17 January 2013

Jemputan ke Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza bersempena dengan Sambutan Kelahiran Rasulullah S.A.W.




"Sesungguhnya seseorang yang keluar dari rumahnya dengan memiliki dosa sebesar bukit Tihamah, apabila mendengar seorang alim berbicara dia merasa takut dan memohon ampun atas dosa-dosanya, maka dia kembali ke rumahnya dalam keadaan tidak memilki dosa." 


- Saiyidina Umar Al-Khattab r.a 


InyaAllah Majlis Ta'lim Darul Murtadza, dengan anjuran bersama Inteam records serta sokongan ikim.fm dengen rendah dirinya menjemput anda sekalian ke Majlis Maulid Akbar 2013, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini. Maklumat Majlis adalah seperti berikut:-


Tarikh: 1 Februari 2013 (Jumaat)
Masa: Bermula 6.30 petang
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur
GPS:  3.178385, 101.737883





"Objektif sambutan Maulidur Rasul S.A.W diadakan adalah bagi merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayah-NYA" 

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid




Aturcara majlis (bermula pada jam 6:30pm) :

  • Solat maghrib berjemaah 
  • Bacaan Bait-bait Syair Maulid Adh Dhiya ul Laami' yang menceritakan riwayat hidup Rasulullah S.A.W. karangan Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz. dan diselangi Qasidah-qasidah (atau Nasyid) yang memuji-muji Rasulullah S.A.W oleh kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza, "Ahbabul Habib", dengan penampilan istimewa kumpulan Inteam dan Almawlid.
  • Tausiyah penceramah 1 
  • Tausiyah penceramah 2 








Majlis ini terbuka buat setiap lapisan masyarakat. InsyaALLAH kehadiran kalian akan menambahkan lagi keberkatan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Mari kita azamkan untuk hadir pada 1 Februari 2013 ini dan sebarkanmaklumat ini kepada kenalan-kenalan kita di mana-mana medium baik di internet, laman sosial, mahupon secara lisan :)

Jumpa anda di sana! :)












No comments: