*Tunggu kemunculan video penuh dimana menceritakan detik-detik manis ketika berada di kota solo, Indonesia (:
Rombongan dari Malaysia dianggotai oleh jemaah Darul Murtadza dan jemaah dari Yayasan Al Jenderami sempena menyambut Haul Habib Ali Al Habsyi yang ke-100 tahun dan sambutan Maulidul Rasul SAW. Pengalaman yang luar biasa dapat dirasai oleh jemaah Malaysia dikala melihat ratusan ribu manusia membanjiri Masjid Riyadh, kota Solo, ketika majlis haul dijalankan dan keterujaan makin dirasai semasa mendengar alunan qasidah yang sungguh merdu dan penyampaian tausiah yakni kata-kata mutiara yang disampaikan oleh para alim ulama' membawa kepada keinsafan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.
*Suasana sambutan Majlis Haul sekitar jam 5.30 pagi
*Habib Ali Al Habsyi dikenal masyarakat terutama kerana buku maulid Simtud Durar yang ditulisnya kurang lebih 100 tahun yang lalu di sebuah kota kecil yang bernama Seiwun di Hadhramaut, Yaman. Buku ini kemudiannya tersebar dengan pesat ke pelbagai negara di jazirah Arab, Afrika dan asia dan kini telah mencapai benua Eropah, Amerika dan pelbagai belahan bumi lainnya.
Teringat kata-kata Drs. Husein Anis Al Habsyi, dalam kitab 'Biografi Habib Ali Al Habsyi':
Wahai anak-anak sekalian, jika kalian mahu berusaha dengan sungguh-sungguh, maka kesempatan masih terbuka. Adapun kami yang telah tua ini tidak memiliki kemampuan untuk menelaah buku lagi. Kedua mata kami sudah tidak mampu lagi untuk melakukan itu, meskipun kami sangat menginginkannya.
Sebagaimana dikatakan oleh al-Bushiri:
Kapan hatiku lurus
kalau jasadku bengkok
kerana dosa dan penyelewengan
Aku tertidur di masa mudaku
Dan terbangun setelah beruban rambutku
Tak henti-hentinya kuikuti
jejak orang-orang suci,
namun jarak yang memisahkan jauh sekali
Ku ingin bertaubat sungguh-sungguh
Namun kemunafikan bercokol di hatiku
dan riya' di lisan ku.
Kata-kata yang ringkas penuh hikmah dan makna. Moga-moga ia memberi manfaat buat kita semua. Amin
No comments:
Post a Comment