24 February 2012

Majlis Ta'lim 24 Februari 2012

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 234 - 235)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 364)
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 7 - Dari m/s 47 ke m/s 53 - Doa Selepas Solat Sunat Subuh)
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga - ms 80 - Menguburkan Mayit dan Soalan Kubur)


Dalam membahaskan kitab Riyadussolihin di dalam majlis kali ini, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah berpesan kepada jemaah yang hadir bahawa kita hendaklah berasa gembira jika ada tetamu yang hadir, sesuai dengan hadis yang sedang di syarahkan dimana Rasulullah (SAW) sangat gembira dengan ziarah Jibril (AS).




Majlis kali ini dihadiri tetamu jauh dari Palembang, iaitu Habib Umar bin Shahab, pemimpin Rubath Muhibbin. Kedatangan beliau disambut dengan penuh gembira dari jemaah Majlis Ta'lim darul Murtadza.


Di dalam sharahan ringkasnya, Habib Umar Bin Shahab telah menceritakan tentang salah seorang Sahabat Rasulullah (SAW), iaitu Abdullah Ibn Rawahah yang berkaitan dengan kecintaan kepada majlis ilmu.

Untuk mengetahui apakah cerita tersebut dan juga pesanan-pesanan yang lain, sila tonton video-video rakaman di atas.

Semoga kit asemua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan dengan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.

Jumpa anda di sana! :)







...

4 comments:

Anonymous said...

subhanallah..rugi tak dapat datang..

cintailmu89 said...

sebenaqnya ustaz nak tanya semalam tak berkesempatan..

nak tanya bab iddah..
apakah suami juga perlu melalui tempoh iddah dalam keadaan2 tertentu?

terima kasih..

EJ said...

alhamdulillah dapat turut serta majlis ilmu semalam walaupun agak ketinggalan..tapi allah s.w.t. membawa saya ke sana...disebabkan kesesakan jalan minggu lepas..semoga dapat lagi turut di majlis ini minggu2 yang sweterusnya =)

EJ said...

VIDEO 2, 3 ada gangguan audio, bunyi bising...harap maklum