24 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434h dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Majlis Ta'lim Darul Murtadza mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua. Sama-samalah kita sentiasa menghayati segala aspek yang Rasulullah S.A.W. telah ajarkan kepada kita dan bukan hanya pada hari sambutan kelahiran baginda sahaja. 

Sama-samalah juga untuk berazam menghadiri Majlis-majlis ilmu yang mengajarkan dan menyampaikan warisan dari Baginda S..A.W. sendiri untuk kita amalkan bersama.

Jangan lupa untuk menghadiri Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Info tentang majlis seperti yang telah diwar-warkan sejak awal tahun :-




InyaAllah Majlis Ta'lim Darul Murtadza, dengan anjuran bersama Inteam records serta sokongan ikim.fm dengan rendah dirinya menjemput anda sekalian ke Majlis Maulid Akbar 2013, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini. Maklumat Majlis adalah seperti berikut:- 




 Tarikh: 1 Februari 2013 (Jumaat) 
Masa: Bermula 6.30 petang 
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur 
GPS: 3.178385, 101.737883


Al Habib Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, di TV3 - 24 Januari 2013, MHI


Alhamdulillah, Juga bersempena dengan Sambutan Maulidul Rasul pada hari ini, Al Habib Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid juga sempat berkongsi ilmu tentang sifat-sifat Rasulullah S.A.W. yang perlu kita tahu, ingat dan teladani di samping membuat pengumuman kepada penonton akan Acara Maulid Akbar Darul Murtadza.



Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered, Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa'Assabil,Shah Alam juga telah berkongsi tentang sifat-sifat Rasulullah S.A.W. yang terpuji di TV Al Hijrah pada pagi ini.

Alhamdulillah, semoga ini adalah wasilah kepada kita semua untuk menambah kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah S.A.W. yang sentiasa ingat kepada kita, yang menyayangi kita sebelum kita sendiri mengenal Baginda, serta yang telah banyak berkorban demi untuk kita semua.

Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered, Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa'Assabil,Shah Alam



Mari kita perbanyakkan selawat sempena sambutan ini. Majlis Ta'lim Darul Murtadza diteruskan seperti biasa pada Jumaat ini (Esok) selepas Isyak di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Jumpa anda di sana!


:)

No comments: