06 January 2013

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 4 Januari 2013 (Bahagian 2 - Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof)



 

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang pertama telah membuka tirai di lembaran Tahun 2013 Masihi. Kehadiran yang amat memberansangkan telah menambahkan lagi kemeriahan selain dari keberkatan majlis-majlis yang baik seperti ini.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ketika memberikan ucapan pendahuluan
Dengan penuh santun dan senyuman, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid merakamkan di dalam ucapannya:-


Sekali lagi Majlis Ta'lim Darul Murtadza, mengucapkan ahlan wa sahlan kepada tetamu yang datang dari jauh dan dekat terutama sekali al Habib Kadzim Bin Jaafar As-Saggof, Sheikh Salim Abbad yang datang daripada Hadramaut,  Saudara dan sahabat saya, Al Ustaz Yussaine Yahya yang datang daripada Perlis, Sahabat saya Ustaz Zuhair, yang datang dengan anak muridnya di Madrasah Tahfiz Darul Quran Wal Hadith, dan juga semua yang datang Ahlan Wa Sahlan Bikum Jami'an.

Sheikh Salim Abbad dari Hadramaut yang turut memeriahkan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza

Kehadiran Sheikh Salim Abbad yang disambut olehsemua termasuk Al Ustaz Don Daniyal Biyajid 
Kita ramai penceramah di sini Masyallah. Masing- masing ingin menyumbangkan ilmunya... Tapi kata pepatah arab, dikatakan:

"Berapa banyak orang yang berbicara, disebabkan keberkatan orang yang tak berbicara..."

Jadi insyaAllah, yang akan berbicara adalah satu, dan semua asatizah yang berilmu ini, akan disatukan ilmunya kepada satu orang disalurkan dan semua yang ingin menyampaikan tausiyahnya akan disampaikan oleh Allah S.W.T. dengan keazaman dan niat yang mereka ingin menyampaikan ilmu.

Pastinya kehadiran para ulamak sudah membawa barakah walaupun tidak bercakap. Apatah lagi bilamana bercakap.

Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid, Ayahanda Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid turut hadir

Tidak lupa juga Al Habib Ali yang dihormati


Alhamdulillah bilamana kita diizinkan oleh Allah dimasa yang akan datang, untuk mendengarkan semua, yang ada di sini untuk bercakap. Maka, kita amat kehausan ilmu. Terutama sekali daripada Al Ustaz yang saya kasihi dan saya sanjungi... serta saya minati... Ustaz Don Daniyal...

Al Ustaz Don Daniyal Biyajid yang menambah seri Majlis Maulid  Bulanan  Darul Murtadza

Ketika menghayati alunan Qasidah di Majlis Maulid

Saya tawarkan, beliau berkata "saya nak dengar.. datang untuk mendengar bukan untuk bercakap.."   Ini Akhlak dan tawadhuk daripada orang yang perlu untuk diteladani oleh kita semua InsyaAllah.

Tapi saya anggap hutang... kerana hari ini tak bercakap, saya minta dia bayar... Tapi tak tau bila dia akan bayar, tapi saya anggap sebagai hutang, saya akan tagih pada dia bila akan bayar, saya tunggu dia beri jawapan kepada saya insyaAllah.

Tapi kita semua yang hadir disini amat dahagakan kepada ilmu, Al Ustaz yang selalu kita dengar melalui Telivisi, alangkah bertuahnya kita kalau mendengar secara berhadapan langsung dengan beliau insyaAllah di masa akan datang."


- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza -  Ahbabul Habib,
serta kumpulan Inteam, AlMawlid dan pelajar-pelajar Madrasah


Kami dari Pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza mengucapkan Jazakallah Khair kepada semua yang hadir serta yang membantu dalam menghebahkan maklumat atau dalam bentuk apa jua. Semoga segala usaha kita semua diberkati dan kabul disisi Allah S.W.T. serta menambahkan lagi mahabbah kita kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.

Akhir kata, teruskan bersama kami setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur!  Jangan lupa ikuti info terkini dari kami di laman sosial Facebook, Twitter serta Youtube :)


Wassalam.




:)


No comments: