13 January 2012

Majlis Ta'lim 13 Januari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-
  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)



Pengumuman 


Dalam Majlis Ta'lim kali ini, kami telah mengumumkan perpindahan kami ke tempat baru iaitu di Masjid Muadz Bin Jabal.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak Surau Al Hidayah, Keramat AU3, kerana telah membantu kami dalam pengurusan majlis ta'lim yang kita sayangi ini. Pihak Surau Al Hidayah telah menjadi tempat / sekolah pertama bagi Majlis Ta'lim Darul Murtaza sejak tahun 2010 lagi.

Kami menganggap Surau Al Hidayah sebagai salah satu tempat yang amat berharga dan bersejarah bagi kami. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran terhadap segala bantuan yang dihulurkan khususnyakepada Hj Kamarul serta yang lain.


Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, dalam ucapan ringkasnya, mengucapkan terima kasih kepada pihak Surau. Majlis diteruskan dengan penyampaian Cendera Hati kepada Surau Al Hidayah dan pengurusan Surau.

Suatu harapan......

"InsyaALLAH siratulrahim kita diteruskan walaupun bakal berpindah. Saya hanya anggap ianya suatu penangguhan & sekiranya ditakdirkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza berpindah kembali ke mari, insyaALLAH kita akan usahakan sesuatu yang lebih baik & menerima dengan hati terbuka"
- Hj Kamarul (Pengerusi Surau Al-Hidayah)




Suatu keyakinan....

"Kita ingin berpindah dari satu keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Tapi bukan bermakna Surau AlHidayah tidak baik buat kami."
- kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Untuk maklumat lanjut tentang Lokasi baru sila ke page ini (Klik sini untuk Maklumat tentang Masjid Muadz Bin Jabal)

Teruskan bersama kami di Hari dan Waktu yang sama , dan di Tempat yang baru.

Jumpa anda semua di sana! :)




...

1 comment:

Anonymous said...

http://www.filefactory.com/file/c195f23/n/the_truth.doc