17 November 2012

Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum

Dalam keadaan pergolakan yang berlaku di negara-negara saudara seagama kita, janganlah sekali-kali kita melupakan mereka. Terutama sekali pejuang-pejuang yang berada di Palestine, Syria serta yang berada berdekatan dengan kita.

Doa adalah senjata Muslim. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah Doa Qunut Nazilah:-


Doa Qunut Nazilah serta terjemahan. Sila Right Click dan Save
untuk kegunaan sendiri. Juga sesuai untuk dimuatkan dalam Smartphone.




Cara Membaca Qunut Nazilah


Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.

Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


Mari bersama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan amalkan insyaAllah.







...

No comments: