10 December 2012

Primier Filem Berkisar tentang Jelajah Dakwah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz




Assalamualaikum

Islamic & Strategies Studies Institute (ISSI) dengan sukacitanya akan menganjurkan Tayangan Primier Filem yang berkisar tentang Jelajah Dakwah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

Di dalam sesi premier filem tersebut, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza serta Sidi Fuad Nahdi, dari Radical Middle Way, UK akan memberikan komentar.  

Premier filem ini akan ditayangkan di tempat dan tarikh-tarikh berikut:-

"Kuala Lumpur Primiere"

Tarikh: 5 Januari 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium, Islamic Arts Museum, Kuala Lumpur 
GPS Koordinat: 3.142972,101.689482
Tiket: RM75

"IIUM Charaty Show"

Tarikh: 6 Januari 2013
Hari: Ahad
Tempat: Main Auditorium, International Islamic University Malaysia (IIUM/UIA), Gombak
GPS Koordinat: 3.257064,101.733343
Tiket: RM25

Tentang Filem ini



"1 Kota yang hebat, 2 Tradisi yang diberkati, 

Terbongkarnya Rahsia, dan Sejarah diingati semula..."


Pada bulan Mac 2011, satu persidangan ulama Islam telah dianjurkan di bandar purba Fez, Maghribi (Morocco) dengan objektif mencari harapan dan wawasan baru bagi masa depan dunia Islam.

Antara peserta antarabangsa yang hadir dalam sidang kemuncak bersejarah yang dipengerusikan oleh Shaykh Abdallah Bin Bayyah ini adalah Habib Umar bin Hafiz, seorang ulama yang terkenal dan pengasas Darul Mustafa di Tarim, Yaman.

Ia adalah lawatan pertama Habib Umar ke Maghribi. Filem ini telah merakamkan kisah perjalanan beliau di kota Fez yang dihiasi dengan kerohanian, pengetahuan serta sejarah. Antara yang menarik adalah "scenary" Habib Umar bin Hafiz di laluan-laluan Universiti Qarawiyyin, busling souk streets, sanktuari pergunungan Moulay Idris dan banyak lagi.

Rahsia-rahsia kota bersejarah serta nilai-nilai Islam dikongsi bersama oleh Habib Umar bin Hafiz di dalam filem ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di sesi premiernya! :)


Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:-

Nordin Md Yunus (019-380-6616)
Amran Che Noh (019-272-2946)
Rasmuna Mazwan (012-274-0644)
Pejabat ISSI (03-6274-1551)




:)


No comments: