28 February 2013

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza Mac 2013




"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang." 
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)


InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan diadakan pada Jumaat ini (1 Mac 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis kali ini akan bermula awal sedikit iaitu pada pukul 9 malam. InsyaAllah akan dihadiri oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

 Bangkitkan perasaan mahabbah, kerinduan & impian untuk bersama Rasulullah S.A.W !!!

Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, diharap jemaah yang hadir dapat mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kami juga menggalakkan agar kereta diletakkan sepertio majlis Maulid Akbar tempoh hari. Cuma kali ini tiada Shuttle sahaja.



Lirik Qasidah "Selawat Iftitah" dan Qasidah "Assalamualaik" 


 Bagi pengguna Smartphone serta Tablet, anda bolehlah download gambar ini (Right Click - Save Picture as - bagi pengguna Windows) untuk rujukan serta boleh menghayati maksud antara qasidah-qasidah yang bakal dibawakan pada malam maulid nanti :) :-













No comments: