03 March 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza pada 2 Mac 2012




Alhamdulillah,

Pada 2 Mac 2012, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan Majlis Maulid Bulanan yang pertama di lokasi baru, Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.


Sebagai pengenalan Majlis Maulid yang pertama diadakan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sempat mengucapkan ucapan pendahuluan yang mana di dalam ucapannya, beliau berkata:-

"Sebagaimana kebiasaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, pada setiap bulan minggu pertama, kita mengadakan Majlis Maulid Bulanan Nabi Muhammad S.A.W."

"Dan pada acara itu, akan dibuka satu kitab sirah Nabi Muhammad S.A.W. seperti Maulid itu adalah menceritakan sirah Nabi, maka diisikan pengisian Majlis Maulid itu dengan sirah Rasulullah S.A.W."

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid juga memberi peringatan kepada jemaah:-

"Kita hari ini, amat bertuah, kerana dihadiri ramai daripada orang-orang tua kita, yang kita mengharapkan daripada mereka, dengan kehadirannya itu akan lebih membawa Rahmat & Barokah dari Allah SWT. "

"Bahagian daripada mengagungkan Allah dan Baginda Rasulallah SAW, adalah menghormati orang-orang tua"



Antara tetamu yang hadir dan dihormati adalah Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu, Habib Abd Rahman Al Haddad, serta tetamu-tetamu yang lain yang tidak disebut namanya, tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada mereka.



Alhamdulillah, Majlis Maulid bulanan yang pertama di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, telah berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan penambahan jemaah yang semakin ramai dan mencecah ribuan hadirin dan hadirat.



Walau bagaimanapun, kami ingin meminta maaf atas kesilapan audio di dalam rakaman ini dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan proses penambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Kumpulan Hadrah Majlis Maulid darul Murtadza. Turut serta dalam Majlis Maulid adalah dari kumpulan AlMawlid


Sekali lagi terima kasih kepada yang hadir dalam majlis yang telah berlangsung semalam. Kami amat hargai sokongan anda semua.

Kita berjumpa lagi dalam Majlis Ta'lim seterusnya seperti biasa, setiap Jumaat, 9.15pm, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa :)







...

2 comments:

Anonymous said...

Insyaallah,
ana akan hadir disetiap majlis...

Anonymous said...

Alhamdulillah.. :)