06 February 2012

Rakaman Tausiyah Majlis Maulid Darul Murtadza & Masjid Alfalah 3 Februari 2012



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan limpah nikmat dan kurnianya, Majlis Maulid Darul Murtadza, dengan kerjasama Masjid Al Falah USJ9, telah berjalan dengan lancar pada 3 Februari 2012.



Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah AlHabib Sholeh bin Muhammad Al Jufri (pemimpin Pasentran darul Mustofa, Solo, Indonesia), Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat (Pemimpin yayasan Al Jenderami), Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid dan Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid (Mudir Madrasah At-Tazkiyah, Cawangan Darul Mustofa, Kuala Lumpur).



Pada pukul 6.30pm, majlis dimulakan dengan bacaan Wirdul Latif yang di pimpin oleh Ustaz Azian (Masjid Al Falah) dan disertai dengan Tausiyah dari Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid.

Sejurus selepas solat Magrib, Bacaan Maulid Adhiaulami' telah dibaca bersama-sama dan diikuti oleh tausiyah dari Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, dan Habib Sholeh Bin Muhammad Al Jufri.

Kami dari pihak pengurusan Darul Murtadza ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu-tetamu terhormat yang hadir dan juga kepada semua jemaah yang bersama-sama menjayakan majlis yang penuh barakah ini.

Semoga Allah sentiasa memilih kita dan orang-orang di sekeliling kita untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis seumpama ini.

Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan, dalam Majlis Ta'lim seperti biasa, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.






...

No comments: