21 March 2012

Berbakti Kepada Insan Tersayang

Siapa yang dikatakan Insan Tersayang tersebut? Tidak lain adalah kedua orang tua kita yang memerah keringat sepenuh jiwa raga mereka semata-mata ingin melihat anak-anak mereka membesar dengan sempurna menjadi insan yang patuh serta taat kepada perintah Tuhannya dan mencintai Rasulnya. Penat lelah si ayah bekerja sehari suntuk tidak lain ingin mencari nafkah buat keluarganya agar mendapat keperluan secukupnya, manakala si ibu pula sanggup menggadaikan nyawanya takkala ingin melahirkan kita. Segala keluh kesah yang di alami mereka terubat takkala melihat kesucian wajah bayi yang baru dilahirkan dan disambut dengan penuh kasih sayang dan tanda syukur pada yang Maha Esa.

Jadi, berbaktilah kepada kedua orang tua...

Allah SWT telah mewahyukan,:
"Sembahlah Allah dan janganlah kau mempersekutukan Nya dengan apa pun juga. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua." (surah An-Nisa',4:36)

"Dan Kami telah memerintahkan manusia (untuk berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah lemah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kau kembali. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kau mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik." (surah Luqman,31:14-15)


Allah SWT memerintahkan seorang anak untuk memperlakukan kedua orang tuanya dengan baik meskipun mereka mengajak untuk berbuat syirik.

Para ulama' juga ada menceritakan, bahawa ada seorang lelaki diperintahkan oleh ibunya untuk mengambil air minuman. Setelah ia datang membawa air minuman, tenyata ibunya tertidur. Ia lalu berdiri di kedinginan malam hingga subuh. Setelah ibunya bangun, ia segera memberikan air minuman tersebut. Sewaktu menyerahkan gelas air minum tersebut, sebahagian kulit tangannya terkelupas dan tertampal pada gelas minuman kerana kedinginan udara pada waktu malam. Perhatikan adab lelaki ini. Ia merasa tidak sedap hati untuk membangunkan ibunya, sebaliknya dia juga tidak mahu tidur kerana takut ibunya bangun dalam keadaan memerlukan air minuman.







Bagaimana seseorang tidak menghormati orang yang lebih tua, sedangkan Nabi SAW telah bersabda:
Bukan dari golongan kami orang yang tidak menghormati orang tua.
(HR Tirmizi dan Ahmad)

Wallahu a'lam.



** Rujukan kitab kelas mingguan Majlis Ta'lim Darul Murtadza (16.3.2012)



Surah Al Baqarah, ayat 237




Bab 45, Hadis ke-371
Berziarah kepada para ahli kebaikan, duduk-duduk dengan mereka, mengawani mereka, mencintai mereka supaya berziarah- ke tempat kita, meminta doa dari mereka serta berziarah ke tempat-tempat yang utama.





Muka Surat 54, Adab-adab masuk ke dalam Masjid




Muka Surat 80, Menguburkan mayit dan soalan kubur.

1 comment:

Majlis Ta'lim Darul Murtadza said...

Memohon seikhlas kemaafan kepada Anonymous dan terima kasih atas nasihat tersebut. Kami hanya bertanggungjawab menyelenggara laman web Darul Murtadza. Sebarang urusan sila hubungi terus kepada pihak yang berkenaan.

Selepas ini sebarang comment perlu bersama identiti diri agar komunikasi lebih telus dan hubungan kita sesama saudara Muslim dapat dipelihara.

Jazakumullahu khair wal afwu minkum.