03 April 2012

Maulid Bulanan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza




Dijemput anda sekeluarga untuk hadir memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul SAW yang di anjurkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada setiap bulan (minggu pertama).



Tidak diragukan lagi bahawa majlis seumpama ini mampu memberi barokah yang tiada tandingannya dan memupuk mahabbah kasih sayang kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Tanda-tanda kemuliaannya apabila seseorang yang menghadiri majlis Maulidur Rasul SAW diliputi perasaan ketenangan, kemuliaan, kewibawaan dan keagungan. Zahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda serta ahli keluarganya, serta mempelajari sirah Baginda SAW. Setiap perbuatan itu hendaklah diniatkan untuk meladani Nabi Muhammad SAW. Dengan demikian akan memperoleh ganjaran pahala walaupun perkara yang dilakukan dianggap mudah dan remeh. Tambahan lagi, tidak ada yang lebih menggembirakan hati Nabi SAW daripada melihat usaha untuk 'menyampaikan'. Adakah ada sesuatu yang lebih berharga daripada kebahagiaan Habibi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam? Dunia dan akhirat serta segenap isinya tidak dapat menyamai kebahagiaan Beliau SAW. Dan kebahagiaan ini akan sempurna jika usaha untuk menyebarkan, menyampaikan dan mengamalkan dilakukan oleh generasi selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW.

"Seseorang akan dikumpulkan bersama dengan yang ia cintai"
(HR Bukhari dan Muslim)

No comments: