19 August 2011

Majlis Khas Ramadhan Darul Murtadza di Madras An Nur, Pantai Dalam




Pada 19 Ogos 2011 lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan satu majlis Khas sempena menyambut Bulan Ramadhan.



Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid telah memberikan Tausiyah berkenaan dengan bulan Ramadhan serta keutamaan ahli ahli perang Badar. Majlis juga diceriakan lagi dengan alunan Qasidah dari Al Mawlid serta dari Darul Murtadza sendiri.

07 August 2011

Video Majlis Ta'lim 29/7/2011

Berikut merupakan video majlis ta'lim pada 29/7/2011. Majlis ta'lim ini juga merupakan yang terakhir sebelum penutupan sementara bagi memberi laluan kepada bulan yang penuh dengan barakah iaitu Ramadhan. Oleh itu, Alhabib Ali Zaenal Abidin telah pun memberi penerangan secara menyeluruh berkaitan dengan Ramadhan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua kaum muslimin atas datangnya bulan Ramadhan kali ini.


01 August 2011

Video Majlis Ta'lim 22/7/2011

Berikut adalah video majlis ta'lim pada 22/7/2011. Antara kitab yang diperbincangkan adalah :-

1-Tafsir AlQuran
2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
3-Fiqh (Kitab Safinatunnajah)
4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)