13 April 2013

Majlis Ta'lim 12 April 2013




Tafsir Al Quran





Riyadhus Solihin - Imam Nawawi




Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali





Peringatan Tentang Umur Insan - Imam AlHaddad




Tausiyah Ekslusif - Al Habib Salim Bin Umar Bin Muhammad BenHafidz






Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 April 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 30 - 32



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 445 - 447

 Bidayatul Hidayah, MS 106 - 107




Peringatan Umur Insan, MS 133




Alhamdulillah.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza untuk sesi April 2013 telah dihadiri beberapa tetamu istimewa dari Hadramawt Yaman. Antara yang hadir adalah Al Habib Salim Bin Umar Bin Muhammad BenHafidz (anakanda kepada Al Habib Umar Bin Muhammad BenHafidz - Darul Mustofa Yaman).


Al Habib Salim Bin Umar Bin Muhammad BenHafidz dari Darul Mustofa Yaman,
diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
di Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 April 2013


Turut hadir bersama adalah Sheikh Abdul Qader Al Baihani dari Shabwa-Hadramaut yang merupakan kali ketiga menghadiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid dari Madrasah Tazkiyah (Cawangan Darul Mustofa di Malaysia), Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu serta yang lain yang kami hormati serta raikan pada malam tersebut.

Sheikh Abdul Qader Al Baihani dari Shabwa-Hadramaut yang
ditemani oleh 
Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid
dari Madrasah Tazkiyah (Cawangan Darul Mustofa di Malaysia)

Alhamdulillah kehadiran yang semakin menggalakkan di Majlis Ta'lim Darul Murtadza..

Kesungguhan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menyampaikan ilmu kepada masyarakat walaupun dengan jadual hariannya yang ketat. Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada 12 April 2013 juga jatuh pada ulang tahun tarikh lahir beliau. Semoga doa yang terbaik dari kita untuk Al Habib kabul disisi Allah.


Semoga segala perkongsian pada malam Majlis Ta'lim dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. Lebih-lebih lagi jika rakaman Majlis Ta'lim ini dapat dikongsikan dengan yang lain di laman sosial oleh anda semua, berapa agaknya manfaat yang kita dapat?

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan berlangsung seperti biasa pada minggu hadapan pada hari Jumaat, Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL, selepas Isyak.

Jumpa di sana insyaAllah :)





...

No comments: