19 May 2012

Majlis Ta'lim 18 Mei 2012

Assalamualaikum

Bahagian 1

Bahagian 2

Sesi Soal Jawab



Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-


  1. Tafsir AlQuran- Ayat 250 - 252
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
    Hadis ke 378 - 384 - Keutamaan mencintai kerana Allah dan menganjurkan sikap sedemikian, juga memberitahukannya seseorang kepada orang yang dicintainya bahawa ia mencintainya dan apa yang diucapkan oleh orang yang diberitahu sedemikian itu.
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - muka surat 65 - 67 
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad- Muka surat 88 - 89


Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini telah dihadiri oleh seorang lagi tetamu yang istimewa. Beliau adalah Habib Muhammad bin Soleh Al Attas

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, dalam ucapan alu-aluannya telah memperkenalkan secara ringkas tentang Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas. Beliau adalah pemimpin dari Sebuah Sekolah di Huraidhah, Hadramaut, Yaman. Ramai daripada pelajar-pelajarnya, daripada Malaysia, Indonesia serta pelbagai negara yang berdekatan dengan bandar Huraidhah. Beliau juga adalah antara individu yang berhubung rapat dengan Habib Umar Bin Hafidz

Dalam tausiyah ringkasnya, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas, telah menerangkan antara kepentingan ilmu, kemuliaan Majlis-majlis ilmu serta pesanan-pesanan yang menyentuh jiwa jemaah lantas memberikan motivasi kepada kita semua untuk terus beribadat demi Allah S.W.T. Dengarkan segala pesanan beliau di dalam rakaman Majlis Ta'lim di atas di Bahagian 2, minit ke 13.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersama Tetamu Istimewa, Habib Muhammad Bin Soleh Al Attas


Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dihadiri oleh semua Lapisan Masyarakat

Terima Kasih diucapkan kepada yang telah hadir dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Segala usaha anda dalam membantu kami memakmurkan lagi Majlis Ilmu ini amat kami hargai. 

Untuk makluman semua, Majlis Ta'lim Darul Murtadza terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tak kira umur, bangsa, agama. Ya, untuk yang "non-muslim" juga. Marilah kita sama-sama mengajak semua kenalan, jiran serta keluarga untuk menghadiri Majlis Ilmu yang penuh barakah ini. 

Kongsikan maklumat tentang Majlis Ilmu di Facebook, Twitter, Blog serta semua medium. "Small Deeds" atau usaha-usaha yang kecil ini akan diganjarkan olehNya, insyaAllah.

Sesi Bersalaman antara jemaah serta para Habaaib selepas selesai Majlis Ta'lim

Antara yang hadir, menikmati Jamuan Ringan selepas Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat hadapan.

Jumpa disana! :)





...

2 comments:

si perdana said...

Salam,
Kalau boleh, mohon di uploadkan rakaman video pengajian di youtube.
USTREAM ni, akan paparkan iklan selang seli dengan video rakaman(hanya kpd user biasa yang tak berdaftar dengan ustream). Terganggu mood bila diganggu dengan iklan yg tak berapa comel tu :)

Majlis Ta'lim Darul Murtadza said...

Wa Alaikum Salam Warahmatullah Wabarakatuh.

Terima Kasih atas cadangan yang diberikan. Kami akan usahakan sebaik mungkin, insyaAllah.

Jazakallah Khair.