13 September 2012

Musim Baru Sudah Bermula - Rakaman Maulid Aidilfitri 7 September 2012



Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah berehat selama sebulan di bulan Ramadhan, banyak Majlis-majlis Ta'lim (atau majlis-majlis ilmu) telah bermula semula pada minggu ini.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah bermula Musim Baru selepas Aidilfitri yang dimulai dengan Majlis Khas Maulid Aidilfitri sebagai pembukaan pada Jumaat yang lepas (7 September 2012). MasyaAllah, ramai yang hadir pada majlis tersebut. Semoga semua yang hadir datang dengan semangat yang baru, untuk memperkukuhkan lagi ilmu kita dengan menghadiri majlis-majlis yang baik serta majlis-majlis ilmu.

Tidak sampai beberapa jam minit majlis sudah berakhir, banyak gambar serta video yang telah disiarkan di laman-laman web serta laman-laman social terutama sekali di Youtube dan facebook. berikut adalah antara gambar-gambar suasana Majlis Maulid pertama musim ini:-











Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah Hadir pada Majlis yang lepas. Sokongan anda telah sidikit sebanyak memberikan semangat yang baru kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis mingguan ini.

Buat pengetahuan para pengunjung, sebenarnya, Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid uga sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada semua. Terdapat banyak perbahasan yang beliau ingin huraikan tetapi masa yang terluang adalah terbatas. Kita boleh nampak semangatnya dalam menghuraikan ilmu di dalam tiap-tiap Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Jika Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid sangat bersemangat untuk menyampaikan ilmu beliau, apatah lagi kita yang kurang dan memerlukan ilmu-ilmu tersebut. Marilah kita raih peluang ini dengan penuh semangat. Hadir dalam setiap majlis dan ajak sanak saudara, keluarga, teman-teman, jiran dan lain-lain untuk mengikuti Majlis Ta'lim Darul Murtadza dan Majlis-majlis Ta'lim yang lain.

Dalam salah satu Tausiyahnya, Habib Ali pernah berkata:

"Orang yang lapar/dahaga (yang inginkan sesuatu dengan perasaan tak pernah cukup) ada dua. Iaitu orang yang dahagakan dunia dan orang yang dahagakan ilmu"

Di antara dua perumpamaan tersebut, siapakah kita?

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Kami tidak dapat nak senaraikan semua yang terlibat di sini tetapi Allah sahaja lah yang dapat membalas segala amalan semua.

Esok akan bermula Majlis Ta'lim pertama Darul Murtadza. Jadi, apa tunggu lagi?




















Jumpa anda disana! :)













No comments: