19 January 2013

Majlis Ta'lim 18 Januari 2013

Tafsir AlQuran




Tausiyah dari tetamu Istimewa dari Mekah Al Mukarramah, Sheikh Muhammad Ismail az-Zein





"Tamu dari Mekah"

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menyambut
kedatangan  tetamu dari Tanah Haram , Sheikh Muhammad Ismail az-Zein



Assalamualaikum

Selepas selesai memperbahaskan Tafsir Surah Ali Imran pada malam tadi, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid meyambut kedatangan tetamu istimewa yang datangnya dari Kota Mekah Al Mukarramah seraya menjemput Sheikh Muhammad Ismail az-Zein untuk menyampaikan tausiyah yang dianggap "ole-ole" istimewa dari Tanah Suci tersebut. Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menyambung:



"Kita menjemput Sheikh Muhammad Ismail az-Zein untuk menyampaikan tausiyahnya, (ole-ole) daripada Mekah. Negeri yang menjadi idaman kepada setiap orang yang mukmin untuk berada di negeri itu, negeri yang penuh dengan keberkatan, negeri yang disucikan oleh Allah S.W.T. dan negeri yang menjadi Kiblat kepada seluruh umat Islam.



Alhamdulillah Allah hantarkan kepada kita, dan Allah pilih kita daripada segelintir manusia untuk dapat duduk bersama dengan orang-orang yang berjiran dengan tanah haram, datang ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal ini.



Alhamdulillah ini adalah merupakan sebuah anugerah dari Allah S.W.T. kepada kita dan peluang yang begitu besar dari Allah S.W.T.

Moga-moga kita adalah termasuk daripada orang-orang yang menghargai kepada nikmat Allah, Anugerah Allah, untuk duduk bersama dengan para ulamak..



dan saya mengimbau kepada semua yang hadir untuk membuka "telinga hati" sebelum telinga yang ada ini agar supaya dapat menerima ole-ole atau hadiah daripada Mekah yang akan disampaikan oleh Sheikh Muhammad Ismail az-Zein"



Qasidah penutup "Ya Hanana" dari Ahbabul Habib







...

No comments: