Showing posts with label kisah dan hikmah. Show all posts
Showing posts with label kisah dan hikmah. Show all posts

19 March 2014

Al Muhaddis Syeikh Mustafa al Nadwi - Siapakah Tokoh Ilmuan ini?

Al Muhaddis Syeikh Mustafa al Nadwi



Keturunan dan keluarga

Beliau dilahirkan di kampung Sanbakht, Aga, Mansurah Mesir pada 27 Ramadan 1374 Hijrah bersamaan 19 Mei 1955. Bapa beliau Syeikh  Said Badawi Ahmad Sulaiman merupakan salah seorang daripada ulama qiraat dan ilmu-ilmu yang lain di kampungnya. Syeikh Said Badawi juga merupakan syeikh tarikat al-Qahwajiah al-Syazuliah. Nasab keturunan beliau bersambung dengan Nabi Muhammad s.a.w melalui cucu baginda Saidina Husin.Syeikh Mustafa dilahirkan dalam keluarga yang sibuk dengan Al-Quran, ilmu,ibadah dan zikir. Meraikan para Qurra’ dan penuntut-penuntut ilmu dan menjadi khadam kepada setiap orang yang hadir ke rumah mereka.



 Syeikh Mustafa mempunyai 4 orang adik beradik lelaki dan beliau merupakan anak bongsu. Abang sulung beliau Syeikh Abdul  Malik telah mewarisi ayahnya berkhidmat untuk Al-Quran dan tarikat sofi mengikut manhaj Al-Quran dan al-sunnah sehingga beliau wafat pada bulan Oktober 1992. Abang beliau yang kedua Muhammad merupakan seorang jurutera. Beliau telah menyertai askar Mesir dan wafat dalam peperangan Tahrir pada Oktober  1973. Abang beliau yang ketiga Ahmad Mubarak juga merupakan khadam Al-quran dan ilmu suluk. Beliau bertugas sebagai pegawai di Institut Kebajikan Mansurah.

Pendidikan

Syeikh Mustafa telah mengahafal Al-Quran dan matan-matan ilmu sejak kecil lagi di bawah bimbingan bapa dan abang sulungnya. Antara matan-matan yang dihafal oleh beliau: Matan Jazariah dan tuhfatul Atfal (Ilmu Tajwid),  matan Ajurumiah, Alfiah Ibnu Malik dan Lamiatul Afa’l (Ilmu Nahu dan Sarf), Matan Jauharah (Ilmu Tauhid) matan Abi Syuja’ (Feqah) dan beberapa matan Qiraat.



Ketika remaja Syeikh Mustafa tela memasuki sekolah sains dan mempelajari pelbagai ilmu sains tulen seperti kimia, fizik dan lain-lain. Kemudian beliau telah melanjutkan pengajiannya di kuliah perubatan Universiti Al-Asriah dan telah mendapat keputusan cemerlang. Di samping itu beliau telah mendalami  kitab-kitab feqh syafie, tasawuf dan ilmu-ilmu lain di bawah bimbingan ayah dan abang sulungnya.

Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’


Kecintaan beliau terhadap agama telah menyebabkan beliau tidak memilih kerjaya seorang doktor, sebaliknya terus mendalami ilmu agama sehinggalah Allah memberikan beliau peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama’. Di sini beliau telah memasuki kuliah Bahasa Arab dan mmperolehi keputusan cemerlang.

Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi,
Guru kepada Syeikh Mustafa al Nadwi 


Kemudian, beliau telah mengambil jurusan Usuludin dan Dakwah dan mendapat keputusan yang cemerlang.  Setelah itu beliau telah mempelajari  dan menguasai seluruh ilmu di Ma’had A’li Li Dakwah wal Fikri sehingga menjadi anak murid kebanggaan Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadawi. Beliau telah dicalonkan oleh Syeikh Al-Nadawi untuk  mengambil PHD di Darul Nadwah dan diberikan gelaran “Seorang yang mempunyai kealiman yang sempurana dalam Ilmu hadis”

Beliau telah diberikan ijazah dan sanad dalam pelbagai bidang ilmu oleh ulama-ulama besar Hindi, Pakistan dan Bangladesh seperti Maulana Al-kandahlawi, A’llamah Habibul Rahman Al-A’zomi, Syeikh Sodiq Ahmad Al-Nadawi dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Al-Nadawi telah memberikan pengiktirafan kepada beliau dengan memakaikan serban kepunyaannya dan memberikan ijazah ilmu suluk dan tarbiah kepada beliau.

Beliau juga telah diberikan ijazah dan sanad dari ulama-ulama besar Al-Azhar, Ulama-ulama’ Maghribi, Syam, Hijaz, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.


Tetamu di Majlis Ta'lim Darul Murtadza




InsyaAllah, Al Muhaddis Syeikh Mustafa al Nadwi dirancangkan untuk hadir bersama kita di Majlis Ta'lim Darul Murtadza Kuala Lumpur pada Jumaat ini, 21 Mac 2014. Marilah kita sama-sama berdoa agar perancangan ini dipermudahkan olehNya seterusnya memberikan manfaat yang tak terhingga kepada kita semua.

Mari sebarkan maklumat ini dan semoga usaha kecil kita ini mendapat pandangan rahmatNya - Amin



...

14 October 2013

Tafsir Surah Al Kahfi Ayat 28 - 38



Assalamualaikum. Mari ambil manfaat dari tafsir surah Al Kahfi ayat 28 - 38 oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

16 September 2013

Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa - Al Fatihah (1973 - 2013)



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik. 
(HR. Muslim)


Al Habib Munzir Bin Fuad AlMusawa - Perginya Seorang Tokoh

Tanggal 15 September 2013, kita telah kehilangan seorang pemimpin Agama dan Pecinta Rasulullah  yang dihormati di Nusantara ini. Beliau adalah tidak asing lagi, Al Habib Munzir Bin Fuad Bin AbdurRahman Al-Musawa

Antara biografi beliau untuk mengenali dengan lebih lanjut:-

Biografi Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa




Pengumuman Penting

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan menganjurkan solat ghaib & bacaan tahlil untuk Al-Habib Munzir Fuad Al-Musawa (Pemimpin Majelis Rasulullah S.A.W Jakarta)

Tarikh : 16/09/13
Hari : Isnin
Masa : Sejurus selepas solat Asar 
Lokasi : Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa, KL. 

Marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah kepada beliau. 





...

15 August 2013

Berdoalah untuk Saudara kita di Timur dan di Barat...




أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ

 صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ



Aslahallahu Umural Muslimin, Sarafallahu Sharral Mu'zin

Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu

Mari kita membaca doa di atas 10 kali sehari khususnya buat saudara kita di Syria, Mesir, Gaza serta mana mana saja di timur dan di barat....


Bahagian daripada tanggungjawab orang islam adalah mengambil berat pasal mereka:-

"Barangsiapa tidak mengambil berat pasal hal orang Islam, adalah bukan daripada golongan orang Islam."



Yakni, tidak sempurna Islamnya...

Wa li haza, masing-masing (Bukan hanya di sini sahaja), bila mana balik rumah, solat malam, atau solat selepas solat, solat apa saja, doa kepada Allah S.W.T. Moga-moga Allah S.W.T. angkat bala dan bencana perselisihan daripada kaum Muslimin, di Timur dan di Barat.

Doa kamu semua akan menjadi saham kepada Allah yang disimpan... bahawasanya Anda mengambil berat akan hal orang-orang Islam.

InsyaAllah kita berdoa kepada Allah S.W.T. untuk kaum Muslimin yang khususnya di Syria, dan juga di mana-mana tempat (termasuk Gaza, dan Asia) di timur dan di barat, di angkat oleh Allah S.W.T. bala dan perselisihan, dan disatukan hati mereka InsyaAllah.

Mutiara Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, Majlis Ta'lim Darul Murtadza, 25 Januari 2013.




...

03 July 2013

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan :)








يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah ; 183)



يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعاً مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخُصْلَةٍ مِنَ الخَيْرِكَانَ كَمْنَ أَدَّى فَرِيضَةً فِيما سِوَاهُ،

 وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أدَّى سَبْعِيْنَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، والصَّبْرُ ثَوَابُهُ الجَنَّةُ، وَشَهْرُ المُوَاسَاةِ وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِماً كَانَ مَغْفِرَةً لِذنُوبِهِ، وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ،

 قَالُوْا: لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفْطِرُ الصَّائِمَ ؟!،


 فَقَالَ رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 

"يُعْطِي اللهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِماً عَلَى تَمْرَةٍ ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوْكِهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ ،

 وَاسْتَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ ، خَصْلَتَيْنِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبَّكُمْ ، وَخَصْلَتَيْنِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا ،فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبَّكُمْ : فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ، وَتَسْتَغْفِرُوْنَهُ ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا : فَتَسْأَلُوْنَ اللهَ الْجَنَّةَ ، وَتَعُوْذُوْنَ بِهِ مِنَ النَّارِ ،

 وَمَنْ أَشْبَعَ فِيْهِ صَائِماً سَقَاهُ اللهُ مِنْ حَوْضِيْ شَرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ

“Wahai manusia telah kepada kalian bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, bulan dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (Lailatul Qadr), dan di bulan itu Allah jadikan puasa di siang harinya menjadi kewajiban (bagi yang mampu), dan bangun malam/solat di malam harinya merupakan hal yang disunnahkan.

Barangsiapa yang melakukan satu kebaikan di bulan itu maka pahalanya sama dengan pahala melakukan perbuatan yang fardhu (wajib) di selain bulan Ramadhan, dan barangsiapa melakukan satu perbuatan wajib di bulan Ramadhan maka pahalanya sama dengan melakukan 70 perbuatan wajib di selain bulan Ramadhan , dan bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga, dan bulan itu adalah bulan yang penuh simpati (tolong menolong), dan bulan ditambahnya rezeki orang mukmin, barangsiapa yang memberikan buka puasa untuk orang yang berpuasa di bulan itu maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka, serta baginya pahala puasa seperti orang yang berpuasa dan tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa.

Ketika mendengar hal itu, para sahabat berkata :

“Wahai Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki sesuatu untuk memberi makan orang yang berpuasa”, 


Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Pahala ini diberikan oleh Allah kepada orang yang memberi makan untuk orang yang berpuasa dengan sebutir kurma atau seteguk air atau susu”, dan bulan Ramadhan awalnya adalah rahmah (kasih sayang) Allah, dan pertengahannya adalah pengampunan Allah, serta akhirnya adalah pembebasan dari api neraka, dan barangsiapa yang meringankan (pekerjaan) budaknya di bulan Ramadhan maka Allah subhanahu wata’ala mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka.

Dan perbanyaklah di bulan itu (untuk melakukan) 4 hal, 2 hal yang pertama membuat Tuhan kalian (Allah subhanahu wata’ala) redha, dan 2 hal yang lainnya merupakan sesuatu yang kamu amat memerlukannya. Dua hal yang membuat Tuhan kalian (Allah subhanahu wata’ala) redha adalah mengucapkan syahadat (أشهد ألا إله إلا الله ), dan kalian meminta ampunan kepada Allah subhanahu wata’ala (أستغفر الله العظيم ), adapun dua hal yang kamu amat memerlukannya terhadap keduanya adalah kalian meminta kepada Allah untuk dimasukkan ke dalam surga dan dijauhkan dari api neraka,

Dan barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan hingga kenyang, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku ( Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) dimana seteguk air itu menjadikannya tidak akan merasa haus selama-lamanya hingga ia masuk ke syurga”.




Pesanan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, mari hadirkan azam & niat Ramadhan 1434H yang bakal menjelma beberapa hari lagi :

[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.

[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).

[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).

[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).

[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).

[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.

[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.

[8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.

[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.

[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.

[11] Niat jadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.

[12] Niat untuk syukuri segala nikmat-NYA




....

22 June 2013

Malam Nisfu Syaaban 1434H

Malam Nisfu Syaaban - Darul Murtadza

Alhamdulillah, Sekali lagi kita telah diberi peluang dariNya untuk sampai ke Bulan Syaaban pada tahun ini. InsyaAllah pada malam Isnin ini, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Syaaban. Mari kita ikuti Pesanan Al Habib ALi Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkenaan Malam Nisfu Syaaban:



Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".



Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.



Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :



1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.

2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.

3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.


* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :













InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

08 June 2013

Travelog Jelajah Cinta Rasul United Kingdom bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid



1 June 2013 : Alhamdulillah Al-Habib baru sahaja menaiki
pesawat (±3:30am) menuju ke UK & menyampaikan salam
buat para jamaah yang dikasihi.



2 June 2013: Al-Habib bersama Syakh/Imam Khalid Hussien
(Mudir KQZ Legacy & Muslim Hands) di Nottingham.


2 June 2013 - Siaran Langsung Live dari UK ke Malaysia

2 June 2013 : Imam Khalid Hussein,
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
& Sheikh Burhan Khandia. 

"Saya skrg di glasgow, jap lagi nak betolak ke bradfard lebih kurng 5 jam naik kereta. Cuaca agak sejuk, tp Alhamdulillah semua bejalan lancar. Sampaikan salam saya utk jamaah" 


Al Habib berehat ketika dalam safar

4 June 2013 : Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid d
alam perjalanan ke Bradford melalui Edinburgh tengah hari 


4 June 2013: Program Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
semalam dalam Program bersama NGO di Madni Jamia Masjid, Bradford

4 June 2013 : Rombongan Al-Habib singgah di suatu kawasan
lapang/padang yang indah di antara sempadan Scotland-England
dalam perjalanan ke Bradford 

5 June 2013: Alhamdulillah program Isra' Mikraj bersama Al-Habib
di Main Auditorium, Oxford Rd, Manchester.


6 June 2013: Al-Habib di atas 'Golden Jubilee Bridge'
melintasi sungai Thames


6 June 2013: Tausiyah di Malaysian Hall bersempena dengan
Isra' Mikraj. Kehadiran amat memberangsangkan walaupun
dalam keadaan yang tidak luas! MasyaAllah

6 June 2013: Minum pagi bersama En Shahrul (Education Malaysia)
dan Ismat (London Student Volunteers) ; antara yang bersama
terlibat menganjurkan program-program di sana

AlHabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang
online menerusi Skype dari Bilik Mesyuarat Education Malaysia, London, UK.
Ucapan serta Tausiyah Ringkas Al Habib telah disiarkan secara langsung
ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Setiawangsa, KL.

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang menyaksikan
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang turut hadir 


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
menyampaikan Khutbah Jumaat di Malaysian Hall, London

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama
sepupu beliau, (Ali Zaenal Abidin) dan YBhg Dato' Sri Zakaria Sulong,
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.




Alhamdulillah Al-Habib & rombongan telah selamat tiba di destinasi terakhir "Jelajah Cinta Rasul UK 1434H" pada maghrib 07/06/13.

Al-Habib berada di Dock Mosque/Bute Mosque/Alice street mosque/Yemeni Mosque. Imamnya Shaykh Zane Abdo & merupakan salah seorang anak didik Al-Habib Umar Muhammad Salim ben Hafidz. 

Setiba sahaja di sini, Al-Habib terus mengimamkan solat maghrib. Kebanyakan warga tempatan dan rakyat Malaysia yang berada di sini sangat gembira dengan kehadiran Al-Habib.



9 June 2013: Tausiyah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
yang diterjemah oleh Shaykh Zane Abdo

9 June 2013: Perbincangan dakwah antara
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Shaykh Zane Abdo

9 June 2013: Perbincangan dakwah antara
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Shaykh Zane Abdo




10 June 2013: Acara Akhir, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
menziarahi Shaykh Muhammad Ba Shu'ayb



Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menuju ke Depature Gate ,
mengakhiri jelajah Cinta Rasul UK, 2013.


06 February 2013

Semangat!



Assalamualaikum

“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu,
dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah.” 



[Hadis Riwayat Muslim]






:)

23 January 2013

Memperlambatkan kerja?




Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang suka melambat-lambatkan pekerjaannya, maka tidak akan dipercepat hartanya."

(HR. Muslim)





:)

22 January 2013

Sifat Halaqah Ilmu



Assalamualaikum

Antara yang dipesan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam sifat-sifat halaqah ilmu adalah seperti berikut:-

  1. Duduk Rapat (Lutut Bertemu Lutut)
  2. Dipenuhi dengan Kesantunan dan Amanah
  3. Tidak Mengangkat Suara
  4. Tiada Kata-kata kesat atau kasar
  5. Menempatkan seseorang tepat di tempatnya
  6. Tidak Memuji-muji apa yang tiada

Untuk keterangan lanjut mari kita bersama-sama hadir dalam majlis-majlis ilmu. Bolehlah kita azamkan untuk hadir di Majlis Ta'lim Mingguan Darul Murtadza setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa(KL) bawah bimbingan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar, mempraktikkan serta "share" ilmu ini dengan semua.




:)


09 January 2013

Mari Perbanyakkan Selawat





Assalamualaikum

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab : 56)

Marilah kita Perbanyakkan Selawat pada hari ini :)




:)

11 December 2012

Yang Muda Disayangi - Yang Tua Dihormati




Assalamualaikum

Sabda Rasulullah S.A.W.:-

"Tidak termasuk golongan kami sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua"

[direkod oleh Tarmizi & Ahmad]








:)

20 November 2012

Kelebihan Puasa 10 Muharam - Hari Asyura




Assalamualaikum 


Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)". (Hadith Riwayat Muslim)

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.

Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam. Mari kita puasa sehari untuk hapuskan dosa setahun.

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.








...

Mari Sebarkan Salam




Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"Sebarkanlah Salam sesama kamu kerana ia dapat menyemarakkan kasih sayang"


[ Direkodkan oleh al Hakim ]







...

24 October 2012

Berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) - Esok ini...



Di Malaysia, insyaAllah esok kita akan berada dalam hari ke 9 Zulhijjah atau lebih dikenali dengan hari Arafah.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang"
- Riwayat Muslim.

Jadi mari kita bersama-sama untuk tidak melepaskan nikmat yang telah diberikanNya.



...





19 October 2012

Keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah


Assalamualaikum

Mari kita renungi bersama tentang keistimewaan bulan Zulhijjah...

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. Yang bermaksud : 

“Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi ALLAH & tiada amalan padanya lebih disukai kepada ALLAH daripada hari-hari 10 ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah pdnya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir; berzikir kpd ALLAH.

 Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.

 (HR Al-Baihaqi)




...






18 October 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum

Bersempena dengan musim Haji dan keberadaan kita di dalam bulan Zulhijjah ini, Masjid Bukit Antarabangsa telah menganjurkan ceramah perdana yang bertajuk "Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W." yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Berikut adalah rakamannya:-











Kredit kepada Saudara Hisham atas foto serta rakaman





Mari kita dengarkan dan sebarkan ilmu ini.



....





17 October 2012

Orang yang tidak menyayangi, tidak disayangi

Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;



"Orang yang tidak menyayangi, tidak disayangi"

[Bukhari & Muslim]







...

10 October 2012

"Apabila Berasa Marah..."

Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah berpesan ...




"Apabila kamu berasa marah, maka berwuduklah" - [Abu Daud & Ahmad]






...

03 October 2012

"ihfazillah yahfazka"

Assalamualaikum



"Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi mu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada mu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu.

Dan jika seluruh umat ini berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup"

[Riwayat Tirmidzi]