Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

03 July 2013

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan :)








يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ; 183)



يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعاً مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخُصْلَةٍ مِنَ الخَيْرِكَانَ كَمْنَ أَدَّى فَرِيضَةً فِيما سِوَاهُ،

 وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أدَّى سَبْعِيْنَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، والصَّبْرُ ثَوَابُهُ الجَنَّةُ، وَشَهْرُ المُوَاسَاةِ وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِماً كَانَ مَغْفِرَةً لِذنُوبِهِ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ،

 قَالُوْا: لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفْطِرُ الصَّائِمَ ؟!،


 فَقَالَ رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 

"يُعْطِي اللهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِماً عَلَى تَمْرَةٍ ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوْكِهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ ،

 وَاسْتَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ ، خَصْلَتَيْنِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبَّكُمْ ، وَخَصْلَتَيْنِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا ،فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبَّكُمْ : فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ، وَتَسْتَغْفِرُوْنَهُ ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا : فَتَسْأَلُوْنَ اللهَ الْجَنَّةَ ، وَتَعُوْذُوْنَ بِهِ مِنَ النَّارِ ،

 وَمَنْ أَشْبَعَ فِيْهِ صَائِماً سَقَاهُ اللهُ مِنْ حَوْضِيْ شَرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ

“Wahai manusia telah kepada kalian bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, bulan dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadr), dan di bulan itu Allah jadikan puasa di siang harinya menjadi kewajiban (bagi yang mampu), dan bangun malam/solat di malam harinya merupakan hal yang disunnahkan.

Barangsiapa yang melakukan satu kebaikan di bulan itu maka pahalanya sama dengan pahala melakukan perbuatan yang fardhu (wajib) di selain bulan Ramadhan, dan barangsiapa melakukan satu perbuatan wajib di bulan Ramadhan maka pahalanya sama dengan melakukan 70 perbuatan wajib di selain bulan Ramadhan , dan bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga, dan bulan itu adalah bulan yang penuh simpati (tolong menolong), dan bulan ditambahnya rezeki orang mukmin, barangsiapa yang memberikan buka puasa untuk orang yang berpuasa di bulan itu maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka, serta baginya pahala puasa seperti orang yang berpuasa dan tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa.

Ketika mendengar hal itu, para sahabat berkata :

“Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa”, 


Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Pahala ini diberikan oleh Allah kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berpuasa dengan sebutir kurma atau seteguk air atau susu”, dan bulan Ramadhan awalnya adalah rahmah (kasih sayang) Allah, dan pertengahannya adalah pengampunan Allah, serta akhirnya adalah pembebasan dari api neraka, dan barangsiapa yang meringankan (pekerjaan) budaknya di bulan Ramadhan maka Allah subhanahu wata’ala mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka.

Dan perbanyaklah di bulan itu (untuk melakukan) 4 hal, 2 hal yang pertama membuat Tuhan kalian (Allah subhanahu wata’ala) redha, dan 2 hal yang lainnya merupakan sesuatu yang kamu amat memerlukannya. Dua hal yang membuat Tuhan kalian (Allah subhanahu wata’ala) redha adalah mengucapkan syahadat (أشهد ألا إله إلا الله ), dan kalian meminta ampunan kepada Allah subhanahu wata’ala (أستغفر الله العظيم ), adapun dua hal yang kamu amat memerlukannya terhadap keduanya adalah kalian meminta kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam surga dan dijauhkan dari api neraka,

Dan barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan hingga kenyang, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku ( Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) dimana seteguk air itu menjadikannya tidak akan merasa haus selama-lamanya hingga ia masuk ke syurga”.




Pesanan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, mari hadirkan azam & niat Ramadhan 1434H yang bakal menjelma beberapa hari lagi :

[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.

[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).

[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).

[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).

[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).

[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.

[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.

[8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.

[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.

[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.

[11] Niat jadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.

[12] Niat untuk syukuri segala nikmat-NYA




....

08 June 2013

Travelog Jelajah Cinta Rasul United Kingdom bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid



1 June 2013 : Alhamdulillah Al-Habib baru sahaja menaiki
pesawat (±3:30am) menuju ke UK & menyampaikan salam
buat para jamaah yang dikasihi.



2 June 2013: Al-Habib bersama Syakh/Imam Khalid Hussien
(Mudir KQZ Legacy & Muslim Hands) di Nottingham.


2 June 2013 - Siaran Langsung Live dari UK ke Malaysia

2 June 2013 : Imam Khalid Hussein,
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
& Sheikh Burhan Khandia. 

"Saya skrg di glasgow, jap lagi nak betolak ke bradfard lebih kurng 5 jam naik kereta. Cuaca agak sejuk, tp Alhamdulillah semua bejalan lancar. Sampaikan salam saya utk jamaah" 


Al Habib berehat ketika dalam safar

4 June 2013 : Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid d
alam perjalanan ke Bradford melalui Edinburgh tengah hari 


4 June 2013: Program Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
semalam dalam Program bersama NGO di Madni Jamia Masjid, Bradford

4 June 2013 : Rombongan Al-Habib singgah di suatu kawasan
lapang/padang yang indah di antara sempadan Scotland-England
dalam perjalanan ke Bradford 

5 June 2013: Alhamdulillah program Isra' Mikraj bersama Al-Habib
di Main Auditorium, Oxford Rd, Manchester.


6 June 2013: Al-Habib di atas 'Golden Jubilee Bridge'
melintasi sungai Thames


6 June 2013: Tausiyah di Malaysian Hall bersempena dengan
Isra' Mikraj. Kehadiran amat memberangsangkan walaupun
dalam keadaan yang tidak luas! MasyaAllah

6 June 2013: Minum pagi bersama En Shahrul (Education Malaysia)
dan Ismat (London Student Volunteers) ; antara yang bersama
terlibat menganjurkan program-program di sana

AlHabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang
online menerusi Skype dari Bilik Mesyuarat Education Malaysia, London, UK.
Ucapan serta Tausiyah Ringkas Al Habib telah disiarkan secara langsung
ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Setiawangsa, KL.

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang menyaksikan
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang turut hadir 


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
menyampaikan Khutbah Jumaat di Malaysian Hall, London

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama
sepupu beliau, (Ali Zaenal Abidin) dan YBhg Dato' Sri Zakaria Sulong,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.




Alhamdulillah Al-Habib & rombongan telah selamat tiba di destinasi terakhir "Jelajah Cinta Rasul UK 1434H" pada maghrib 07/06/13.

Al-Habib berada di Dock Mosque/Bute Mosque/Alice street mosque/Yemeni Mosque. Imamnya Shaykh Zane Abdo & merupakan salah seorang anak didik Al-Habib Umar Muhammad Salim ben Hafidz. 

Setiba sahaja di sini, Al-Habib terus mengimamkan solat maghrib. Kebanyakan warga tempatan dan rakyat Malaysia yang berada di sini sangat gembira dengan kehadiran Al-Habib.



9 June 2013: Tausiyah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
yang diterjemah oleh Shaykh Zane Abdo

9 June 2013: Perbincangan dakwah antara
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Shaykh Zane Abdo

9 June 2013: Perbincangan dakwah antara
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Shaykh Zane Abdo




10 June 2013: Acara Akhir, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
menziarahi Shaykh Muhammad Ba Shu'ayb



Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menuju ke Depature Gate ,
mengakhiri jelajah Cinta Rasul UK, 2013.


18 May 2012

Sambutan Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:

Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin. 

Keistimewaan Bulan Rejab 


Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta'ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan "Rajab Mudhar" ( رجب مضر), untuk membezakan dari "Rajab Rabi’ah" ( رجب ربيعة), Rasulullah menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

  التوبة: ٣٦


        Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu.  (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu 'Abbas mengomentari ayat di atas: 
“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”. 

Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata: 
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata:  terkadang Rasulullah berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).
   

Amalan di dalam bulan Rejab


Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah :
أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
 فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
 وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
 (الديلمى)
"Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab." (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah: 

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah : “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:


Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya. 

Amin.  






...

13 December 2011

Riwayat Hidup Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad


Gambar Kredit : Al Fanshuri

Nama, nasab dan kelahirannya:
            Beliau adalah Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad[1] bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi[2] bin Muhammad[3], bin Ali[4] bin Alwi bin Muhammad bin Alwi[5] bin Ubaidillah bin Ahmad[6] bin isa[7] bin Muhammad[8] bin Ali[9] bin Jaafar Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainul Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib dan juga putra Fathimah binti Rasulillah Muhammad .
Gambar Kredit: Haidariya
Dilahirkan pada hari Isnin 5 Safar 1044H di Subair (sebuah perkampungan di pinggir bandar Tarim - Hadramaut). Di masa kecilnya beliau dijangkiti penyakit campak, lalu beliau buta kerananya. Akan tetapi ALLAH  telah menggantikan untuknya cahaya pada hatinya untuk melihat, serta kebersihan jiwanya.

Latar Belakang Pendidikan 
Gambar Kredit: Al Aman
             
Imam Al-Haddad tumbuh dalam penjagaan kedua ibubapanya, iaitu Habib Alwi bin Muhammad AlHaddad, seorang yang soleh lagi dikenali dengan ketaqwaanya. Ibunya yang bernama Syarifah Salma binti Idrus bin Ahmad Al Habshee, seorang wanita solehah.

Imam Al-Haddad membesar dalam lingkungan keluarga yang baik, dimasa kecilnya beliau menyibukkan diri untuk menghafal Al-Qur’an, dan bermujahadah untuk mencari ilmu, sehingga berjaya mendahului rakan-rakannya. Bahkan dengan kegigihannya dalam mencari ilmu, beliau berjaya mendahului sebahagian guru-guru beliau, sehingga sebahagian daripada mereka menjadi murid setelah sebelumnya menjadi guru. 

