14 April 2012

Majlis Ta'lim 13 April 2012



Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad


Alhamdulillah, sekali lagi jemaah yang hadir semakin bertambah. Dari penelitian pihak Darul Murtadza, ruang untuk meletakkan kereta juga semakin penuh kerana ramai yang hadir ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada malam 13 April 2012 tersebut, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekangan waktu kerja, kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, serta yang menonton Majlis Ta'lim ini secara 'live' di internet. Anda semua dialu-alukan untuk mengajak kenalan-kenalan yang lain, tidak mengira peringkat umur, darjat, bangsa mahupun agama. Untuk makluman, ada juga hadirin yang tidak beragama Islam menghadiri majlis ta'lim. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengajak seramai yang mungkin untuk menghadiri taman syurga yang penuh barokah ini, insyaAllah.





Jika anda mempunyai komen untuk penambahbaikan, sila email kepada kami di darulmurtadza@gmail.com.

Bermula dari minggu hadapan, Guru kepada pembmbing Majlis Ta'lim darul Murtadza, Habib Umar bin Mohammad bin Salim bin Hafidz, akan datang ke Malaysia, InsyaAllah. Sila rujuk kepada jadual yang telah disediakan di link ini:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/04/jadual-rasmi-rehlah-dakwah-habib-umar.html

Anda juga boleh sentiasa rujuk jadual Rehlah Dakwah tersebut di website kami (di bahagian atas, kanan).

Semoga kita semua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.


Jumpa anda di sana! :)

3 comments:

AYU @edayu said...

kenapa tetiba suaranya hilang...en admin tolong perbaiki ya; saya mengikuti kelas dari sini (video) kerana tak dibenarkan ke majlis keramaian sbb dalam rawatan.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza said...

AYU @edayu: Mohon maaf atas sebarang masalah teknikal dan kualiti siaran yang kurang memberangsangkan. Insya Allah akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat ukhti dan beroleh ganjaran yang sama seperti mereka yang menghadiri majlis ilmu.

Jay Ismail said...

Syukur Alhamdulillah, ingin berterima kasih ke atas pihak penganjur yg telah meningkatkan kualiti AV di bhg muslimah dgn penyediaan screen dan peningkatan kualiti microphone yg digunakan oleh pembimbing, Alhabib Ali Zaenal Abidin.

Utk penambah baikan, Minta jasa baik pihak penganjur utk memberi maklumat tentang topik dan/mukasurat kitab (tertentu) yg dibincangkan. Samada pada mlm majlis, atau dikemaskini di dlm web sblm majlis. Ini adalah kerana microphone yg digunakan oleh pembaca kitab adalah tidak jelas di bhg muslimah yg duduk di anjung masjid muadz. Sekurangnya, kami muslimah dapat merujuk terus ke dlm kitab yg dimaksudkan.