22 April 2013

Majlis Ta'lim 19 April 2013

Tafsir Al Quran


Riyadhus Solihin - Imam Nawawi





Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali





Peringatan Tentang Umur Insan - Imam al-Haddad




Tausiyah - Sheikh Abdul Qader Al Baihani





Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 19 April 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 33 - 36



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 445 - 447

 Bidayatul Hidayah, MS 107 - 109




Peringatan Umur Insan, MS 133 - 134


Alhamdulillah.

Majlis kita dihadiri oleh Sheikh Abdul Qader Al Baihani dari Shabwa-Hadramaut yang merupakan kali ke-empat menghadiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Beliau sempat memberikan tausiyah kepada semua yang hadir dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza.



Antara nasihat Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ketika membahaskan kitab Riyadhus Solhin yang berkaitan dengan menangis kerana takut kepada Allah:-

"Harga air mata (kerana takut kepada Allah S.W.T.) yang kita keluarkan di dunia ini, harganya adalah "Naungan Allah" di akhirat nanti yang tiada lagi yang bernaungan kecuali naungan milik Allah...

 Harganya Bukan duit, harganya bukan emas...harganya bukan perak... harganya adalah hati yang lembut kepada Allah, takut kepada Allah, sehingga kesan takut itu dengan titisan air mata... 

Yang kita nak dapat, yang kita nak beli itu (Air Mata menangis kerana Allah), tiada orang yang punya...kekayaan apa pun, tak boleh nak dapat...tapi yang boleh kita nak beli kepada yang berharga itu, naungan Allah S.W.T, ada di dalam diri kita...ada dalam mata kita sendiri... "


Majlis akan bersambung seperti biasa pada Jumaat ini di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Kuala Lumpur bermula selepas Isyak. Jumpa anda di sana!...





...

No comments: