar maklumat sahaja. Maklumat lanjut,  sila hubungi terus Ustazah Diana : 010 334 2313

Majlis ini terbuka buat setiap lapisan masyarakat.
InsyaALLAH kehadiran kalian akan menambahkan lagi keberkatan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Mohon sebarkan !!!

Kerana ALLAH SWT & Rasul-NYA...







Jemputan ke Majlis Maulid Masjid Al Ansar




Dijemput semua muslimin muslimat ke Majlis Maulid yg akan dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Al Ansar, Jln Enggang Timur, Tmn Keramat, Kuala Lumpur, pada 22 Januari 2014 bermula 7.30 malam.

14 January 2014

Salam Maulidur Rasul dari Darul Murtadza - Lirik Qasidah Kisah Rasul

Dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. 






- Lirik Qasidah Kisah Rasul dendangan Habib Syech As Seggaf

Majlis Ta'lim 10 Januari 2014



Tafsir Al Quran



Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali





















Rakaman Maulid Akbar 2014



Tausiyah Habib Jindan Bin Jindan



Tausiyah Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered


Tausiyah Ustaz Zulkifli Bin Ismail


Tausiyah Al Ustaz Zainol Asri


Tausiyah Tuan Guru Sheikh Hafiz bin Selamat


Tausiyah Dato' Haji Nooh Bin Gadot





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada 3 Januari 2014 yang lepas, bersamaan dengan Rabiul Awwal 1435 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Maulid Akbar 2014 anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





Belasan (jika tidak puluhan) ribu Pencinta Majlis Ilmu / Rasulullah s.a.w. telah menghadiri Majlis tersebut sejak sebelum asar. Majlis yang awalnya dalam perancangan untuk mengadakan acara perarakan Maulidur Rasul, terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.





Walaubagaimanapon, ini tidak memutuskan semangat hadirin dan hadirat untuk meneruskan Majlis Maulid Akbar kali ini! Ini dibuktikan dengan jawapan survey di facebook yang menyatakan bahawa majoriti yang hadir sangguop meneruskan perarakan walaupun dengan keadaan cuaca hujan lebat. MasyaAllah!




Seterusnya majlis telah bersambung dengan bacaan ratib serta tausiyah ringkas dari ulamak yang ada. Bacaan Maulid telah berlangsung selepas magrib dan jemaah yang hadir bertambah secara berterusan sehingga ke akhir Majlis.









Majlis yang diserikan dengan kehadiran para ulamak yang tidak asing lagi kepada jemaah, dari dalam dan luar negara, telah menambahkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Antara yang istimewa adalah Al Habib Jindan Bin Jindan dari Jakarta, YBhg Dato' Nooh Bin Gadot, Tuan Guru Hafiz Bin Selamat (Yayasan Al Jenderami), Al Ustaz Zainol Asri, serta banyak lagi yang tidak disebut namanya tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada kesemuanya.






Bertemakan "Rasulullah s.a.w. Penyatu Ummah", Majlis Maulid Akbar kali ini ternyata menampilkan sifat positif kesepaduan kita sebagai umat islam. Ini dibuktikan dengan kehadiran jemaah serta ulamak-ulamak yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi dapat mencapai satu objektif yang sama. Alhamdulillah!


Antara yang menarik:

Bendera baru yang memeriahkan Majlis


Tempat Wuduk tambahan dari DBKL
Jemaah dihidangkan Kuew Tiaw Goreng panas
 (dengan keadaan cuaca yang sejuk selepas hujan lebat)



Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir serta yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barakah ini. Majlis tidak akan berjalan tanpa anda semua :) Dan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan, kami ingin meminta maaf dan akan buat yang terbaik untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Semoga semuanya mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa teruskan bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wassalam


...


























Majlis Ta'lim 13 Disember 2013 (Bahagian 2)




Tausiyah Istimewa : Syeikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal





Tausiyah Istimewa : Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas





Alhamdulillah, walaupun dengan keberangkatan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ke Bumi Barakah Palestine, Majlis Ta'lim tetap diteruskan serta dihadiri ribuan pencinta Majlis Ilmu.

 Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal

Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal serta AL Habib Abdullah Bin Ali Al Attas.

Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas

Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal dan Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas telah menyampaikan tausiyah mereka dan diterjemah oleh Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered. Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas juga sempat memberi ijazah Zikir / amalan kepada yang menghadiri Majlis Ta'lim mingguan kali ini.


Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered

Jangan lepaskan peluang untuk istiqomah dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

:)






























Majlis Ta'lim 13 Disember 2013 (Bahagian 1)





Tafsir Al Quran


Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali



Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad





Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Mingguan kali ini menampilkan Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered, Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa'assabil, Shah Alam. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran tetamu dari jauh untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka.

Mari hayati rakaman pengajian kitab kali ini dan bersambung pada bahagian kedua untuk rakaman tausiyah dari tetamu istimewa.

[ Bersambung di bahagian 2]








...











Majlis Ta'lim 29 Nov 2013



Tafsir Al Quran




Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali



Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad










....

13 January 2014

Rakaman Maulid Istimewa bersama Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz



Rakaman Tausiyah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz













Rakaman Maulid Adh-Dhiyaul Lami 



Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad
Bin Salim Ben Hafidz

Alhamdulillah pada 6 Disember 2013 yang lalu, buat julung-julung kalinya, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menerima satu kunjungan seorang tokoh besar yang tidak asing lagi iaitu Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Mudir Pengajian Tinggi Dar Al-Musthofa Tarim, Hadramaut, Yemen & guru kepada guru kita, Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)

Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim
Ben Hafidzdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza


Kehadiran jemaah juga tidak kurang luar biasanya kerana penuh ruang masjid sehingga ke ruang bawah. Tausiyah telah disampaikan oleh ulamak-ulamak yang lain juga sebelum di tutup oleh pesanan penting dari  Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz sendiri yang berkisar tentang kesedaran kita tentang nikmat Taufik yang telah dianugerahkan olehNya kepada kita semua. MasyaAllah!

Sebahagian dari belasan ribu jemaah yang hadir pada malam tersebut


Dari pihak pengurusan kami mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan Majlis ini dan kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada.

DVD Rakaman Majlis Maulid Istimewa dari Inteam Mobile


Rakaman Majlis ini juga dijual dalam bentuk DVD. Anda boleh memilikinya melalui website Inteam Mobile :-

http://bit.ly/1a2g5xE


Mari sebarkan informasi ini buat manfaat bersama insyaAllah



:)