Salah seorang daripada mereka adalah Sheikh Bajubair, dimana imam Al Haddad telah berguru kepada Sheikh Bajubair dalam ilmu Fiqh, dan telah belajar kitab Al Minhaj (kitab Fiqh madzham Imam Syafi’i). Sheikh Bajubair merantau ke negeri India, setelah beberapa lama berada disana, lalu kemudian beliau kembali ke Hadramaut dan belajar kepada Imam Al-Haddad kitab Ihya’ululmuddin. Hal ini menunjukkan akan keluasan ilmu Imam Al-Haddad yang di berikan Oleh Allah kepadanya sesuai dengan firmanNya:


وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْماً الكهف: ٦٥  
Dan Kami telah ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ  البقرة: ٢٨٢
Dan takutlah kepada Allah, dan Allah mengajarkanmu

Ahli keluarga Imam Al Haddad

Gambar Kredit : Ted Chang

Ayah beliau bernama Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad, seorang yang soleh yang tergolong dalam golongan Al’Arifin. Imam Al-Haddad sendiri pernah berkata: “sesungguhnya ayahku ini suci dan mensucikan”.
Sakit menimpa ayahanda Imam Al-Haddad sehingga beliau wafat pada malam Isnin awal bulan rajab setelah mengucap kalimah لا إله إلا الله .
Setelah 5 hari ayahanda Imam Al-Haddad meninggal dunia, ibu beliau Syarifah Salma sakit selama lebih kurang 20 hari, lalu kemudian meninggal dunia setelah mengucap syahadah pada hari Rabu 24 Rajab 1072 H, bertepatan pada waktu Dhuha. 
Berkata Imam Al-Haddad : “Aku memuji dan  bersyukur kepada ALLAH , oleh kerana mereka berdua (yakni kedua ibu bapanya) meninggal dunia dalam keadaan yang diredhai, di zaman yang penuh dengan fitnah, sementara mereka berdua telah wafat dalam keadaan yang baik dan memberikan berita gembira, iaitu keselamatan”.
Imam Al-Haddad mempunyai 3 orang saudara, mereka adalah: Omar, Ali, dan Hamid. Beliau kerap menulis surat kepada mereka yang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran. Akan tetapi, surat-menyurat beliau kepada Hamid (saudaranya) lebih kerap, hal ini mungkin di sebabkan oleh kerana jauhnya jarak antara mereka berdua, oleh kerana beliau (Habib Hamid) tinggal di India dan meninggal dunia di sana pada 1107H. Dari isi kandungan surat-surat itu tampak satu pertalian hubungan persaudaraan yang menggambarkan akan kesungguhan kasih sayang dan kecintaan di antara mereka.

       Imam Al-Haddad mempunyai 6 orang anak lelaki, mereka adalah: Hasan, Alwi, Muhammad, Salim, Husain, dan Zain.
Beliau seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anaknya, beliau memberikan gelaran-gelaran terhadap mereka. Seperti gelaran Ameer (pemimpin)  untuk Husain, Sholeh (orang yang banyak amal ibadahnya) untuk Alwi, Hakim (sifat bijaksana)  untuk Hasan, dan sheikh (guru besar) untuk zain. Berkata imam Al-Haddad tentang anaknya Muhammad:
“sesungguhnya anakku Muhammad telah mendapat derajat wilayah yang sempurna”.
Sehingga dengan demikian beliau dipilih untuk menggantikan ayahandanya di dalam pehubungan antara kabilah-kabilah untuk mendamaikan antara puak-puak yang berselisih. Contohnya beliau berjaya memadamkan api peperangan antara 2 kabilah yang berselisih, dengan menikah dengan kabilah Aal Bakatsir ( keluarga Bakatsir) demi mempererat hubungan antara kabilah-kabilah yang bersenjata. Beliau meninggal dunia di Dzamar. 

Gambar Kredit : flickrhivemind.net
Adapun Hasan dan Alwi dikenali dengan keilmuannya, dan mereka menggantikan kedudukan ayahanda mereka  dalam tugasan mengajar ilmu-ilmu, dan memberi makan fakir miskin, menerima tetamu-tetamu asing ataupun tetamu-tetamu khas yang datang  dari luar. Imam Al-Haddad pernah berdoa untuk anaknya Hasan: “Hasan (ertinya yang baik. Pent.) semoga ALLAH membaikkan di belakangmu”.  Dengan doa itu beliau mempunyai dzuriat yang baik dan banyak dari kalangan ulama. Beliau (Hasan) meninggal dunia di Tarim pada tahun 1188H, adapaun Alwi meninggal dunia di Mekkah setelah menunaikan ibadah haji, dan di kebumikan berhampiran dengan kubur Siti Khadijah R.A pada tahun 1153H.
Zain telah berhijrah ke Iraq setelah ayahandanya meninggal dunia, beliau sangat dihormati di negeri itu di sebabkan oleh kerana pengaruh ayahandanya yang begitu luas sehingga ke negeri Iraq. Beliau meninggal dunia di negeri Oman bertepatan dengan perkampungan Sheer, pada tahun 1157H.
Adapun Salim, beliau menetap di negeri Misyqash dan mempunyai dzuriat di sana, lalu kemudian kembali ke kampung halamannya Tarim dan meninggal dunia di sana pada tahun 1165 H.
Sementara Husain, sakit menimpa beliau, lalu beliau meninggal dunia kerana sakit.
    .  .Dzuriyat Imam Al-Haddad tersebar di serata dunia, baik di Hadramaut (tanah airnya) ataupun di negara lain, seperti Saudi Arabiya, Negara-negara teluk, Malaysia, Indonesia, Singapura, India, dll. Sebagaimana dikatakan bahawa : ALLAH  telah memberi keberkatan kepada Imam Al-Haddad melalui anak muridnya, anak keturunannya dan kitab-kitabnya. Semoga ALLAH  mengekalkan dan memelihara keberkatan ini pada kitab-kitab dan keturunannya, serta memelihara mereka untuk berjalan mengikut datuk mereka, dan menjadikan mereka sebaik-baik penerus kepada pendahulu mereka.  Berkata Imam Al-Haddad:
“Kami akan berjalan di atas landasan dan garisan nabi Muhammad , dan landasan para salaf (pendahulu kami) sedaya upaya kami. Sungguh yang ternampak dari kami adalah penyebaran ilmu, bukan untuk menampakkan perkara yang lain”.
Firman Allah:


 وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ 

وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ   

 الطور: ٢١  
Orang-orang yang beriman dan di ikuti oleh anak cucunya ( keturunannya) dengan keiamanan, Kami perhubungkan ( kumpulkan) kepada mereka anak cucunya itu, dan tidaklah kami kurangkan pahala amalan mereka sedikitpun, setiap manusia tergadai ( terikat) oleh usahanya masing-masing.



Guru-guru Imam Al Haddad

Gambar Kredit: Booncert

Telah dicatitkan bahawa, jumlah bilangan guru-guru Imam Al-Haddad melebihi 140 guru, beliau telah mengambil ilmu dan bertalaqi daripada mereka. Terutama sekali adalah: Habib Abdurrahman bin Shkeikh Maula ‘Aidid, Habib Omar bin Abdurrahman Al-‘Attas, Habib Sahl bin Muhammad Ba Hasan, Habib Aqil bin Abdurrahman bin Aqil  Al-Seggaf, dan juga Habib Muhammad bin Alwi Al-Seggaf ( yg tinggal di Mekkah) dll.

Murid-murid Imam Al Haddad 

Gambar Kredit: I love Typography
Murid-murid utama Imam Al Haddad adalah terdiri dari ahli keluarganya sendiri, terutama anak-anak beliau. Adapun dari selain ahli keluarga beliau mereka adalah: Habib Ahmad bin Zain Al Habshi, Habib Muhammad bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Zain bin Semait, Habib Omar bin Abdurrahman Al Baar, Habib Abdurrahman bin Andullah Ba Al-Faqih, Habib Muhammad bin Omar bin Taha Al-Seggaf, dll.

Al-Hawi yang di berkati



            Al-Hawi adalah sebuah kawasan yang berjiran dengan bandar Tarim, Imam Al Haddad menetap disana ( Al-Hawi) pada tahun 1099H. Syed Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri –Sejarawan dari hadramaut- berkata : ”sesungguhnya Habib Abdullah Al-Haddad mendirikan Al-Hawi semata-mata untuk mempunyai tapak yang berdiri sendiri untuknya dan ahli keluarganya serta para pengikutnya, dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Qadi Tarim pada masa itu. Ia merupakan tempat yang strategi untuk mendapatkan segala yang baik daripada Tarim, dan kawasan yang terlindung dari segala fitnah dan kejahatan dari tempat itu. Dengan demikian Al-Hawi menjadi kawasan yang selamat lagi dihormati.
Imam Al-Haddad membangun rumahnya di Al-Hawi pada tahun 1074H, lalu berpindah pada tahun 1099H. Beliau membangun masjidnya berhampiran dengan rumahnya, dan mengajar di sana selepas solat asar setiap hari, dan pagi hari kamis dan isnin, serta Hadrah pada setiap malam Jum’at selepas solat Isya’. Maka dengan pelbagai aktiviti, Al-Hawi menjadi tumpuan kepada para ulama’, dan orang-orang soleh, serta tempat perlindungan bagi kaum fakir miskin, dan merupakan zone selamat, aman, dan tenteram.   

Haji dan Ziarahnya

Gambar Hiasan: Mekah pada satu masa dahulu. Gambar Kredit : Love Madina
            Pada tahun 1079H, Imam Al-Haddad telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji. Setelah sampai di Mekkah, ramai penduduk Mekkah yang menyambut kedatangan Imam Al-Haddad, dan beliau tinggal di rumah Sheikh Husain Ba Fadal, beliaulah yang melayan sendiri kepada Imam al Al-Haddad. Imam Al-Haddad menceritakan keberadaannya dirumah sheikh Husain Ba Fadal, beliau berkata:
“Sesungguhnya Sheikh Husain berkata: Aku mempunyai dua lautan di mana aku mengambil dari keduanya, yang pertama adalah lautan zahir, iaitu Sheikh Ahmad Al-Qusyasyi,  yang kedua : lautan batin, iaitu  Syed Muhammad bin Alwi Al-Seggaf. Dan ALLAH  telah mengumpulkan kedua lautan itu padamu untukku”.    

Gambar Hiasan : Wukuf di arafah pada zaman dahulu . Gambar Kredit: Seri Kepayang
Pada tahun itu, wuquf di Arafah jatuh pada hari Jum’at, ramai penduduk Mekkah pada ketika itu yang datang kepadanya.
Ketika beliau sedang duduk di sebelah Hijir Isma’il beliau didatangi oleh Syarif Barakaat bin Muhammad, lalu meminta doa kepadanya agar permintaanya di kabulkan oleh Allah (tanpa memberitahu apakah hajatnya itu), maka Imam Al Haddad mendoakan untuknya. Ketika Syarif Barakaat pergi, Imam Al-Haddad bertanya : siapakah dia itu? Beliau diberitahu kalau dia adalah salah seorang besar di Mekkah. Lalu Imam Al-Haddad berkata: dia meminta untuk menjadi raja di Mekkah, dan ALLAH telah mengabulkan permintaanya. Syarif Barakaat di lantik menjadi pemimpin di Hijaz pada tahun 1082H.   
Gambar Hiasan: Madinah AL Munawwarah pada satu masa dahulu. Gambar Kredit: 123Muslim

Pada hari Jum’at 1 Muharram 1080H, bertepatan dengan masuknya waktu solat fajar, Imam Al-Haddad telah di pelawa untuk menjadi Imam pada solat subuh di masjidil haram di Mekkah. Beliau membaca surah  Al-Sajadah dan surat Al-Insan.

Imam Al-Haddad melangsungkan perjalanannya menuju kota Madinah Al Munawwarah. Telah diceritakan bahawa, beliau tidak tidur dalam perjalanan beliau menuju kota Madinah kecuali sedikit sekali, di sebabkan kerinduan yang mendalam di dalam hatinya. Beliau mengungkapkan akan kerinduannya itu dalam syairnya: 

يَلذّ لَناَ أنْ لاَ يلذّ لنا الكَرَى   #  لمّا خَالطَ الأرْوَاحَ مِنْ خَالِص الْحُبِّ
Sungguh kami merasakan kenikmatan dimana kami tidak meraza nikmat dengan tidur, Ketika kemurnian cinta telah menyatu dengan ruh


Ketika beliau menghampiri kota Madinah, beliau dapat mencium bau wangi serta merasakan adanya cahaya yang bersinar. Beliau mengungkapkan dalam syairnya:

فلما بلغـنا طيـبة وربـوعهـا #   شممنا شذى يزري بعرف العنابر
وأشرقت الأنوار من كل جانـب #   ولاح السنا من خير كل المقابر
مع الفجر وصلنا وافينا المدينة طاب من #  صباح علينا بالسعادة سافر

Ketika kami sampai di Thaibah (Madinah), kami mencium bau sangat wangi, mengalahkan wangian-wangian anbar

Cahaya menyinari segala penjuru, cahaya itu bersinar melalui kubur sebaik-baik manusia

Bersamaan dengan waktu fajar, kami sampai ke Madinah, sungguh indah pagi itu bagi kami dengan kebahagiaan



Beliau tinggal di rumah Syed Omar Ameen Al-Mahdali.


Buku-buku Imam Al Haddad

Gambar Kredit: JohoBaru
            Keistimewaan karya-karya Imam Al-Haddad adalah mudah difahami oleh semua kalangan, mengikut kefahaman masing-masing. Sehingga buku-buku beliau telah dicetak beberapa kali dan sudah diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Di antara karangan-karangan beliau adalah:

1.    10 رسالة المذاكرة
2.    آداب سلوك المريد
3.    اتحاف السائل بأجوبة المسائل
4.    النصائح الدينية والوصايا الإيماني11
5.    رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة12
6.    سبيل الادكار والاعتبار بما يمرّ بالإنسان من الأعمار
7.    الدعوةالتامة والتذكرة العامة
8.    الفصول العلمية والأصول الحكمية
9.    النفائس العلوية في المسائل الصوفية
10. الحكم  13
11.المكاتبات  14
12.تثبيت الفؤاد بذكر مجالس القطب عبد الله الحداد
13. الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم




Kata-kata Hikmah Imam Al Haddad

Gambar Kredit: Windows2Universe


1.  Orang yang tidur boleh di kejutkan, orang yang lalai boleh di ingatkan, barang siapa yang tiada bermanfaat untuknya bila dikejutkan atau diingatkan maka sesungguhnya dia itu adalah orang mati dan kamu tidak dapat memperdengarkan kepada orang yang sudah berada dalam kubur.
2.  Kami tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA.
3.    Ketaatan yang shohih akan terpelihara dengan memelihara 3 dasar:
a.   Cinta kepada Tuhan, iaitu dengan bertafakkur akan tanda-tanda kebesaran ALLAH, dan nikmat yang telah diberikan, serta membiasakan diri dalam berdzikir.
b. Meninggalkan semua yang menyibukkan dari mengingati ALLAH. Yang demikian itu dapat dicapai dengan meninggalkan segala dosa dan bercampur dengan manusia kecuali sebatas keperluan sahaja, iaitu apa-apa yang bila dilakukan akan mendatangkan pahala, dan bila di tinggalkan akan mendatangkan dosa.
c.   Melazimkan diri berada di dalam apa-apa yang dapat mendekatkan diri kepadaNYA. Kesempurnaanya adalah meninggalkan segala yang haram, melakukan segala yang wajib, memperbanyak amalan yang sunnah.


Akhlak dan Budi Pekertinya


            Imam Al-Haddad mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur sebagaimana perkara itu menjadi pujian kepada Rasulullah .  Firman Allah :


وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ 
القلم: ٤  
Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad) mempunyai akhlakyang mulia.


Beliau suka memberi maaf kepada sesiapa yang bersalah, suka menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah kemungkaran, sebagai tanda meneladani penghulu seluruh manusia Rasulullah yang telah bersabda:


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن 
كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
 الأحزاب: ٢١
Sesungguhnya pada rasulullah ( Muhammad ) ada ikutan yang baik bagimu, yaitu bagi orang-orang yang yang mengharapkan ( pahala) Allah dan hari kemudian, serta dia banyak mengingati Allah.


Imam Al-Syili berkata (dalam kitab Al-Masyra’ Al-Rawiy) : Beliau (Imam Al-Haddad) mempunyai sifat lemah-lembut, pemaaf, membalas dengan kebaikan, tidak besifat pendendam, dan bersifat bersih hati kepada orang yang bersikap kasar kepadanya. Dengan demikian beliau menjadi contoh yang baik dalam perkataan dan perbuatannya, dan teladan yang agung dalam akhlak dan budi pekerti Rasulullah . Beliau mempunyai semangat yang tinggi keazaman yang kuat dalam berpegang teguh kepada agama. Beliau seorang yang bersifat pemurah, ringan dalam memberi, sangat menghormati tetamu. Beliau berkata:
 “Sesungguhnya aku ingin berada dalam segala keadaan dimana tiada dalam perasaanku hasad dan dengki kepada seorangpun”.
            Beliau seorang yang bersifat zuhud, dan tidak mengharapkan pemberian dari sesiapapun. Sesorang datang kepada Rasulullah , lalu berkata: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang bila aku lakukan, aku di cintai Allah dan di cintai manusia, Rasulullah bersabda: 

اِزْهَدْ فيِ الدُّنْيَا يُحِبُّكَ اللهُ وَازْهَدْ فِيْمَا فيِ أيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوْكَ
Hidup dalam keadaan zuhud akan dunia, maka Allah sayang kepadamu, dan hidup dalam keadaan zuhud akan apa yang di miliki oleh manusia, maka manusia akan sayang kepadamu.  ( ibnu Majah)


Imam Al-Haddad berkata: “Tiga perkara anugerah dari ALLAH  untuk kami: sedikit dalam kecederungan kepada dunia, sedikit dalam kepedulian kepadanya, dan sedikit dalam ketergantungan kepada manusia”.
Beliau juga berkata: “Harta kami dan apa yang kami miliki adalah untuk kami berikan kepada fakir miskin dan orang-yang memerlukan bantuan”.

            Beliau seorang penyabar, mampu menahan marah, tidak mendendam, pemaaf akan kesalahan orang lain. Beliau berkata: “Adapun kesalahan-kesalahan keatas hak-hak kami kami sudah memaafkan, akan tetapi dosa-dosa keatas hak-hak ALLAH  maka kami tak dapat membiarkannya”.
Beliau juga pernah berkata: “Kami mendengar bahawa ada orang-orang yang makan makanan kami, akan tetapi mereka memaki kami di belakang, kami tidak tersentuh sedikitpun, dan kami tidak marah akan sikap mereka itu, bahkan kami mendoakan mereka .
Gambar Hiasan: The Yemeni ornamental knife - "Jambiya". Gambar Kredit:

            Beliau juga seorang penyantun kepada sesiapa yang tidak sopan kepaanya. Satu hari seorang ayah memberikan kepada anaknya sebilah pisau, lalu berkata: Bawalah pisau ini kepada Al-Haddad (tukang besi), dan katakan kepadanya: ayahku berpesan untuk kamu menajamkan pisau ini. Anak itu tidak mengetahui akan Al-Haddad (tukang besi) itu, yang dia tahu adalah Imam Abdullah yang bergelar Al-Haddad, maka anak itu datang membawa sebilah pisau kepada Imam Al-Haddad, sementara beliau sedang berada dalam majlis, lalu anak itu berkata: ayahku berpesan agar kamu menajamkan pisau ini. Maka Imam Al Haddad mengambil pisau itu, seraya berkata: datanglah kamu esok hari, kamu akan dapati pisau ini sudah diasah dan tajam. Anak itu pun pergi, dan Imam Al-haddad menyuruh salah seorang untuk membawa pisau itu kepada Al-haddad (tukang besi) untuk menajankannya. Oleh kerana yang demikian beliau di kenali sebagai Haddadul Quluub (penajam hati).
  
Ibadahnya

Gambar Kredit: follow-islam.com

            Sejarah menyebutkan bahawa Imam Al-Haddad tidak tidur di waktu malam  untuk beribadah kecuali sedikit sahaja. Yang demikian itu adalah untuk meneladani amalan Rasulullah yang di perintahkan oleh ALLAH untuk tidak tidur di waktu malam kecuali sedikit sahaja. Firman ALLAH  :



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ      قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬

 المزمل: ١ – ٢

Wahai orang yang berselimut ! bangunlah ( untuk solat) pada malam hari kecuali sedikit sahaja.

ALLAH juga telah memuji mereka yang menghidupkan malam dengan ibadah kepadaNya. Firman ALLAH  :


كَانُواْ قَلِيلاً۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَہۡجَعُونَ
 الذّاریَات : ١٧

Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari. Dan ketika waktu sahur mereka meminta ampun.


Imam Al-Haddad berkata: "Kami telah melaksanakan segala sunnah Nabi , dan tiada satu sunnah yang kami tinggalkan”. Sebagai membenarkan akan ucapannya itu, beliau – pada akhir umurnya- memanjangkan rambutnya sehingga bahunya, kerana rambut Rasulullah adalah demikian.



Kewafatannya

Gambar Kredit: Baqavi
            Imam Al-Haddad meninggal dunia pada hari selasa 7 Dzul qi’dah 1132 H. putranya yang bernama Hasan yang merawat beliau ketika sakit. Habib Hasan menceritakan bahawa: Sesungguhnya Imam Al-Haddad dalam sakitnya banyak mengulangi hadis yang terakhir dalam Shahih Al-Bukhari, yaitu: 

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ 
ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ 
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ   


Dua kalimat ringan dilisan, berat di timbangan, di senangi oleh Yang maha Pengasih:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ


Beliau meninggal dunia pada 1/3 malam yang pertama, tak seorang pun yang mengetahui berita kewafatannya kecuali di waktu pagi. Keadaan menjadi sangat memilukan ramai pengikutnya. Berduyun-duyun manusia datang untuk menghadiri pengebumiannya.

Habib Hasan – putranya- dan Habib Omar bin Hamid adalah orang yang menangani pemandiannya. Solat jenazah diimamkan oleh Habib Alwi – putranya- , dan di hadiri oleh lebih kurang dua puluh ribu (20,000) orang. Beliau di kebumikan bersamaan dengan terbenamnya matahari, oleh kerana terlalu ramai manusia yang mengahdiri jenazahnya.

Semoga ALLAH  mencucuri rahmatNYA ke atas Imam Al-Haddad, mengangkat derajatnya, memberikan keberkatan akan peninggalan-peninggalannya. Amein.



Pujian-pujian Ulama’ kepada Imam Al Haddad

Gambar Kredit : Ted Chang

Ramai ulama’-ulama’ yang memuji kepada imam Al-Haddad kerana kedudukannya, baik para ulama’ yang hidup di era beliau atau setelahnya.

Diantara pujian ulama’ di zaman Imam Al-Haddad adalah Salah seoarang guru beliau, yaitu Habib Abdurrahman bin Sheikh Maula ‘Aidid berkata bila menyambut kedatangan Imam Al-Haddad:

 “ مرحبا بسيّد الجماعة” (Selamat datang wahai penghulu kepada sekalian jema’ah). Terkadang menyebut: “ شيخ القبيلة” (Ketua kabilah atau kepala suku), sebagai satu sebutan yang mengandungi penghormatan serta pujian.


Habib Omar bin Abdurrahman Al-Attas berkata: “Seorang Syed Abdullah Al-Haddad adalah merupakan satu Ummah”.

Di riwayatkan bahawa Mufti negeri Syam di zaman Imam Al-Haddad berkata:  “Tiada diatas muka bumi di zaman ini yang lebih ‘alim daripada Abdullah Al-Haddad”.

Murid terulung Imam Al-Haddad yaitu Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi berkata: "Sesungguhnya Imam Al-Haddad telah sampai kedudukan mujtahid (yang layak member ijtihad) dalam ilmu-ilmu islam, iman, dan ehsan. Beliau adalah seorang Mujaddid (pembaharu) ilmu-ilmu ini di zaman ini”.

Adapun pujian para ulama’ setelah Imam Al-Haddad seperti Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi:

       بالفــتح والإرشـاد  والإمــداد *** ثبتت قواعـد شيـخنا الحـداد
       مستجمع السر الذي اتصـفت بـه *** أســـلافه وخليفة الأجـداد

فجمــيع من سلك الـطريقة بعده *** مستصـبحون بنـوره الوقـاد

 
Dengan futuuh (di bukakan pintu-pintu  ilmu), Irsyad ( petunjuk), dan Imdad (kelebihan) adalah tonggak utama akan kaedah-kaedah guru kami Imam Al-haddad
kepada beliau telah terkumpul rahasia dan sifat mulia para salaf, maka beliau adalah khalifah kepada mereka
semua yang berjalan dalam jalan mulia ini setelah beliau, telah mengambil dari sinaran ilmu beliau yang sangat terang

Habib Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri ( semoga Allah merahmatinya) berkata: “Sangat jarang sekali buku-buku di zaman Imam Al Haddad yang tersebar sepertimana tersebarnya tulisan-tulisan dan karangan-karangan Imam Al-Haddad. Karya-karya beliau telah dicetak berulang kali, dan telah di terjemahkan de dalam beberapa bahasa, dan ramai yang telah mengambil manfaat darinya".

Almarhum Sheikh Hasanain Makhluf ( bekas mufti Mesir) berkata mengenai karya Imam Al-Haddad “النصائح الدينية” : “Sesungguhnya beliau (Imam Al Haddad) seorang penulis yang sangat jelas urainnya, tinggi tata bahasanya, teliti pembahsannya di dalam mneyebutkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi, serta kata-kata para ulama’, sehingga dapat menghilangkan prasangka dan keraguan didalam hati dan jiwa daripada segala kesamaran, serta dapat menjadi penawar kepada segala permasalahan, sehingga tidak memberi ruang kepada pembicara untuk berbicara, dan tidak ada jawaban lagi bagi orang yang bertanya”. 

Dr. Mustafa Al-Badawi telah menulis kitab tentang Imam Al-Haddad bertajuk “الإمام الحداد مجدد القرن الثاني عشر” (Imam Al-Haddad pembaharu abad ke 12). Penulis memetik sebuah hadits Rasulullah yang riwayatkan oleh Abu Dawud:

إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
    Sesungguhnya Allah akan mengutus untuk Ummat ini pada setiap seratus tahun seseorang yang memperbaharui agama ini untuk mereka.







[1] Orang pertama yang bergelar Al-Haddad
[2] Bapak Saudara Al-Faqih Al- Muqaddam Muhammad bin Ali
[3] Sohib Mirbath ( yang tinggal di Mirbath- Oman)
[4] Khali’Qasam
[5] Kepada beliau nisbah keluarga Ba’alawi atau dikenal dengan sebutan Alawiyyin.
[6] Al-Muhajir ( berhijrah) bergelar gelaran itu kerana beliau berhirah dari irak ke Hadramaut dan menurunkan dzuryzt di sana.
[7] Al-Roomi
[8] Al-Naqib
[9] Al-‘uraidhi ( nama kawasan berhampiran dengan kota Madinah)
[10]  Buku ini adalah buku pertama yang di tulis oleh Imam Al Haddad
[11] Imam Al-Haddad berkata:  telah berkata sebahagian Ulama’ Al Haramain ketika membaca tulisan ini ( النصائح الدينية) : Buku ini adalah kandungannya sama dengan kitab Ihya’. Imam Al Haddad menjawab: Benar apa yang kamu katakan.
[12] .  buk di tulis untuk memenuhi permintaan Habib Ahmad bin Hasyim, ketika meminta wasiat kepada Imam Al Haddad.
[13] . kandungan buku ini adalah kumpulan kata-kata hikmah. Buku ini telah di syarahkan oleh Al-Muhaddits Muhammad Hayah Al-Sanadi Al-Madani.
[14]  Kumpulan surat-menyurat Imam Al Haddad kepada saudara-saudaranya, dan juga anak muridnya, dan nasehat-nasihat kepada sultan-sultan pada ketika itu.






...