Showing posts with label Maulid. Show all posts
Showing posts with label Maulid. Show all posts

09 June 2014

Rakaman Maulid Jun 2014



Bacaan Maulid Adhiya Ullami



Tausiyah AlHabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar al Hamid











27 May 2014

Rakaman Maulid Mei 2014


Rakaman Bacaan Maulid Dhiya Ullami 




Ustaz Hasan Saifouridzal : Keberkahan Majlis 



Tausiyah :  Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Bulan Yang Di Muliakan 



Alhamdulillah, setinggi-tingi pujian kepada Allah Yang Maha Esa, yang dengan izin-Nya, Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, di bawah pimpinan guru kita, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid, telah berlangsung dengan jayanya pada 02.05.2014 yang lalu.

Majlis diserikan dengan kehadiran rombongan dari Singapura, di ketuai Pemimpin Majelis Rasulullah ﷺ Singapura iaitu Al-Fadhil Ustaz Hasan Saiful Rizal. Beliau membuka tirai tausiyah dengan memberikan pesanan yang ringkas dan padat. Antaranya ialah beliau mengingatkan agar kita sama-sama  memperbaharui dan memperbanyakkan taubat, mengingati dan bersyukur kepada Allah kerana Allah telah menyampaikan kita di bulan Rejab yang mulia ini. Beliau juga mengajarkan agar kita istiqamah mengucapkan istighfar berikut (rujuk poster) sebanyak 70x setiap hari dalam bulan ini. Untuk tahu fadhilatnya, dipersilakan menonton rakaman video yang disertakan



Sebelum memulakan perbahasan sifat Rasulullah ﷺ untuk kali ini, guru kita, Al Habib Zaenal Abidin juga berpesan agar kita menteladani sifat ‘suka beristighfar’ baginda Rasulullah ﷺ dan meningkatkan amal ibadah agar kita termasuk orang-orang yag mengambil maafaat daripada keberkatan bulan Rejab ini.




Sifat Rasulullah ﷺ yang dibahaskan kali ini untuk dijadikan teladan kita semua ialah tawadhuk. Antara isi penting yang dibawakan oleh Al Habib adalah seperti berikut:


  • Kata baginda Rasulullah ﷺ, “Saya, kalau nak makan, makan cara hamba sahaya, dan saya, kalau nak duduk, duduk cara hamba sahaya.” Rasulullah ﷺ menampakkan tawadhuknya dalam cara makan dan duduk apatah lagi dalam berinteraksi dengan kaum muslimin. Bahkan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah SWT juga disantuni dengan baik oleh baginda Rasulullah ﷺ.
  • Baginda Rasulullah ﷺ tidak pernah menisbahkan sebarang kejayaan dakwah kepada dirinya sendiri, walaupun baginda adalah paling berjaya dalam dakwahnya ke jalan Allah Ta'ala . Baginda dididik Allah SWT untuk tawadhuk walaupun namanya sudah masyhur sebelum jasadnya diciptakan lagi.
  • Kerana sifat tawadhuknya, baginda tak pernah merendahkan orang lain dan baginda sangat menjaga perasaan hati orang-orang  yang dipandang hina oleh masyarakat seperti golongan hamba dan orang miskin. 
  • Baginda suka menyampaikan hajat orang, mengangkat kesusahan dan mempermudahkan urusan orang lain kerana orang yang menyampaikan hajat orang lain, Allah akan menyampaikan hajatnya nanti di akhirat, orang yang mengangkat kesusahan orang lain di dunia, Allah akan mengangkat kesusahannya di akhirat dan orang yang memberi kemudahan kepada orang yang susah di dunia, maka akan dimudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sayangnya, realiti hari ini, majoriti daripada kita lari daripada menunaikan hajat orang lain, dan suka mempersulitkan kepada orang lain. Mengapa kita melakukan sebaliknya daripada apa yang diajarkan Rasulullah ﷺ?
  • Antara orang yang akan mendapat syafaat baginda Nabi ﷺ di hari akhirat nanti ialah orang yang suka menolong orang lain ketika di dunia dan orang yang mengamalkan membaca doa selepas azan.
  • Jika kita tidak mampu membantu atau memberi kesenangan kepada orang lain, jaga diri kita – lidah dan anggota tubuh seluruhnya daripada menyakiti orang lain, tak kira dalam bentuk apa sekalipun sama ada tulisan, kata-kata atau perbuatan. Semua anggota tubuh badan kita adalah amanah yang akan menjadi saksi kepada segala perbuatan kita di akhirat nanti. Jadi, jangan biarkan mereka menjadi saksi yang buruk kepada perbuatan-perbuatan maksiat kita.
  • Kenalilah isteri-isteri dan anak-anak Baginda Rasulullah ﷺ kerana rumah tangga baginda adalah sebaik-baik teladan kepada isteri, anak-anak dan rumah tangga kita.

Tiada ganti teladan terbaik bagi kita selain daripada Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah ﷺ dijadikan Allah SWT untuk membawa kebahagiaan kepada orang yang mahu mengikuti kepada baginda.

Al Habib banyak membawakan kisah-kisah yang berlaku yang menjadi bukti sifat tawadhuk baginda Rasulullah ﷺ. Antaranya ialah kisah: 

  • Rasulullah ﷺ sabar mendengar hajat wanita tua yang datang kepadanya, walaupun baginda perlu berdiri lama mendengarnya dalam kesibukan rutin harian baginda berdakwah.
  • Rasulullah ﷺ memberikan alas duduknya kepada seorang bukan Islam kerana  memuliakannya sebagai tetamu sedangkan baginda sendiri duduk di atas tanah.
  • Rasulullah ﷺ memberikan wangnya sebagai ganti kepada seorang hamba sahaya yang menangis ketakutan kerana kehilangan wang tuannya dan juga menemankan dia pulang kerana ketakutan dimarahi tuannya kerana pulang lewat.
  • jika baginda tidak sendiri tidak dapat membantu, baginda berusaha menjadi orang tengah dan mencarikan orang lain untuk membantu.

Seperti biasa, ingin diingatkan bahawa catatan ini hanyalah secebis daripada lautan ilmu yang disampaikan oleh Al Habib. Oleh itu, untuk pemahaman dan manfaat penuh, luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan dipersilakan berkongsi bersama yang lain. Semoga Allah bimbing kita untuk menteladani segala sifat baik daripada Rasulullah ﷺ. Amin.









13 April 2014

Rakaman Maulid Bulanan April 2014








Alhamdulillah, setinggi-tingi pujian kepada Allah Yang Esa, yang dengan izin-Nya, Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, di bawah pimpinan guru kita, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid, telah berlangsung dengan jayanya.




Tausiyah dibuka dengan lantunan qasidah “Qad Kafani” yang merupakan luahan dan rintihan hati seorang yang ‘arif dan abid - Imam Abdullah ibnu Alwi Al-Haddad. Ini bersesuaian dengan akhak Rasulullah ﷺ yang menjadi tajuk perbincangan kali ini iaitu sifat suka berdoa.

Al Habib menerangkan bahawa intipati qasidah ini ialah kepentingan doa, yang merupakan senjata ampuh bagi seseorang untuk mendapatkan pemberian yang tidak boleh diberi oleh sesiapa pun juga, melainkan Allah SWT. Al Habib menegur sikap acuh tak acuh kita dalam berdoa dengan berkata, “ Ramai orang berdoa, tapi tidak ramai yang meyakini kehebatan, keampuhan, kekuatan senjata doa.” 



Dalam menerangkan kepentingan keyakinan kita kepada Allah ketika berdoa, Al Habib membawakan kisah Nabi Zakaria yang berdoa untuk mendapat zuriat walaupun sedar keadaaan dirinya yang sudah terlalu tua. Oleh kerana keyakinannya yang tinggi kepada Allah, dan tanpa bergantung pada dirinya untuk menjadi asbab, Allah memakbulkan doanya serta-merta dengan diberikan jawapan ketika beliau masih dalam solat, tanpa ditangguh-tangguh lagi.



Satu lagi akhlak para Nabi yang perlu dicontohi ialah sifat mengulang-ulang doa. Rasulullah ﷺ sendiri suka mengulang-ulang sesuatu permintaan sebanyak 3 kali. Sabda baginda, “Allah itu suka kepada hamba yang mengulang-ulang dalam berdoa kepada-Nya.” Dalam contoh yang Al Habib bawakan, dalam mengulangi doanya, Nabi Zakaria juga mempelbagaikan bentuk doanya – ada kalanya dia meminta zuriat yang baik, dan ada kalanya dia meminta zuriat yang boleh membantu urusan dakwahnya. Jadi, teladan kedua yang perlu kita ambil ialah untuk mendoakan agar mendapat zuriat yang baik dan bermanfaat, dan bukan sekadar berdoa untuk mendapat zuriat yang elok rupa parasnya sahaja. 

Dalam perbahasannya lagi, Al Habib turut mengajarkan doa yang elok dibaca di samping mengucapkan tahniah kepada orang yang baru mendapat cahaya mata. Doanya adalah seperti dalam poster di bawah:





Akhlak Rasulullah ﷺ yang kedua yang dibincangkan ialah sifat suka memaafkan kesilapan orang lain. Nabi ﷺ pernah memberi amaran yang umatnya akan ditimpa penyakit kaum-kaum sebelum ini iaitu penyakit hasad dengki dan benci.



Sifat suka memaafkan akan dapat menghapuskan salah satu daripadanya, iaitu penyakit benci di dalam hati. Terang Al Habib lagi, “Bilamana kebencian ada di dalam hati, ia akan mencukur agama orang yang membela ‘penyakit’ itu.” Oleh sebab itu, Allah Ta'ala berfirman kepada Rasulullah ﷺ untuk mengambil sifat maaf, berbuat baik dan berpaling daripada orang yang jahil. Maksud ‘mengambil sifat maaf’ adalah seperti berikut:

Menyambung tali-silaturrahim dengan orang yang memutuskannya.
Memberi kepada orang yang tidak mahu memberi.
Memaafkan kepada orang yang berlaku zalim kepada kamu.



Seterusnya Al Habib berkongsi beberapa kisah daripada hadis tentang sifat pemaaf Rasulullah ﷺ dan sifat ‘al-ikhtimal’ iaitu menanggung sikap tidak baik orang lain terhadap dirinya. Antaranya ialah kisah Rasulullah ﷺ dan seorang Badwi penjual unta, kisah Rasulullah ﷺ dan seorang Badwi yang meminta zakat, dan juga kisah Nuaiman, sahabat Rasulullah ﷺ  yang suka bergurau.

Kesemua kisah ini dan banyak lagi pengajaran berguna boleh anda tonton sendiri daripada rakaman video di atas. Di samping itu, jangan lupa buat catatan, dan berazam untuk mengamalkan pengajarannya dan berkongsi dengan orang lain juga. Moga-moga sedikit usaha kita ini akan diberkati dan diberikan ganjaran pahala yang tinggi di sisi-Nya kelak. Amin Allahumma Amin.



























12 February 2014

Rakaman Maulid Bulanan 7 Februari 2014


Rakaman bacaan Maulid Adh Dhiya ' Ullami




Tausiyah Tetamu : Ustaz Mohd Hazri Hashim



Tausiyah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Wasiat Allah dari Surah Al Hujurat




Dalam Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang berlangsung pada 07.01.2014 yang lalu, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan beberapa ayat daripada surah Al-Hujurat. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah agar mengamalkan:




“Ad- dabaiyyun, Al-istidyan - yakni menyelidiki, mengenal-pasti, mempastikan berita yang sampai kepada kita, yang zaman kita ini sudah tidak banyak diperhatikan ramai orang.  
Datang saja ‘sms’ atau ‘whatsapp’ atau melalui emel, terus kita komen di situ!
Al-istidyan ertinya perlu juga kepada kita untuk mengambil berat beritu itu. 
Orang yang datang bawa berita tak betul adalah orang fasiq dan sikap kita orang yang terima berita adalah untuk tidak terima bulat-bulat dulu. Ini perlu diamalkan dalam setiap peringkat – keluarga, jiran, persahabatan untuk memastikan berita yang sampai kepada kita adalah benar.
Ambil berita itu dulu, tengok betul atau tidak, kemudian baru kita beritakan sebagaimana yang sampai kepada kita, kalau perlu kepada penglibatan kita untuk ambil tindakan. Jika tidak, buat apa kita nak libatkan diri dengan perkara yang kita tak dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT."

Terdapat enam lagi wasiat penting dan beberapa kisah-kisah teladan yang telah dikongsikan bersama. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila tonton video rakaman di atas.



Alhamdulillah, Majlis Ta'lim kali ini dikunjungi oleh al Ustaz Mohd Hazri Hashim. Antara pesanan beliau adalah:
"Jalan untuk kita mendapatkan rahmat dan kasih-sayang Allah ialah dengan mengikuti dan menteladani Rasulullah SAW. Seumpama timur dan barat, utara dan selatan, semakin kita dekat dengan rahmat Allah, semakin kita jauh daripada maksiat dan kemurkaan Allah."

Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.






14 January 2014

Rakaman Maulid Akbar 2014



Tausiyah Habib Jindan Bin Jindan



Tausiyah Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered


Tausiyah Ustaz Zulkifli Bin Ismail


Tausiyah Al Ustaz Zainol Asri


Tausiyah Tuan Guru Sheikh Hafiz bin Selamat


Tausiyah Dato' Haji Nooh Bin Gadot





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada 3 Januari 2014 yang lepas, bersamaan dengan Rabiul Awwal 1435 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Maulid Akbar 2014 anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





Belasan (jika tidak puluhan) ribu Pencinta Majlis Ilmu / Rasulullah s.a.w. telah menghadiri Majlis tersebut sejak sebelum asar. Majlis yang awalnya dalam perancangan untuk mengadakan acara perarakan Maulidur Rasul, terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.





Walaubagaimanapon, ini tidak memutuskan semangat hadirin dan hadirat untuk meneruskan Majlis Maulid Akbar kali ini! Ini dibuktikan dengan jawapan survey di facebook yang menyatakan bahawa majoriti yang hadir sangguop meneruskan perarakan walaupun dengan keadaan cuaca hujan lebat. MasyaAllah!




Seterusnya majlis telah bersambung dengan bacaan ratib serta tausiyah ringkas dari ulamak yang ada. Bacaan Maulid telah berlangsung selepas magrib dan jemaah yang hadir bertambah secara berterusan sehingga ke akhir Majlis.









Majlis yang diserikan dengan kehadiran para ulamak yang tidak asing lagi kepada jemaah, dari dalam dan luar negara, telah menambahkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Antara yang istimewa adalah Al Habib Jindan Bin Jindan dari Jakarta, YBhg Dato' Nooh Bin Gadot, Tuan Guru Hafiz Bin Selamat (Yayasan Al Jenderami), Al Ustaz Zainol Asri, serta banyak lagi yang tidak disebut namanya tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada kesemuanya.






Bertemakan "Rasulullah s.a.w. Penyatu Ummah", Majlis Maulid Akbar kali ini ternyata menampilkan sifat positif kesepaduan kita sebagai umat islam. Ini dibuktikan dengan kehadiran jemaah serta ulamak-ulamak yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi dapat mencapai satu objektif yang sama. Alhamdulillah!


Antara yang menarik:

Bendera baru yang memeriahkan Majlis


Tempat Wuduk tambahan dari DBKL
Jemaah dihidangkan Kuew Tiaw Goreng panas
 (dengan keadaan cuaca yang sejuk selepas hujan lebat)



Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir serta yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barakah ini. Majlis tidak akan berjalan tanpa anda semua :) Dan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan, kami ingin meminta maaf dan akan buat yang terbaik untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Semoga semuanya mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa teruskan bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wassalam


...


























13 January 2014

Rakaman Maulid Istimewa bersama Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz



Rakaman Tausiyah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz













Rakaman Maulid Adh-Dhiyaul Lami 



Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad
Bin Salim Ben Hafidz

Alhamdulillah pada 6 Disember 2013 yang lalu, buat julung-julung kalinya, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menerima satu kunjungan seorang tokoh besar yang tidak asing lagi iaitu Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Mudir Pengajian Tinggi Dar Al-Musthofa Tarim, Hadramaut, Yemen & guru kepada guru kita, Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)

Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim
Ben Hafidzdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza


Kehadiran jemaah juga tidak kurang luar biasanya kerana penuh ruang masjid sehingga ke ruang bawah. Tausiyah telah disampaikan oleh ulamak-ulamak yang lain juga sebelum di tutup oleh pesanan penting dari  Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz sendiri yang berkisar tentang kesedaran kita tentang nikmat Taufik yang telah dianugerahkan olehNya kepada kita semua. MasyaAllah!

Sebahagian dari belasan ribu jemaah yang hadir pada malam tersebut


Dari pihak pengurusan kami mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan Majlis ini dan kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada.

DVD Rakaman Majlis Maulid Istimewa dari Inteam Mobile


Rakaman Majlis ini juga dijual dalam bentuk DVD. Anda boleh memilikinya melalui website Inteam Mobile :-

http://bit.ly/1a2g5xE


Mari sebarkan informasi ini buat manfaat bersama insyaAllah



:)













13 December 2013

Rakaman Tausiyah Al Habib Umar Bin Hafidz






Alhamdulillah dengan limpah kurnia taufik dan hidayahNya, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk sesi November 2013 telah berjalan dengan lancar pada  6 Disember 2013 yang lepas. Ia diserikan lagi dengan tetamu istimewa dari Tareem, Yaman iaitu Al Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz yang telah memberi kata-kata mutiaranya semasa majlis berlangsung. Ramai ulama tempatan mahupun luar negara tarut mengambil tempat dalam acara Maulid kali ini. Moga apa yang kita perolehi dapat diambil manfaat serta berusaha mengamalkannya.




Ribuan pecinta Majlis Ilmu dan semestinya Pecinta-pecinta Rasulullah ﷺ telah hadir memeriahkan sambutan bulanan ini. Teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadza setiap hari Jumaat selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

09 November 2013

Rakaman Maulid Bulanan November 2013 (Bahagian 2) - Tausiyah




Alhamdulillah dengan limpah kurnia taufik dan hidayahNya, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk sesi November 2013 telah berjalan dengan lancar pada 4 November 2013 yang lepas.

(Klik sini untuk Bahagian 1 - Rakaman Bacaan Maulid)




Majlis telah dipimpin oleh al Ustaz Azhar Bin Hashim dari Majlis Ta'lim Rahmatan Lilalamin sementara Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menunaikan ibadah Haji nya (Kita sama-sama mendoakan agar guru kita mendapat Haji yang Mabrur insyaAllah... :)  ).





Ribuan pecinta Majlis Ilmu dan semestinya Pecinta-pecinta Rasulullah ﷺ telah hadir memeriahkan sambutan bulanan ini. Teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadza setiap hari Jumaat selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wassalam :)








Rakaman Majlis Maulid Bulanan November 2013 (Bahagian 1)












(Sila Klik di sini untuk Bahagian 2 - Tausiah dari Ustaz Azhar Hashim)


07 October 2013

Rakaman Maulid Bulanan 4 Oktober 2013




Rakaman Maulid Bulanan












Tausiyah Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid




Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk bulan Oktober 2013 telah berjalan lancar. Ribuan hadirin membanjiri Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa untuk meluahkan perasaan cinta mereka kepada Rasulullah .








Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid telah menggantikan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang mengerjakan ibadah Haji untuk tahun ini. di akhir majlis, Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah menyampaikan salam beliau kepada seluruh jemaah Darul Murtadza melalui pesanan ringkas kepada wakil di dalam Majlis tersebut.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga kita mendapat manfaat atas apa yang telah dikerjakan dan mendapat tempat di mata Rasulullah ﷺ.. :)
Wassalam