26 November 2011

Majlis Ta'lim 25 November 2011



Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid bersama tetamu, Habib Ali Al Haddad
Majlis Ta'lim pada 25 November 2011 dimulakan dengan ucapan dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 1433 Hijrah dan diikuti dengan Doa. 


Habib Ali Al Haddad

Majlis juga diserikan lagi dengan kedatangan tetamu istimewa yang berasal dari Seiyun, Yaman, al Habib Ali Al Haddad yang kini giat dengan kegiatan dakwahnya di Indonesia. Beliau adalah wakil dari Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustofa, Yaman) yang dihantar ke Indonesia.

Kesabaran beliau untuk meninggalkan kampung halamannya sendiri menunjukkan misi dakwah ini adalah lebih didahulukan dari apa saja. Kesungguhannya terbukti apabila beliau faham dan boleh bertutur dalam bahasa Indonesia kerana telah lama berdakwah di sana supaya sesuai dengan bahasa tempatan yang mudah untuk difahami.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah memberikan ruang kepada Habib Ali Al Haddad untuk memberikan Tausiyah ringkas di akhir majlis Ta'lim. Di dalam tausiyah beliau, yang bertemakan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad (SAW), beliau menceritakan beberapa peristiwa yang menarik yang telah berlaku serta apa teladan yang perlu kita hayati.

Untuk mengetahui apakah mutiara-mutiara yang terkandung di dalam tausiyah beliau, sila "play" rakaman Majlis Ta'lim di atas.

Sesi Bersalaman dengan Habaib

Habib Ali Al Haddad bersama Pelajar-pelajar Majlis Ta'lim Darul Murtadza
 
Selain daripada itu, Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah mengedarkan Buletin Darul Murtadza Bil 002 Jilid 002.

Bersempena dengan Maal Hijrah 1433 juga, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah merasmikan laman web baru / Alamat Laman Web yang baru. Kini, pengunjung boleh melayari laman web kami di:-

www.DarulMurtadza.com

Kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Segala sokongan dan komen kami terima dengan positif dan kami hargai kesemuanya.


Sehingga berjumpa lagi di Majlis Ta'lim minggu hadapan, di hari dan waktu yang sama, InsyaAllah.








...

    No comments: