15 September 2012

Majlis Ta'lim 14 September 2012





Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 265-266



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 400 - 401 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)



Bidayatul Hidayah, MS 78 - 78 - Akan bersambung dengan Adab-adab tidur pada kelas yang akan datang.





Peringatan Umur Insan, MS 101 - 105 (akan bersambung dengan topik "Kecemasan Hari Mashar" di kelas akan datang)





Alhamdulillah, majlis Ta'lim Darul Murtadza yang pertama selepas musim Ramadhan dan Aidilfitri telah selamat berlangsung semalam. Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan kitab seperti yang telah disenaraikan di atas.

Satu kelainan untuk website Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini adalah, kami akan menyiarkan rakaman Majlis Ta'lim selepas majlis selesai. Tiada lagi live streaming. Kami akan buat yang terdaya untuk menyediakan rakaman tersebut secepat mungkin selepas kelas.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid juga sempat menjawab soalan berkenaan bagaimana kita mahu respon kepada isu video penghinaan kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk mengetahui apakah respon Habib tentang perkara hangat ini, serta beberapa soal jawab agama yang lain, sila tonton rakaman yang disediakan (atas).




Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Mari kita "share" dan "promote" perkongsian-perkongsian dari Facebook rasmi Darul Murtadza untuk mengajak ramai lagi teman-teman serta sanak saudara kita untuk mencintai dan menghadiri majlis - majlis ilmu.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan pada Jumaat hadapan, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala lumpur.



Jumpa anda disana! :)









...

No comments: