15 July 2012

Majlis Ta'lim 13 Julai 2012 - Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza teah berjalan seperti biasa pada 13 Julai 2012 lepas. Walaupun hanya membahaskan Tafsir Al Quran, tetapi Majlis kali ini di hiasi pelbagai RahmatNya. dan salah satu nikmat besar yang dianugerahkan kepada yang hadir pada malam tersebut adalah dengan ziarah dari Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah disampaikan oleh Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof. Semuanya boleh anda dapatkan di dalam rakaman di atas.

Terdapat juga rakaman-rakaman dari Jemaah yang hador pada malam tersebut. Anda juga boleh mencari video-video serta audio tersebut di Youtube dan kongsikan bersama keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja. Semoga usaha kecil kita kabul dan memberikan faedah kepada semua.



Majlis Ta'lim ini juga adalah majlis ta'lim yang terakhir untuk musim kali ini, sebelum bercuti selama sebulan, sepanjang bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, majlis telah diakhiri dengan bacaan Qasidah "Marhaban Ya Ramadhan".

Di dalam ucapan akhirnya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkata:

"Pihak Majlis Ta'lim darul Murtadza, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak tahun 1433 Hijriyah, insyaAllah, mudah mudahan Allah S.W.T memberikan peluang kepada kita untuk dipertemukan lagi di masa akan datang InsyaAllah,..."

"Dan apa-apa silap daripada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis Ta'lim, Mohon maaf... dan memohon agar supaya dibukakan pintu maaf sebesar-besarnya, dan jutaan terima kasih, hanya Allah S.W.T. yang akan membalas, khususnya kepada pihak Masjid Muadz Bin Jabal yang selama ini memberikan kemudahan kepada kita semua untuk bersama-sama berada di Masjid Muadz bin Jabal untuk melangsungkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Moga-moga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang besar bagi mereka bermula daripada Tuan Pengerusi, Imam, Bilal, dan semua ahli jawatan kuasa..."

"...dan juga kepada hadirin hadirat, yang istiqomah hadir dalam majlis ta'lim Darul Murtadza, mudah mudahan Allah S.W.T. menjadikan Majlis Ta'lim ini sentiasa berada di hati kita semua insyaAllah dan masing-masing rasa memiliki pada Majlis Ta'lim Darul Murtadza... dan akan berjumpa lagi..."

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung selepas Bulan Puasa iaitu pada 7 September 2012.

Terima kasih kepada semua yang telah setia bersama kami.

 Assalamualaikum w.r.t.





...






No comments: