07 April 2013

Rakaman Majlis Maulid Bulanan 5 April 2013



Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)









Tausiyah 1: Sheikh Afroz Ali





Tausiyah 2: Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid





Tausiyah 3: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid - Cara Makan Rasulullah S.A.W.





Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk bulan April 2013 telah berjalan dengan baik pada 5 April 2013. Kehadiran jemaah yang yang bersemangat serta tidak pernah putus sokongannya juga telah bertambah dengan baik, bi iznillah. Kemeriahan Majlis Maulid yang merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W juga menunjukkan perkembangan yang positif.


Suasana Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin AbuBakar Al Hamid, Al Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid, Sheikh Afroz Ali



Majlis Maulid kali ini bertambah seri dan barakah apabila dihadiri oleh Sheikh Afroz Ali dari Australia, dan Al Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, yang juga personaliti TV Al Hijrah. Tidak lupa juga kepada wakil Jemaah yang diraikan dari Singapura, serta semua yang tidak dapat kami sebutkan di sini yang dengannya tiada merendahkan rasa hormat kami kepada mereka.

Sheikh Afroz Ali ketika menyampaikan tausiyahnya diMajlis Maulid Bulanan Darul Murtadza


Sheikh Afroz Ali yang pernah hadir pada Majlis Ta'lim Darul Murtadza (11 Mei 2012 yang lalu) adalah Pengasas dan Presiden Al-Ghazzali Centre for Islamic Sciences, Human Development, yang bertapak di Sydney, Australia. Beliau adalah individu yang berkelayakan dalam Tradisi Islam, setelah dikaji di bawah Islam Tradisional dan menerima lesen untuk mengajar dalam bidang Sains Islam yang meluas.


AlUstaz Don Daniyal Bin Don Biyajid

Jazakallah Khair juga kepada Al Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid yang telah berkongsi ilmu yang amat bermanfaat mengikut situasi yang sedang kita tempuhi dewasa ini. Kehadiran beliau sangat menyerikan majlis maulid dan semua yang hadir dapat manfaat dari tausiyah beliau.

Ahbabul Habib


Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza, Ahbabul Habib telah membawakan Qasidah "Muhammadun" serta "Busyra Lana" diantara bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).


Jazakallah Khairan Kathiran kepada semua yang hadir serta yang telah banyak membantu dalam menjayakan Majlis Maulid demi Allah dan RasulNya yang kita Cintai. Semoga kita semua mendapat manfaat dariNya.

Teruskan dengan Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada Jumaat hadapan seperti biasa di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Selepas Isyak.

Wassalam :)





...












No comments: