Showing posts with label Sambutan Khas. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Khas. Show all posts

14 January 2014

Salam Maulidur Rasul dari Darul Murtadza - Lirik Qasidah Kisah Rasul

Dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. 






- Lirik Qasidah Kisah Rasul dendangan Habib Syech As Seggaf

Rakaman Maulid Akbar 2014



Tausiyah Habib Jindan Bin Jindan



Tausiyah Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered


Tausiyah Ustaz Zulkifli Bin Ismail


Tausiyah Al Ustaz Zainol Asri


Tausiyah Tuan Guru Sheikh Hafiz bin Selamat


Tausiyah Dato' Haji Nooh Bin Gadot





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada 3 Januari 2014 yang lepas, bersamaan dengan Rabiul Awwal 1435 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Maulid Akbar 2014 anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





Belasan (jika tidak puluhan) ribu Pencinta Majlis Ilmu / Rasulullah s.a.w. telah menghadiri Majlis tersebut sejak sebelum asar. Majlis yang awalnya dalam perancangan untuk mengadakan acara perarakan Maulidur Rasul, terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.





Walaubagaimanapon, ini tidak memutuskan semangat hadirin dan hadirat untuk meneruskan Majlis Maulid Akbar kali ini! Ini dibuktikan dengan jawapan survey di facebook yang menyatakan bahawa majoriti yang hadir sangguop meneruskan perarakan walaupun dengan keadaan cuaca hujan lebat. MasyaAllah!




Seterusnya majlis telah bersambung dengan bacaan ratib serta tausiyah ringkas dari ulamak yang ada. Bacaan Maulid telah berlangsung selepas magrib dan jemaah yang hadir bertambah secara berterusan sehingga ke akhir Majlis.









Majlis yang diserikan dengan kehadiran para ulamak yang tidak asing lagi kepada jemaah, dari dalam dan luar negara, telah menambahkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Antara yang istimewa adalah Al Habib Jindan Bin Jindan dari Jakarta, YBhg Dato' Nooh Bin Gadot, Tuan Guru Hafiz Bin Selamat (Yayasan Al Jenderami), Al Ustaz Zainol Asri, serta banyak lagi yang tidak disebut namanya tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada kesemuanya.






Bertemakan "Rasulullah s.a.w. Penyatu Ummah", Majlis Maulid Akbar kali ini ternyata menampilkan sifat positif kesepaduan kita sebagai umat islam. Ini dibuktikan dengan kehadiran jemaah serta ulamak-ulamak yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi dapat mencapai satu objektif yang sama. Alhamdulillah!


Antara yang menarik:

Bendera baru yang memeriahkan Majlis


Tempat Wuduk tambahan dari DBKL
Jemaah dihidangkan Kuew Tiaw Goreng panas
 (dengan keadaan cuaca yang sejuk selepas hujan lebat)



Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir serta yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barakah ini. Majlis tidak akan berjalan tanpa anda semua :) Dan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan, kami ingin meminta maaf dan akan buat yang terbaik untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Semoga semuanya mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa teruskan bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wassalam


...


























13 January 2014

Rakaman Maulid Istimewa bersama Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz



Rakaman Tausiyah Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz













Rakaman Maulid Adh-Dhiyaul Lami 



Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad
Bin Salim Ben Hafidz

Alhamdulillah pada 6 Disember 2013 yang lalu, buat julung-julung kalinya, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menerima satu kunjungan seorang tokoh besar yang tidak asing lagi iaitu Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Mudir Pengajian Tinggi Dar Al-Musthofa Tarim, Hadramaut, Yemen & guru kepada guru kita, Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)

Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim
Ben Hafidzdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza


Kehadiran jemaah juga tidak kurang luar biasanya kerana penuh ruang masjid sehingga ke ruang bawah. Tausiyah telah disampaikan oleh ulamak-ulamak yang lain juga sebelum di tutup oleh pesanan penting dari  Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz sendiri yang berkisar tentang kesedaran kita tentang nikmat Taufik yang telah dianugerahkan olehNya kepada kita semua. MasyaAllah!

Sebahagian dari belasan ribu jemaah yang hadir pada malam tersebut


Dari pihak pengurusan kami mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan Majlis ini dan kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada.

DVD Rakaman Majlis Maulid Istimewa dari Inteam Mobile


Rakaman Majlis ini juga dijual dalam bentuk DVD. Anda boleh memilikinya melalui website Inteam Mobile :-

http://bit.ly/1a2g5xE


Mari sebarkan informasi ini buat manfaat bersama insyaAllah



:)













06 January 2013

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 4 Januari 2013 (Bahagian 2 - Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof)



 

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang pertama telah membuka tirai di lembaran Tahun 2013 Masihi. Kehadiran yang amat memberansangkan telah menambahkan lagi kemeriahan selain dari keberkatan majlis-majlis yang baik seperti ini.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ketika memberikan ucapan pendahuluan
Dengan penuh santun dan senyuman, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid merakamkan di dalam ucapannya:-


Sekali lagi Majlis Ta'lim Darul Murtadza, mengucapkan ahlan wa sahlan kepada tetamu yang datang dari jauh dan dekat terutama sekali al Habib Kadzim Bin Jaafar As-Saggof, Sheikh Salim Abbad yang datang daripada Hadramaut,  Saudara dan sahabat saya, Al Ustaz Yussaine Yahya yang datang daripada Perlis, Sahabat saya Ustaz Zuhair, yang datang dengan anak muridnya di Madrasah Tahfiz Darul Quran Wal Hadith, dan juga semua yang datang Ahlan Wa Sahlan Bikum Jami'an.

Sheikh Salim Abbad dari Hadramaut yang turut memeriahkan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza

Kehadiran Sheikh Salim Abbad yang disambut olehsemua termasuk Al Ustaz Don Daniyal Biyajid 
Kita ramai penceramah di sini Masyallah. Masing- masing ingin menyumbangkan ilmunya... Tapi kata pepatah arab, dikatakan:

"Berapa banyak orang yang berbicara, disebabkan keberkatan orang yang tak berbicara..."

Jadi insyaAllah, yang akan berbicara adalah satu, dan semua asatizah yang berilmu ini, akan disatukan ilmunya kepada satu orang disalurkan dan semua yang ingin menyampaikan tausiyahnya akan disampaikan oleh Allah S.W.T. dengan keazaman dan niat yang mereka ingin menyampaikan ilmu.

Pastinya kehadiran para ulamak sudah membawa barakah walaupun tidak bercakap. Apatah lagi bilamana bercakap.

Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid, Ayahanda Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid turut hadir

Tidak lupa juga Al Habib Ali yang dihormati


Alhamdulillah bilamana kita diizinkan oleh Allah dimasa yang akan datang, untuk mendengarkan semua, yang ada di sini untuk bercakap. Maka, kita amat kehausan ilmu. Terutama sekali daripada Al Ustaz yang saya kasihi dan saya sanjungi... serta saya minati... Ustaz Don Daniyal...

Al Ustaz Don Daniyal Biyajid yang menambah seri Majlis Maulid  Bulanan  Darul Murtadza

Ketika menghayati alunan Qasidah di Majlis Maulid

Saya tawarkan, beliau berkata "saya nak dengar.. datang untuk mendengar bukan untuk bercakap.."   Ini Akhlak dan tawadhuk daripada orang yang perlu untuk diteladani oleh kita semua InsyaAllah.

Tapi saya anggap hutang... kerana hari ini tak bercakap, saya minta dia bayar... Tapi tak tau bila dia akan bayar, tapi saya anggap sebagai hutang, saya akan tagih pada dia bila akan bayar, saya tunggu dia beri jawapan kepada saya insyaAllah.

Tapi kita semua yang hadir disini amat dahagakan kepada ilmu, Al Ustaz yang selalu kita dengar melalui Telivisi, alangkah bertuahnya kita kalau mendengar secara berhadapan langsung dengan beliau insyaAllah di masa akan datang."


- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza -  Ahbabul Habib,
serta kumpulan Inteam, AlMawlid dan pelajar-pelajar Madrasah


Kami dari Pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza mengucapkan Jazakallah Khair kepada semua yang hadir serta yang membantu dalam menghebahkan maklumat atau dalam bentuk apa jua. Semoga segala usaha kita semua diberkati dan kabul disisi Allah S.W.T. serta menambahkan lagi mahabbah kita kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W.

Akhir kata, teruskan bersama kami setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur!  Jangan lupa ikuti info terkini dari kami di laman sosial Facebook, Twitter serta Youtube :)


Wassalam.




:)


29 December 2012

Kenangan Majlis Ta'lim terakhir Sesi 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 28 Disember 2012. Majlis juga turut dihadiri tetamu khas dari Yaman, Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, guru-guru serta para habaib yang lain.

Tidak lupa juga dengan kehadiran Ayahanda Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sendiri, iaitu Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid, yang datang dari Indonesia dan menambahkan lagi seri pada Majlis.

Berikut adalah gambar-gambar Majlis Ta'lim 28 Disember 2012 sebagai kenangan kita bersama (Kredit kepada fotografer - Jazakallah Khair! :) ):-

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid meraikan kedatangan Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggofdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, serta Ayahandanya, Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid

Antara yang hadir dalam Majlis Ta;lim Darul Murtadza

Turut memeriahkan Majlis adalah Al Habib Ali Bin Syeikh Abu Bakar  (Kanan sekali), dari Tarim, Yemen. Beliau juga antara guru Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Demikian keistimewaan ilmu. Orang yang dapat, semakin haus. Kalau makanan, minuman, orang dah minum, rasa dia puas. Tapi ilmu, orang semakin minum, semakin dia merasa haus kepada ilmu tersebut. - Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ketika menyambut kehadiran Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.



Jazakallah Khairan Kathiran kepada semua yang telah hadir, membantu secara langsung atau pon tidak langsung, yang akhirnya menjadi penyebab Majlis Ta'lim Darul Murtadza berjalan dengan lancar.

Teruskan bersama kami setiap minggu pada hari Jumaat, selepas isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.




:)




Majlis Ta'lim 28 Disember 2012- Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Tafsir Al Quran



Riyadhus Solihin 





Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Qasidah "Qad Kafani"




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28 Disember 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 1=4



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 425

Kitab tidak dibahas, digantikan Slot Khas Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof
 Bidayatul Hidayah, MS 96 (Adab-adab Menjadi Imam & Adab-adab Menjadi Makmum)




Kitab tidak dibahas, digantikan Slot Khas Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof
Peringatan Umur Insan, MS 117 - 119




Alhamdulillah, seperti yang telah diwar-warkan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah dihadiri tetamu istimewa, seorang ulamak terkemuka dari Tarim iaitu Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Dalam ucapan pengenalannya, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkata:-


"Alhamdulillah, kita dapat bersemuka lagi dengan beliau (Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof). Mengambil Peluang dengan kehadiran beliau, dengan ilmu yang ada, dan juga ingin menunaikan satu pesanan daripada Saiyiduna Luqman Al Hakim yang mengatakan dalam wasiatnya kepada anaknya: 
"Wahai anakku, duduklah dengan para ulamak dan rapatkan lututmu dengan lututnya." 
Sesungguhnya Allah akan menghidupkan Hati seseorang dengan Ilmu, Seperti mana Allah menghidupkan tanah dengan turunnya air hujan. 
Tumbuh-tumbuhan itu, dengan turunnya air hujan, demikian, duduk dengan para ulamak akan mendapatkan ilmu insyaAllah.  
Duduknya saja adalah satu keberkatan, apatah lagi mendapatkan ilmu daripada para ulamak.  
Alhamdulillah, kita didatangi Habib Kadzim Al Saggof, kita amat hauskan pada ilmu yang ada pada beliau, yang banyak beliau mengambil daripada para ulamak yang besar di Hadramaut dan juga di luar Hadramaut.   
Kita amat kehausan dengan ilmu yang ada pada beliau dan tentunya kita semua adalah pencari ilmu. Dant tak ada yang puas dengan ilmu. Walaupun sudah dapat, akan semakin haus dengan ilmu.  
Demikian keistimewaan ilmu. Orang yang dapat, semakin haus. Kalau makanan, minuman, orang dah minum, rasa dia puas. Tapi ilmu, orang semakin minum, semakin dia merasa haus kepada ilmu tersebut."


Jadi, sama-samalah kita dengarkan rakaman di atas serta menyebarkannya. Semoga usaha kita menjadi manfaat untuk diri kita dan semua :)

Sila ke link di bawah untuk gambar kenangan majlis ini:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/12/kenangan-majlis-talim-terakhir-sesi-2012.html







:)