07 January 2012

Sekitar Majlis Maulid Darul Murtadza 6 Januari 2012



Video Kredit kepada Hanif1165


Alhamdulillah, Majlis Maulid Darul Murtadza yang pertama pada tahun 2012 telah berlangsung dengan penuh mahabbah dan jayanya.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang dicintai. Kami berterima kasih kepada Al Habib Munzir Fuad alMusawa yang telah sudi datang menghadiri majlis maulid bulanan Darul Murtadza.


Turut hadir dalam Majlis adalah Hj Yaakub Elias, Ustaz Azhar Hashim, AlHabib Abdulrahman Ali Isa AlHaddad (AlHawi al Khairat) dan AlHabib Ali Muhammad AlSagoff (pemimpin bacaan Ratib Al-Atas & Asmaul Husna di Masjid AlBukhary, KL).


Majlis Maulid ini sungguh "meriah" dan jumlah hadirin dan hadirat adalah "luarbiasa". Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghadiri majlis Maulid Bulanan kali ini.

Kepada jemaah yang turut membantu dalam penyediaan, perjalanan sebelum dan selepas majlis, kami dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama, tenaga serta waktu yang telah diberikan.  Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Seperti yang penah dikatakan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid:-

"Sesungguhnya apa yg berlaku sekarang bukanlah semata-mata usaha kita tetapi ianya adalah rencanaNYA. Hanya masa & ketika akan menentukannya"


Teruskan dengan kami pada minggu hadapan dengan Majlis Ta'lim seperti biasa. :)







...

2 comments:

cikgutaufiq said...

Alhamdulillah tuan, Allah memilih, untuk ana hadir ke majlis barakah, semoga dosa setiap jemaah yang hadir diampunkan Allah, di naungi kerahmatan Allah taala, sampai bertemu dengannya kelak. maka kerugian besarlah bagi orang orang yang terus lalai dengan dunia, membuat apa yang mereka kehendaki, tanpa memikirkan urusan akhirat, yang kehidupannya jauh lebih kekal... Allah hua alam...

Majlis Ta'lim Darul Murtadza said...

InsyaAllah Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan mengadakan Majlis pada 3 Februari 2012. Sila lawati Blog ini selalu dan tolong sebarkan. Terima Kasih :)