Rakaman bacaan Maulid Adh Dhiya ' Ullami
Tausiyah Tetamu : Ustaz Mohd Hazri Hashim
Tausiyah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Wasiat Allah dari Surah Al Hujurat
Dalam Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang berlangsung pada 07.01.2014 yang lalu, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan beberapa ayat daripada surah Al-Hujurat. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah agar mengamalkan:
“Ad- dabaiyyun, Al-istidyan - yakni menyelidiki, mengenal-pasti, mempastikan berita yang sampai kepada kita, yang zaman kita ini sudah tidak banyak diperhatikan ramai orang.
Datang saja ‘sms’ atau ‘whatsapp’ atau melalui emel, terus kita komen di situ!
Al-istidyan ertinya perlu juga kepada kita untuk mengambil berat beritu itu.
Orang yang datang bawa berita tak betul adalah orang fasiq dan sikap kita orang yang terima berita adalah untuk tidak terima bulat-bulat dulu. Ini perlu diamalkan dalam setiap peringkat – keluarga, jiran, persahabatan untuk memastikan berita yang sampai kepada kita adalah benar.
Ambil berita itu dulu, tengok betul atau tidak, kemudian baru kita beritakan sebagaimana yang sampai kepada kita, kalau perlu kepada penglibatan kita untuk ambil tindakan. Jika tidak, buat apa kita nak libatkan diri dengan perkara yang kita tak dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT."
Terdapat enam lagi wasiat penting dan beberapa kisah-kisah teladan yang telah dikongsikan bersama. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila tonton video rakaman di atas.
Alhamdulillah, Majlis Ta'lim kali ini dikunjungi oleh al Ustaz Mohd Hazri Hashim. Antara pesanan beliau adalah:
"Jalan untuk kita mendapatkan rahmat dan kasih-sayang Allah ialah dengan mengikuti dan menteladani Rasulullah SAW. Seumpama timur dan barat, utara dan selatan, semakin kita dekat dengan rahmat Allah, semakin kita jauh daripada maksiat dan kemurkaan Allah."
Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.
No comments:
Post a Comment