21 January 2014

Jemputan ke Majlis Sambutan Maulid Rasulullah s.a.w. di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, dijemput kalian sekeluarga hadir ke majlis Maulidur Rasulillah S.A.W 1435H/2014 pada tarikh & masa yang tertera di poster yang dilampirkan. 



Aturcara majlis :

• 8:30am : Pertandingan qasidah terbuka* anjuran Masjid Negeri (pentas & khemah di luar perkarangan letak kenderaan masjid).

• 6:30pm : Perarakan Maulidur Rasulullah S.A.W. (bermula dari pintu belakang masjid sehingga pintu utama masjid & hanya untuk Muslimin sahaja).

• 7:25pm : Solat fardhu Maghrib berjemaah (dewan solat utama - atas).

• 7:55pm : Kuliah maghrib (dewan solat utama - atas).

• 8:40pm : Solat fardhu Isyak berjemaah (dewan solat utama - atas).

• 9:00pm : Bacaan selawat Burdah & dendangan qasidah dari kumpulan Ahbabul Habib (pentas & khemah di luar perkarangan letak kenderaan masjid).

• 10:00pm : Tausiyah (1) daripada daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid & tausiyah (2) daripada Al-Habib Taufiq bin Abdul Qodir As-Segaf.

11:00pm : Jamuan & bersurai.

* Butiran pertandingan :
- Terbuka buat setiap peringkat umur.
- Yuran pendaftaran sebanyak rm50 akan dikenakan.
- Pendaftaran terakhir adalah pada Jumaat (24/01/14) sebelum solat jumaat. 
- Setiap peserta/kumpulan perlu menghantar maklumat seperti nama kumpulan dan gambar.
- InsyaAllah ada hadiah disediakan bagi pemenang.
- MTDM hanya bertindak sebagai penyebar maklumat sahaja. Maklumat lanjut,  sila hubungi terus Ustazah Diana : 010 334 2313

Majlis ini terbuka buat setiap lapisan masyarakat.
InsyaALLAH kehadiran kalian akan menambahkan lagi keberkatan serta memeriahkan lagi majlis ini.

Mohon sebarkan !!!

Kerana ALLAH SWT & Rasul-NYA...







No comments: