08 November 2012

Pengenalan Tentang ekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin




Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin ialah sekolah yang dibina atas tujuan kesedaran perhubungan di antara hamba dengan penciptanya dan perhubungan sesama makhluk. Maksud di sebalik erti Darul Muhibbin ialah rumah kecintaan yang membawa pengertian besar kecintaan kepada Allah SWT dan apa yang dicintai oleh Allah SWT.

Al‐Faqir Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Bin Shadan 

Sekolah ini diasaskan oleh Al‐Faqir Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Bin Shadan, berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiah ( B.A Hons ) dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan salah seorang lulusan pengajian Darul Mustafa, Hadramout, Yaman.

Beliau juga adalah bekas imam Masjid Al‐Khairiyah, AU3. Kini, beliau banyak meluangkan masa dengan menyampaikan ilmu di masjid, surau dan pejabat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Bersama‐sama beliau ialah Ustazah Fatimah Binti Muzaffar berkelulusan Ijazah Ilmu Hadith di Madrasah Mueinul Isam, Johannesburg Africa Selatan dan juga pernah mengambil pengalaman menuntut ilmu di Institut Pengajian Islam Daruz Zahra’.

InsyaAllah dengan keizinan Allah SWT Darul Muhibbin bermatlamat untuk memberikan pendedahan ilmu kepada penuntutnya di semua sudut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga usaha yang murni ini akan melahirkan generasi pimpinan Islam yang unggul satu hari nanti. Ameen.

Untuk maklumat lanjut tentang Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin, sila lawati :-





...
...

No comments: