07 April 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza pada 6 April 2012



Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 6 April 2012 yang lepas.




Dalam ucapan pendahuluannya, Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid menyatakan bahawa majlis maulid seumpama ini adalah untuk kita meng"ekspresi"kan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW. Dan insyaAllah ekspresi tersebut akan dibalas oleh Allah SWT. 

Majlis yang penuh barokah ini telah dihujani lagi dengan rahmatNya dengan kehadiran tetamu-tetamu yang istimewa iaitu, Al Habib Abdul Kadir Bin Muhammad Al Jufri, pengasas Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Sheikh Abdul Qadir Al Baihani, dari Shabwa-Hadramaut, Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu, Ustaz Azhar Bin Hashim dari Majlis Ta'lim Rahmatan Lilalamin, serta tetamu-tetamu yang tidak disebutkan namanya, tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada mereka.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat yang telah memeriahkan majlis ini. Alhamdulillah, kehadiran jemaah telah mencecah hampir 2,000 orang. Semoga Allah memberikan barokah kepada semua, Amin.





Habib Abdul Kadir bin Muhammad Al Jufri, pengasas Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah mengucapkan terima kasih kepada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kerana telah menerima amanah untuk meneruskan Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Berkat dari usaha beliau, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berkembang dari semasa ke semasa.  Habib Abdul Kadir juga telah mengingatkan kepada jemaah yang hadir tentang kepentingan mempelajari Bahasa Arab, dan mengajak semua untuk menguasai bahasa tersebut.

Ustaz Azhar Hashim memberikan sedikit tazkirah yang berkisar tentang kelebihan Majlis Zikir yang diumpamakan seperti taman-taman syurga. Beliau juga telah mengingatkan tentang 3 perkara penting dalam agama kita iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Sheikh Abdul Qadir Al Baihani pula menyatakan perasaan gembira beliau apabila melihat perkembangan Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Setelah tiga tahun, kehadiran Majlis Talim ini telah bertambah berlipat ganda. Lebih menggembirakan apabila majoriti yang hadir adalah dari golongan pemuda. Seterusnya beliau memberi tausiyah yang berkisarkan tentang kelebihan dan kepentingan  pemuda dalam islam.

Untuk mendengar lagi rahsia-rahsia yang telah dikongsikan oleh mereka, marilah kita bersama-sama menonton rakaman Majlis Maulid di atas.




Kami ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan dan mempromosikan Majlis Maulid Bulanan ini. Tanpa anda semua, tidak mungkin majlis ini akan ada sama sekali. Semoga segala usaha semua yang terlibat akan diganjarkan Allah SWT.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat hadapan.

Kita berjumpa lagi di sana, InsyaAllah :)







...

3 comments:

SriKaNdi IsLaM said...

aasalamualaikum.. saya baru tau pasal majlis ni, insyaallah akan turut serta.. muslimat boleh ikuti kelas jugak ka??

Majlis Ta'lim Darul Murtadza said...

Wa Alaikum Salam

terima Kasih SriKaNdi IsLaM, atas komen nya.

Majlis ini adalah majlis terbuka untuk semua. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir, tidak kira peringkat umur.

Malah, Non Muslim pon boleh datang. kalau ada rakan2 kenalan, ajak sekali :)

Semoga akan menjadi manfaat buat semua insyaAllah.

nUrCahaYa said...

alhamdulillah saya sudah pun beberapa kali mengikuti majlis ta'lim darul murtadza di masjid muadz ini.. cuma saya tak dpt pergi setiap mggu sbb saya tggal di kemaman.. keluarga saya sahaja yg sehingga kini masih mengikuti majlis ini... terima kasih diucapkan kepada yg mengupload video majlis ta'lim ini.. jd saye bolehla mengikutinya setiap mggu... smoga Allah mmberkatimu Habib Ali... ;-)