12 June 2013

Rakaman Majlis Maulid Jun 2013


Rakaman Bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)











Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dari London, UK (LIVE)


Tausiyah Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid (Terjemahan Ustaz Asyraf - Madrasah Tazkiyah)







Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 7 Jun 2013 telah berjalan dengan lancar pada Jumaat lepas. 

Gambar menunjukkan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang online menerusi Skype dari Bilik Mesyuarat Education Malaysia, London, UK. Ucapan serta Tausiyah Ringkas Al Habib telah disiarkan secara langsung ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Setiawangsa, KL. Jazakallah Khairan Kathiran kepada pihak Education Malaysia untuk menjayakan program ini. 





Kehadiran Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang walaupun jauh di Benua Eropah, telah sedikit sebanyak mengubati Rindu Jemaah yang pada kebiasaannya berjumpa setiap minggu.

Kesungguhan seorang Guru untuk hadir dalam setiap Majlis mingguannya dapat memberikan motivasi kepada jemaah untuk terus istiqomah hadir! (Jika Habib pon bersungguh untuk hadir, apatah lagi kita?)




Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid telah menyampaikan pesanan yang amat penting tentang ilmu yang diperolehi dari peristiwa Isra' dan Mikraj. Penyampaiannya dalam bahasa arab telah diterjemah oleh Al Ustaz Ashraf dari Madrasah Tazkiyah.





Terima Kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga kita dapat duduk bersama setiap minggu untuk mendapat hidangan ilmu serta RahmatNya.











No comments: