23 October 2012

Jemputan ke Majlis berbuka Puasa dan Bacaan Doa Iftar Arafah



Assalamualaikum

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dapat 
menebus dosa setahun yang lalu 
dan setahun yang akan datang..."


Bersempena dengan hari Arafah pada 9 Zulhijjah (Khamis ini), Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput muslimin dan muslimat ke Majlis Berbuka Puasa serta menghidupkan petang hari Arafah / Malam Raya Aidil Adha pada hari Khamis ini, 25 Oktober 2012, bermula pada pukul 5.30 petang di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Bacaan doa akan dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bkar Al Hamid, insyaAllah.

Mari kita bersama-sama meramaikan majlis ini.

Untuk makluman semua, dan seperti yang telah diumumkan pada Majlis Ta'lim yang lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada Jumaat ini ditunda ke minggu yang akan datang.

Diharap info ini dapat disebarkan kepada semua.





...



No comments: