11 April 2012

Rakaman Topik Jumaat Bersama Syeikh Mahmud Al-Mahdi di IKIM.Fm


Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada 6 April 2012, Rancangan Topik Jumaat bersama Syeikh Mahmud al Mahdi telah keudara di iKIM.fm. Perkongsian beliau telah diterjemahkan oleh pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, alHabib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.



Antara perkongsian yang dapat dinukilkan adalah seperti berikut:-

"Hati² dengan NAFSU kerana ia bersifat PEMAKSA."

"Ia mengajak manusia melanggar undang² Allah. Berbahagialah bagi mereka yang terselamat dari diperkotak-katikan oleh nafsu apabila jiwanya suci."

"Sebagaimana Allah telah memuji di dalam surah As-Syams: 9-10 yang bermaksud; "Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya."

"Sebab pembunuhan Qabil terhadap Habil ialah kerana hawa nafsunya memaksanya berbuat demikian dan dia menurutinya, maka binasalah."
Terima kasih kepada yang telah merakam rancangan ini. Tidak lupa juga kepada yang telah menulis nota yang dikongsikan di atas. 


Semoga kita mendapat manfaat dari rancangan ini, insyaAllah.




...

No comments: