25 March 2012
The Globalization Challenges for Knowledge Seekers
Assalamualaikum
Anda semua dijemput hadir dalam Sesi Istimewa bersama Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdul rahman Al Jufri. Ceramahnya di dalam Bahasa Arab akan diterjemahkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di dalam bahasa melayu.
Maklumat tentang Majlis:-
Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00am - 11.00am
Tempat: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak
Jumpa anda di sana!
...
23 March 2012
Majlis Ta'lim 23 Mac 2012
Bahagian 1
Bahagian 2
Assalamualaikum
Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-
- Tafsir AlQuran
- Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
- Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
- Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad
![]() |
| Penyediaan menu khas pada Majlis Ta'lim kali ini... (Aqikah) |
Semoga kita semua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.
Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana! :)
...
21 March 2012
Berbakti Kepada Insan Tersayang
Siapa yang dikatakan Insan Tersayang tersebut? Tidak lain adalah kedua orang tua kita yang memerah keringat sepenuh jiwa raga mereka semata-mata ingin melihat anak-anak mereka membesar dengan sempurna menjadi insan yang patuh serta taat kepada perintah Tuhannya dan mencintai Rasulnya. Penat lelah si ayah bekerja sehari suntuk tidak lain ingin mencari nafkah buat keluarganya agar mendapat keperluan secukupnya, manakala si ibu pula sanggup menggadaikan nyawanya takkala ingin melahirkan kita. Segala keluh kesah yang di alami mereka terubat takkala melihat kesucian wajah bayi yang baru dilahirkan dan disambut dengan penuh kasih sayang dan tanda syukur pada yang Maha Esa.
Jadi, berbaktilah kepada kedua orang tua...
Allah SWT telah mewahyukan,:
"Sembahlah Allah dan janganlah kau mempersekutukan Nya dengan apa pun juga. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua." (surah An-Nisa',4:36)
"Dan Kami telah memerintahkan manusia (untuk berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah lemah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kau kembali. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kau mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik." (surah Luqman,31:14-15)
Allah SWT memerintahkan seorang anak untuk memperlakukan kedua orang tuanya dengan baik meskipun mereka mengajak untuk berbuat syirik.
Para ulama' juga ada menceritakan, bahawa ada seorang lelaki diperintahkan oleh ibunya untuk mengambil air minuman. Setelah ia datang membawa air minuman, tenyata ibunya tertidur. Ia lalu berdiri di kedinginan malam hingga subuh. Setelah ibunya bangun, ia segera memberikan air minuman tersebut. Sewaktu menyerahkan gelas air minum tersebut, sebahagian kulit tangannya terkelupas dan tertampal pada gelas minuman kerana kedinginan udara pada waktu malam. Perhatikan adab lelaki ini. Ia merasa tidak sedap hati untuk membangunkan ibunya, sebaliknya dia juga tidak mahu tidur kerana takut ibunya bangun dalam keadaan memerlukan air minuman.
Bagaimana seseorang tidak menghormati orang yang lebih tua, sedangkan Nabi SAW telah bersabda:
Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua.
(HR Tirmizi dan Ahmad)
Wallahu a'lam.
** Rujukan kitab kelas mingguan Majlis Ta'lim Darul Murtadza (16.3.2012)
Surah Al Baqarah, ayat 237
Bab 45, Hadis ke-371
Berziarah kepada para ahli kebaikan, duduk-duduk dengan mereka, mengawani mereka, mencintai mereka supaya berziarah- ke tempat kita, meminta doa dari mereka serta berziarah ke tempat-tempat yang utama.
Muka Surat 54, Adab-adab masuk ke dalam Masjid
Muka Surat 80, Menguburkan mayit dan soalan kubur.

17 March 2012
Ziarah ke kota Solo, Indonesia
*Tunggu kemunculan video penuh dimana menceritakan detik-detik manis ketika berada di kota solo, Indonesia (:
Rombongan dari Malaysia dianggotai oleh jemaah Darul Murtadza dan jemaah dari Yayasan Al Jenderami sempena menyambut Haul Habib Ali Al Habsyi yang ke-100 tahun dan sambutan Maulidul Rasul SAW. Pengalaman yang luar biasa dapat dirasai oleh jemaah Malaysia dikala melihat ratusan ribu manusia membanjiri Masjid Riyadh, kota Solo, ketika majlis haul dijalankan dan keterujaan makin dirasai semasa mendengar alunan qasidah yang sungguh merdu dan penyampaian tausiah yakni kata-kata mutiara yang disampaikan oleh para alim ulama' membawa kepada keinsafan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
*Suasana sambutan Majlis Haul sekitar jam 5.30 pagi
*Habib Ali Al Habsyi dikenal masyarakat terutama kerana buku maulid Simtud Durar yang ditulisnya kurang lebih 100 tahun yang lalu di sebuah kota kecil yang bernama Seiwun di Hadhramaut, Yaman. Buku ini kemudiannya tersebar dengan pesat ke pelbagai negara di jazirah Arab, Afrika dan asia dan kini telah mencapai benua Eropah, Amerika dan pelbagai belahan bumi lainnya.
Teringat kata-kata Drs. Husein Anis Al Habsyi, dalam kitab 'Biografi Habib Ali Al Habsyi':
Wahai anak-anak sekalian, jika kalian mahu berusaha dengan sungguh-sungguh, maka kesempatan masih terbuka. Adapun kami yang telah tua ini tidak memiliki kemampuan untuk menelaah buku lagi. Kedua mata kami sudah tidak mampu lagi untuk melakukan itu, meskipun kami sangat menginginkannya.
Sebagaimana dikatakan oleh al-Bushiri:
Kapan hatiku lurus
kalau jasadku bengkok
kerana dosa dan penyelewengan
Aku tertidur di masa mudaku
Dan terbangun setelah beruban rambutku
Tak henti-hentinya kuikuti
jejak orang-orang suci,
namun jarak yang memisahkan jauh sekali
Ku ingin bertaubat sungguh-sungguh
Namun kemunafikan bercokol di hatiku
dan riya' di lisan ku.
Kata-kata yang ringkas penuh hikmah dan makna. Moga-moga ia memberi manfaat buat kita semua. Amin
14 March 2012
Keistimewaan Ulamak
"Dahulu dikatakan bahawasanya jika seorang itu seorang alim itu datang, bagaikan Setiap tanah ini akan hidup dengan turunnya air hujan…"
"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "
- Habib Ali Zaenal Abidin b Abu Bakar Al Hamid
Jangan lupa temujanji kita di Majlis Ta'lim Darul Murtadza,
Setiap Jumaat, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa....
Jumpa anda di sana :)
...
13 March 2012
Live Streaming Jumaat ini (16 Mac 2012)
Assalamualaikum
Kami ingin mengumumkan bahawa livestreaming Majlis Ta'lim Darul Murtadza (MTDM) pada Jumaat ini akan berlangsung seperti biasa.
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab kesulitan teknikal yang tidak dapat dielakkan, Livestream MTDM mungkin akan berpindah dari "USTREAM.tv" ke "Livestream.com".
Untuk menonton majlis Ta'lim Darul Murtadza pada minggu ini, anda boleh ke page Livestream kami seperti biasa:-
atau ke Website Livestream.com kami yang baru:-
segala kesulitan amat dikesali.
![]() |
| Mari Sertai kami!! |
Walaupun demikian, Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa tetap diadakan pada hari, waktu dan tempat yang sama, insyaAllah. Jika berpeluang dan tiada halangan, marilah kita hadiri Majlis ini kerana suasananya jauh berbeza.
Jadi, jangan lupa temujanji kita Jumaat ini,
Jumpa anda disana (atau disini :) )
...
10 March 2012
Majlis Ta'lim 9 Mac 2012
Assalamualaikum
Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-
- Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 235 - 236)
- Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 365 - 369)
- Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 7 - Dari m/s 53 ke m/s 54 - Jawapan Azan dan Iqamat)
- Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga - ms 80 - 82 Menguburkan Mayit dan Soalan Kubur)
Semoga kita semua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.
Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana! :)
Bagaimana status "Meter Cinta" anda?
![]() |
| Antara Jemaah yang hadir dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza 9 Mac 2012 |
![]() |
| Jemaah yang semakin bertambah, telah menambahkan semangat kami untuk berkhidmat di Majlis Ta'lim Darul Murtadza |
![]() |
| Jamuan Ringan yang disediakan seusai majlis ta'lim... |
Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana! :)
...
Subscribe to:
Posts (Atom)