17 November 2013

Kepulangan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dari Ibadah Haji




Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza menyambut kepulangan Guru yang dihormati, disayangi dan dirindui, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, daripada ibadah Haji. Walaupun baru sahaja pulang, wajah beliau disinari dengan cahaya senyuman, semangat, dan kasih sayang kepada semua Jemaah yang hadir.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 
disambut oleh Jemaah Darul Murtadza


Setelah disambut dengan Qasidah Tola'al Badru oleh jemaah, dalam ucapan pembukaannya, Al Habib menyatakan:-




Di setiap tempat dan perjalanan dalam manasik haji, saya bawa bersama dengan saya di setiap perjalanan, niat dan hajat, harapan, doa daripada jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama dengan saya.

Harapan moga-moga apa yang menjadi harapan dan juga doa serta hajat setiap jemaah yang sentiasa hadir di Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang diketahui oleh yang maha mengetahui akan diterima dan juga dikabulkan serta diberikan oleh Allah, melebihi lebih daripada apa yang mereka hajatkan pada Allah S.W.T.

Sesungguhnya Allah adalah maha pemberi dan maha pemurah... bilamana memberi, tidak peduli, sebanyak dan sebesar apa yang diminta oleh hamba tersebut kepada Allah S.W.T.


Allah berfirman, dalam hadis Qudsi: Sesungguhnya kesemua makhluk yang terdahulu, yang akan datang, daripada Jin, dan juga Manusia, berhimpun di satu padang, kemudian meminta kepada Allah S.W.T, sesuai dengan apa yang mereka minta pada Allah,  "Aku akan bagi" kata Allah, setiap masing-masing permintaannya itu "tidak kurang daripada kekayaan Aku melainkan seperti kurangnya Air Lautan bilamana dimasukkan secucuk jarum sahaja, lalu diangkat balik jarum itu daripada lautan yang terbentang luas..maka tidak kurang daripada kekayaan Allah, sebanyak mana manusia meminta , sebesar apa yang diminta oleh manusia"...

Saya bawa semua hajat-hajat dan permintaan, harapan, jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal ini, moga-moga Allah S.W.T perkenan dan kabulkan insyaAllah.




Seperti yang juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang anjuran itu dimulai dengan keberkatan yang beliau berikan, adalah;

"Ya Allah, Ampunkan dosa orang yang pergi ke Haji, dan ampunkan dosa, orang yang dimintakan ampun oleh orang yang pergi ke Haji"

Jadi Orang yang pergi Haji diampunkan dosanya, dengan doa Rasulallah s.a.w.

Dan orang yang dimintakan ampun oleh orang yang pergi ke Haji, pun diampunkan juga oleh Allah dengan doa Rasulallah s.a.w.

Maka dalam hal ini kebiasaan para salaf bilamana ada orang datang pergi daripada Haji, maka mereka akan meminta agar supaya berdoa kepada Allah dengan doa keampunan...





Maka kita bersama-sama, berdoa, agar supaya Allah S.W.T. mengampunkan dosa kita semua, menghapuskan segala kesilapan, daripada dosa yang besar, dosa yang kecil, kesilapan yang nampak, kesilapan yang tidak nampak, dihapuskan dan dibersihkan daripada kitab kita yang menjadi catitan amal perbuatan kita dan setiap tempat yang dahulunya menjadi tulisan dosa, moga-moga Allah hapuskan dan digantikan dengan kebaikan oleh Allah S.W.T.

Dan Moga-moga Allah S.W.T. menjaga kita, daripada berbuat dosa, daripada berbuat silap, sentiasa dibimbing oleh Allah S.W.T., ditambahkan kita punya iman oleh Allah S.W.T., diangkat darjat kita di sisi ALlah S.W.T., dan kita digolongkan dalam golongan orang-orang yang soleh, dan bertakwa, yang berzikir, yang mendapatkan anugerah dari Allah S.W.T. dengan kesempurnaan iman, kesempurnaan keyakinan, dan kesempurnaan di dalam memahami warisan Nabi Muhammad s.a.w.


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah meengakhiri ucapan beliau dengan doa.












No comments: