02 September 2010

We're On Facebook! Kami di Facebook!

Assalamu Alaikum and Greetings/dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah! We're on Facebook. Please do add us as your friend because we certainly want to be yours, InsyaAllah.

Alhamdulillah! Kami di Facebook. Silakan add kami sebagai friend anda kerana kami sememangnya mahu anda sebagai friend kami, InsyaAllah.

27 April 2010

Majlis Maulid Bulanan

Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamid akan mengadakan Maulid Bulanan pada Jumaat 30 April 2010 bersamaan 16 Jamadil Awal 1431, bertempat di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, KL.Acaranya adalah seperti berikut:-

8.30 - Solat Isya'
9.00 - Bacaan Maulid Addiya'ulami'
Bacaan Qasidah
Syarahan
Doa'
Jamuan

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir

22 March 2010

Majlis Maulid Bulanan

Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamid akan mengadakan Maulid Bulanan pada 26/3/2010 bertempat di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, KL.Tetamu kehormat kali ini merupakan Habib Sheikh Alhabsyi (Munsib Alhabsyi - Hauthah, Hadramaut, Yemen). Acaranya adalah seperti berikut:-

8.30 - Solat Isya'
9.00 - Bacaan Maulid Addiya'ulami'
Bacaan Qasidah
Syarahan
Doa'
Jamuan

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir

11 February 2010

Dalil/Hadith Dibolehkan Menunda Solat



Penundaan solat berjamaah untuk hajat tertentu pernah dilakukan oleh Rasullullah S.A.W berkali kali, sebagaimana diriwayatkan bahwa para sahabat menanti Rasullullah S.A.W untuk solat isya berjamaah hingga pertengahan malam (Sohih Muslim hadith no.376)

Bila kalian solat isya sungguh waktunya hingga pertengahan malam (sohih Muslim hadith no.612).

Rasullullah S.A.W ditanya mengenai waktu untuk menunaikan solat 5 waktu,, maka Rasullullah S.A.W solat dihari itu pada waktu subuh, zohor, asar, magrib dan isya di awal waktu, lalu pada hari kedua Rasullullah S.A.W solat subuh, zohor, asar, magrib dan isya di akhir waktu, lalu baginda berkata : “dimana si penanya waktu solat kelmarin?”, maka orang itu berkata : Aku wahai Rasulullah. Maka Rasullullah S.A.W berkata : “waktu solat antara kedua waktu ini” iaitu hari pertama baginda mencontohkan awal waktu dan hari kedua baginda mencontohkan akhir waktu, dan waktu solat adalah antara kedua waktu itu. (Sohih Muslim hadith no.613).

Diriwayatkan pula bahwa Aba Umamah berkata aku solat zohor bersama Umar bin Abdul Aziz, lalu aku mengunjungi Anas bin Malik ra dan kami melakukan solat asar, maka aku berkata : “solat apa yg kau lakukan ini?” Anas bin Malik berkata : Inilah waktu asar yg kuketahui dari Nabi S.A.W. (Sohih Bukhari hadith no.524). ini menujukkan bahwa Umar bin Abdul Aziz solat zohor saat waktu sudah sangat dekat dgn asar.

Setelah Iqamat solat Isya, Rasullullah S.A.W meninggalkan solat dan berkata :”tetaplah pada posisi kalian”, lalu baginda mandi junub lalu mengimami solat (Sohih Bukhari hadith no.614).

Setelah Iqamat dikumandangkan Rasullullah S.A.W berbicara dengan seorang lelaki hingga jamaah menunggu hingga larut malam dan banyak yg tertidur, barulah kami solat berjamaah (Sohih Bukhari hadith no.616).

Maka para ulama mengambil kesimpulan bahwa menunda waktu solat untuk suatu hajat penting merupakan hal yg diperbolehkan, apalagi hajat itu adalah hajat umum, dan terlebih lagi adalah majlis ta’lim, atau zikir atau lainnya, karena biasanya para ulama sengaja menundakan solatnya demi jamaah tidak meninggalkan tempat, sebab bila selesai solat maka mereka berpergian dengan urusannya masing- masing, hilangnya keinginan untuk belajar ilmu dan beribadah, menonton televisyen, atau urusan keduniawiyan lainnya, maka para ulama sengaja menundanya agar muslimin tetap ditempat menanti waktu solat. karena Rasullullah S.A.W menjelaskan saat sahabat menanti baginda keluar melaksanakan solat isya hingga pertengahan malam maka Rasullullah S.A.W bersabda : “orang lain sudah solat dan sudah tertidur, namun kalian tetap dalam solat selama kalian menanti solat” (Sohih Bukhari hadith no.546)

Sumber Habib Munzir Al Musawa

05 February 2010

Bidayatul Hidayah-Kuliah Zohor Habib Ali Al-Hamid di KWSP Pada 25 Jan 2010


Ilmu adalah warisan dari Rasullullah. Rasullullah bersabda “Kami para rasul tidak mewarisi harta mahupun takhta, tetapi kami mewarisi ilmu kepada umat kami”. Rasul-rasul mewarisi ilmu untuk mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T.

Orang yang mencari ilmu tidak kerana yang lain melainkan ALLAH S.W.T, adalah mendapat ganjaran berjihad di jalan ALLAH S.W.T.

Firman ALLAH S.W.T, “ Barang siapa yang keluar dari tempatnya (tidak kira sama ada rumah atau pejabatnya) untuk mencari ilmu, dan ia mencari ilmu hanya kerana ALLAH S.W.T, dia di kira berjihad di jalan ALLAH S.W.T sehinggalah dia balik ke tempat asal. Maka jika dia meninggal dunia sewaktu mencari ilmu itu, maka dia digolongkan sebagai orang yang mati syahid.

Menyentuh kitab yang kita akan kaji ini, “Bidayatul Hidayah” yang bermaksud “Permulaan Untuk Mendapatkan Petunjuk”. Ini merupakan buku yang terakhir yang yang di tulis oleh Imam Al-Ghazali.

Biografi Imam Al-Ghazali

Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammmad bin Muhammad yang berasal dari Turs atau Khurasan. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang sangat menyintai ilmu. Walaupun beliau bukan berbangsa Arab, namun beliau dapat menguasai bahasa Arab dengan sangat baik dan penyampaiannya sangat indah melebihi dari orang Arab itu sendiri.

Merujuk kepada Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), ramai di kalangan ulama-ulama besarnya adalah terdiri daripada bukan berbagsa Arab. Diantaranya adalah :-

a) Imam Al-Ghazali - Turs, Khurasan
b) Imama Bukhary - Bukhara
c) Imam Muslim - Naisabur
d) Imam Tarmizi - Persia

Walaupun ilmu itu lahir dari bahasa Arab, namun ilmu itu boleh di dapati oleh semua bangsa. Jadinya persoalan bahawa saya bukan berbangsa Arab, justeru saya tidak mampu untuk menguasai ilmu tidak boleh di pakai sama sekali. Terbukti ramai di kalangan para ilmuan ASWJ adalah terdiri daripada orang yang bukan berbangsa Arab.

Imam Al-Ghazali datang dari sebuah keluarga sederhana. Pada suatu hari sewaktu ayahnya sedang meghadiri majlis ilmu, tiba-tiba hatinya tesentuh lalu dai mengangkat tangan dan berdoa sambil menitiskan air mata agar ALLAH S.W.T mengurniakan anak yang faqih dan alim serta pandai menyampaikan khutbah (fasih dalam berceramah).

ALLAH S.W.T S.W.T telah mengkabulkan permintaan bapanya dan mengurniakan dua orang anak iaitu, Muhammad dan Ahmad yang mana kedua-duanya menjadi faqih dan alim dalam bidang masing-masing.

Dari segi bahasa ‘Ghazal’ bermaksud “tukang jahit”. Ianya diambil dari pekerjaan bapanya sebagai seorang tukang jahit.

Ayahnya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Kemudiannya beliau bersama saudaranya diserahkan kepada bapa saudaranya. Bapanya meninggalkan sedikit wang peninggalan bapanya untuk menampung persekolahannya. Bapa saudaranya adalah seorang yang miskin, apabila wang peninggalan bapanya telah habis, Imam Al-Ghazali bersama saudaranya di tempatkan untuk belajar di sekolah-sekolah pondok (seperti yang terdapat di Kedah dan Kelantan).

Bapa saudaranya menghantar untuk belajar ke sekolah pondok kerana di sana makanan dan tempat tinggal diberi secara percuma.

Imam al-Ghazali berkata “ Dahulu aku mencari ilmu bukan kerana ALLAH S.W.T, tetapi kerana memerlukan makanan dan tempat tinggal, tetapi ilmu itu tidak mahu sebegitu, ianya hanya mahu dicari kerana ALLAH S.W.T. Ilmu itu datangnya dari ALLAH S.W.T, dan tidak mungkin di cari kalau bukan kerana ALLAH S.W.T ”.

ALLAH S.W.T mengajar ilmu kepada Nabi Adam adalah secara keseluruhan dan ilmu yang di ajar kepada unsur-unsur manusiawi.Inilah kelebihan manusia dari para malaikat, jin dan juga semua makhluk.

Imam Al-Ghazali yang masih muda berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari ilmu.Beliau mengumpul ilmu dalam bentuk tulisan untuk rujukan dan hafalannya. Di dalam satu kejadian, sewaktu mengikut kafilah menuju ke suatu destinasi untuk menuntut ilmu, kafilah itu telah dirompak oleh sekumpulan perompak. Perompak itu turut memgambil beg berisi catatan ilmunya. Beliau telah mengejar perompak tersebut dan meminta balik begnya dan menyatakan tiada apa dalam beg tersebut melainkan catatan ilmu yang telah diambil setelah sekian lama untuk dia belajar dan menjadi rujukan ilmunya.

Perompak itu menempelak Imam Al-Ghazali, “Bagaimana kau hendak menjadi seorang yang berilmu, sedangkan bila aku mengambil beg kamu, kamu sudah tidak mengetahui ilmu yang terdapat dalam beg ini”.

Imam Al-Ghazali banyak mengambil kata-kata manfaat walau pun dari seorang perompak.

Perompak itu mengembalikan kembali beg milik beliau. Setibanya di rumah, beliau telah beri’tiqaf di dalam rumah dan menghafal segala ilmu dari tulisannya yang terdapat di dalam beg tersebut yang dia telah belajar sekian lama.

Imam Al-Ghazali telah berjaya menguasai bidang ilmu pengetahuan sehingga menjadikan beliau seorang ulama besar dan menjadi rujukan ramai ulama pada zamannya. Beliau telah di lahirkan pada tahun 450 hijriyah dan kembali ke rahmatullah pada tahun 505 hijriah.

Sewaktu ingin menunaikan solat subuh, setelah berwudhu’, Imam Al-Ghazali telah meminta jemaah yang berada berhampiran dengannya untuk mengambilkan kafannya. Adalah menjadi amalan bagi orang-oarng yang soleh menyediakan kain kafan dan membawanya kemana-mana sahaja sebagai persiapan untuk menenmui ALLAH S.W.T. Setelah menunaikan solat subuh, beliau mencium dan meletakkan kain kafan ke matanya. Sebelum matahari terbit pada hari isnin tahun 505 hijriyah Imam Al-Ghazali telah menhembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan berbaring menghadap qiblat.

Dikatakan oleh Rasullullah S.A.W, ulama dari umat ku ini sama darjatnya dengan para anbiya’ bani Israil.

Habib Ali telah menukilkan dua peristiwa, di mana kedua-dua peristiwa berkaitan dengan Imam Al-Ghazali yang di dapati mimpi yang dialami oleh para alimin setelah beliau meninggal dunia. Di antaranya ialah:-

Kisah 1

Dalam mimipinya alimin itu telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, “Apakah yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada kamu?”. Jawabnya, “ALLAH S.W.T telah memberi keampunan kepada ku kerana seekor lalat. Ketika beliau sedang menulis karangan kitabnya (banyak karangan Imam Al-Ghazali, melebihi 20 karangan dan sebahagiannya masih belum terkumpul lagi) dengan menggunakan pena, setelah mencelupkan penanya ke dalam tinta, sementara memikirkan apa yang handak ditulisnya, datang seekor lalat hinggap pada penanya dan meminum tinta yang mengalir dari penanya. Apabaila beliau telah mendapat ilham dan hendak meneruskan penulisannya, beliau telah memberi peluang kepada lalat itu untuk meminum tintanya sehingga puas, kemudain barulah dia menyambung penulisannya.

Oleh kerana rahmat dan belas kasihan dengan membenarkan lalat itu minum sehingga puas telah menyebabakannya mendapat rahmat ALLAH.



Kisah 2

Kisah ke 2 ini berkaitan dengan sabda Rasullullah bahawa,” ulama umatku setaraf dengan para ambiya’ bani israil”.

Ada seorang alimin bermimpi Imam Al-Ghazali ketika itu berada bersama Rasullullah S.A.W dan juga Nabi Musa A.S. Nabi Musa A.S telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali,”siapakah nama mu”. Beliau menjawab, “ aku Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali” (nama gelarannya ialah Abu Hamid), namanya Muhammad, nama ayahnya Muhammad dan nama datuknya juga Muhammad.

Nabi Musa A.S berkata “aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut nama ayah dan datuk mu”.

Imam Al-Ghazali memeinta izin dari Rasullullah untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah (gelaran kepada Nabi Musa kerana dapat berbicara dengan ALLAH S.W.T).

Imam Al-Ghazali menjawab, “Engkau, wahai Kalimullah, apabila ALLAH S.W.T bertanya apa yang ada pada tangan kanan mu, kamu telah menjawab ‘Ini adalah tongkat ku’, ‘aku bersandar dengan tongkat ini’, ‘aku menggunakan untuk menghalau kambing-kambing’, dan ‘aku memiliki manfaat-manfaat yang lain dari tongkat ini’. Nabi Musa memberkan empat jawapan kepada ALLAH S.W.T sepatutnya jawapannaya adalah “tongkat” sahaja.

Imam Al-Ghazali cuma memberikan tiga jawapan sahaja iaitu, “Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali”, sedangkan Nabi Musa A.S telah memberikan empat jawapan.

Maka Rasullullah bertanyakan kepada Nabi Musa A.S, “adakah ulama seperti Imam Al-Ghazali dalam umatnya? Jawab Nabi Musa, “Tiada”.

Hikmah memanjangkan jawapan oleh Imam Al-Ghazali sama juga dengan hikmah memanjangkan jawapan oleh Nabi Musa apabila ditanya oleh ALLAH S.W.T adalah kerana senang, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Kalimullah dan juga Zat yang mulia iaitu ALLAH S.W.T sewaktu Nabi Musa berbicara dan munajat dengan ALLAH S.W.T.

02 February 2010

Raja Tubba'


Raja Tubba' melakukaan perjalanan dari Yaman mengembara merentasi banyak negeri ditemani oleh 400 ulama. Setiap kali memasuki sesebuah negeri, rakyat negeri tersebut akan mengalu-alukan dan memuliakannya. Suatu ketika apabila dia sampai ke kota Mekah al-Musyaraffah, tidak seperti penduduk negeri lain, warga Mekah tidak memberi sambutan yang hangat. Sikap ini membuatkan raja Tubba' menjadi heran dan marah.

"Mengapa penduduk negeri ini tidak memuliakan kita?" tanya raja kepada ulama yang menemaninya dalam perjalanan.

"Mereka adalah penduduk Mekah". Manusia sangat menghormati dan memuliakan mereka. Itulah sebabnya mereka tidak memulia dan mengagungkanmu, jawab para ulama.

Timbul niat jahat Raja Tubba' untuk meroboh dan memusnahkan Ka'bah. ALLAH yang maha mengetahui pada ketika itu juga menurunkan bala' berupa penyakit di kepalanya sehingga membusuklah kepala sang raja. Orang tak mahu duduk dekatnya kerana bau busuk dari penyakitnya itu. para tabib berusha mengubati, namun mereka tidak dapat menyembuhkan penyakit itu.

"Mengapa kita tidak dapat menemui ubat untuk menyembuhkan raja, padahal telah ramai tabib telah di temui".

Salah seorang dari ulama telah mengutarakan pendapatnya kepada raja, "akan ku beritahu kepada mu ubat penyakit mu ini, tapi hanya kau seorang yang boleh mendengarnya".

Raja Tubba' bersetuju dan menitahkan semua orang keluar dan meniggalkan mereka berdua sahaja.

Si alim berkata kepada raja Tubba', "akan ku beritahukan ubat penyakitmu setelah kau ceritakan apa yang kau niatkan di dalam hati mu dan apa yang kau sembunyikan dalam batinmu".

"Aku memang menyimpan niat yang buruk dalam hatiku iaitu hendak menghancurkan dan merobohkan Ka'bah sebab mereka tidak mengaggung dan menghormati kita", ujar raja Tubba'.

"Ketahuilah niat jahatmu itu yang menyebabakan ALLAH murka dan memberikan mu penyakit. Sekarang, jika kau ingin sembuh, batalkan niat mu itu, semoga ALLAH mengampunimu", saran si alim.

"Baiklah saat ini juga ku batalkan niat burukku" ujar si Raja yang menyesali sikapnya.

Seketika itu juga ALLAH menyembuhkan penyakitnya.

Setelah beberapa lama tinggal di Mekah, raja Tubba' bersama rombongan melanjutkan perjalanan ke Madinah. Setibanya di Madinah, para ulama yang mengiringinya berkata "kami ingin tinggal di sini." Pada ketika itu Madinah masih lagi berupa sebuah kawasan yang kosong dan tandus.

"Bukankah kita telah sepakat untuk mengembara bersama?" kata raja.

"Tetapi kami ingin tinggal di sini" tegas para ulama .

"Apakah yang menyebabkan kalian ingin tinggal di sini?"

Sesungguhnya tempat ini adalah tempat hijrahnya nabi akhir zaman . Dalam waktu terdekat beliau akan diutuskan dan berhijrah ke mari. Kami ingin anak cucu kami kelak menjadi pengikut dan sahabat beliau.

"Jika demikian, aku akan mewasiatkan sepucuk surat kepada kalian untuk nabi akhir zaman. Serahkan surat itu apabila dia telah di utuskan dan berhijrah ke tempat ini".

Kemudian Raja Tubba' telah menulis sepucuk surat yang berbunyi,"Aku Raja Tubba' I, aku beriman kepada mu dan meyakini ajaranmu.....". Surat itu telah di cop dengan mohor di raja dan diserahkan kepada si alim yang telah mengubatinya.

"Simpan surat itu", pesan Raja Tubba'.

Para ulama pengikut Raja Tubba' adalah nenek moyang para sahabat dari puak Ansar, dan orang yang memegang amanah menjajaga surat itu adalah keturunan Abu Ayyub Al-Ansari.

Ketika baginda Rasullullah S.A.W berhijrah ke Madinah, Abu Ayyub telah menyerahkan surat itu.


22 January 2010

Majlis Maulid Bulanan

Majlis Ta'lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamid akan mengadakan Maulid Bulanan pada 29/1/2010 bertempat di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, KL. Acaranya adalah seperti berikut:-

8.30 - Solat Isya'
9.00 - Bacaan Maulid Addiya'ulami'
Bacaan Qasidah
Syarahan oleh Habib Ali Alhamid
Doa'
Jamuan

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Wassalam

02 January 2010

Program Ziarah Habib Umar ke Malaysia



Marilah sama-sama kita hadir di majlis tersebut. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat darinya.

Salam Ukhwah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Sang Pencipta yang Satu atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Mudah-mudahan kita digolongkan di antara mereka yang bersyukur.

Setelah lama mengimpikan sebuah laman web / blog, akhirnya impian kami tercapai jua. Dengan adanya blog ini, diharapkan akan memperkasakan lagi usaha dakwah semata-mata mengharapakan keredhaanNya.Ia juga dapat memudahkan supaya segala maklumat dapat disebarkan di hujung jari jemari.

Diharapkan agar blog yang tidak seberapa ini menjadi manfaat untuk semua kaum muslimin.Semoga Allah memberi barakah kepada kita semua.Amin Ya Rabbal A'lamin.

Pengerusi

Darul Murtadza

Kuala Lumpur