14 January 2014

Rakaman Maulid Akbar 2014



Tausiyah Habib Jindan Bin Jindan



Tausiyah Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered


Tausiyah Ustaz Zulkifli Bin Ismail


Tausiyah Al Ustaz Zainol Asri


Tausiyah Tuan Guru Sheikh Hafiz bin Selamat


Tausiyah Dato' Haji Nooh Bin Gadot





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada 3 Januari 2014 yang lepas, bersamaan dengan Rabiul Awwal 1435 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Maulid Akbar 2014 anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





Belasan (jika tidak puluhan) ribu Pencinta Majlis Ilmu / Rasulullah s.a.w. telah menghadiri Majlis tersebut sejak sebelum asar. Majlis yang awalnya dalam perancangan untuk mengadakan acara perarakan Maulidur Rasul, terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.





Walaubagaimanapon, ini tidak memutuskan semangat hadirin dan hadirat untuk meneruskan Majlis Maulid Akbar kali ini! Ini dibuktikan dengan jawapan survey di facebook yang menyatakan bahawa majoriti yang hadir sangguop meneruskan perarakan walaupun dengan keadaan cuaca hujan lebat. MasyaAllah!




Seterusnya majlis telah bersambung dengan bacaan ratib serta tausiyah ringkas dari ulamak yang ada. Bacaan Maulid telah berlangsung selepas magrib dan jemaah yang hadir bertambah secara berterusan sehingga ke akhir Majlis.









Majlis yang diserikan dengan kehadiran para ulamak yang tidak asing lagi kepada jemaah, dari dalam dan luar negara, telah menambahkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Antara yang istimewa adalah Al Habib Jindan Bin Jindan dari Jakarta, YBhg Dato' Nooh Bin Gadot, Tuan Guru Hafiz Bin Selamat (Yayasan Al Jenderami), Al Ustaz Zainol Asri, serta banyak lagi yang tidak disebut namanya tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada kesemuanya.






Bertemakan "Rasulullah s.a.w. Penyatu Ummah", Majlis Maulid Akbar kali ini ternyata menampilkan sifat positif kesepaduan kita sebagai umat islam. Ini dibuktikan dengan kehadiran jemaah serta ulamak-ulamak yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi dapat mencapai satu objektif yang sama. Alhamdulillah!


Antara yang menarik:

Bendera baru yang memeriahkan Majlis


Tempat Wuduk tambahan dari DBKL
Jemaah dihidangkan Kuew Tiaw Goreng panas
 (dengan keadaan cuaca yang sejuk selepas hujan lebat)



Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir serta yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barakah ini. Majlis tidak akan berjalan tanpa anda semua :) Dan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan, kami ingin meminta maaf dan akan buat yang terbaik untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Semoga semuanya mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa teruskan bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Wassalam


...


























No comments: