01 June 2012

Majlis Ta'lim 25 Mei 2012 & Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza (Jun 2012)

Assalamualaikum wbt.

Bahagian 1


Bahagian 2




Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz B Jabal, Setiawangsa

 Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran- Ayat 253 - 254
    Ayat yang Allah turunkan supaya manusia berfikir menggunakan akal, mengenai Nabi yang tak disebutkan namanya dan tak disebutkan kelebihan serta kedudukan yang dikurniakan kepadanya. Itulah Nabi Muhammad, Nabi yang membawa ajaran wasatiyyah (pertengahan), menjadi pelengkap kepada ajaran Nabi Musa (yang diikuti agama Yahudi) & Nabi 'Isa (yang diikuti agama Nasrani). Isyarat tersebut adalah melalui tertib yang disebutkan dalam ayat.

  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
    Hadis ke 385 - 387 - Tanda-tanda Kecintaan Allah Kepada Seseorang Hamba Dan Anjuran Untuk Berakhlak Sedemikian Serta Berusaha Menghasilkannya.Antara tanda-tanda orang yang mendapat kasih-sayang Allah Ta'ala:
    1. Mengikut kepada Rasulullah dalam seluruh kehidupannya
    2. Merendah diri/tawadhu' kepada orang-orang yang beriman
    3. Bersikap keras/tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam
    4. Berjihad di jalan Allah
    5. Mengasihi orang lain kerana Allah
    6. Menziarahi sahabatnya kerana Allah
    7. Duduk di dalam sebuah majlis semata-mata kerana Allah
    8. Saling memberi antara satu sama lain kerana Allah
    9. Orang yang diuji oleh Allah dengan musibah
    10. Orang yand diilhamkan oleh Allah untuk berbuat kebaikan
  3.  
  4. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - muka surat 67 - 69
  5. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan karangan Imam Habib Abdullah al Haddad- Muka surat 89-92

Majlis Ta'lim ini akan disambung semula pada Juma'at minggu hadapan selepas Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza hari ini (setiap Jum'at minggu pertama).
"Bukankah para Malaikat juga turut hadir memeriahkan serta mendoakan kepada setiap yang hadir di Majlis-majlis zikir / ilmu seperti ini?"
Jadi, marilah kita sama-sama mengajak kenalan tidak kira usia, bangsa, agama untuk lebih memeriahkan lagi Majlis Maulid kali ini. Jom, jumpa di sana! :)

Kenangan Majlis Maulid yang lepas:
http://www.darulmurtadza.com/2012/04/maulid-bulanan-majlis-talim-darul.html



No comments: